Bab 16

2.2K 211 17
                                    


Sekembalinya Madam Tiara, Cahaya dan Bunga ke kediaman, Wira Jaya sudah menunggu di bilik tamu. Hairan melihat dua muka baru bersama Madam Tiara masuk ke bilik tamu. Paling hairan salah seorang daripadanya menegur dia ibarat sudah lama kenal.

"Hai, Wira. Akid tak habis latihan lagi ke?"

"Err..siapa kamu? Macam mana boleh tahu nama saya pula ni?"

"Ni Esta la. Uh, hehe. Mesti kau keliru kan. Ini tubuh badan asal aku la Wira. Sebelum ni aku pinjam badan orang."

"Pinjam? Buat apa nak pinjam badan orang?"

"Alah malas la nak cerita. Panjang sangat nak cerita dekat kau. Sekarang kau panggil la nama aku Cahaya. Oh ya, sebelah aku ni Bunga. Yang dekat muka pintu tu pemilik rumah ni. Kakak kepada Genesis." Cahaya memperkenalkan seorang demi seorang.

Wira Jaya berdiri lalu memberi tunduk hormat pada Madam Tiara. Perempuan itu hanya membalas dengan senyuman dan memberikan isyarat tangan sahaja.

"Kalian tunggu la disini. Saya pasti latihan Akid juga sudah tamat," Madam Tiara terus meninggalkan mereka bertiga.

Keadaan dalam bilik itu menjadi sunyi. Tiada seorang pun mahu bercakap kerana terasa kekok sebelum Akid dan Genesis pun tiba.

"Hai kora..oh tidak. Cahaya! Macam mana kau dapat muka kau balik? Jangan kata kau buat pembedahan plastik?"

"Bukan lah bongok!"

"Akid." Panggil Bunga.

Akid terdiam lama sebaik sahaja melihat wajah yang dikenalinya berada di depan matanya. "Bunga? Kau ke tu?" Tidak semena-mena air suam mengalir di pipinya. Kerinduan yang terlalu lama dipendam, semenjak beberapa tahun akhirnya berakhir. Saat ini sudah lama dia nantikan.

"Ya Abang Akid." Bunga berjalan merapati Akid. Akid menyentuh kepala adiknya. Tangannya menggigil.

"Syukur la kau selamat Bunga. Kau tak akan tahu betapa lamanya aku tunggu kau. Aku rindu sangat dekat kau. Maafkan aku Bunga. Sebab sebelum ni aku tak dapat nak tolong kau. Masa kau bertukar jadi batu, masa..aduh aku tak menangis. Mata aku masuk habuk." Akid mengesat air matanya yang tidak berhenti mengalir. Bunga juga turut menangis apabila melihat abangnya menangis di hadapannya.

"Terima kasih. Terima kasih untuk semuanya abang." Bunga terus peluk tubuh Akid. Suasana dalam bilik tersebut menjadi damai dan mengharukan.

<><><><>

"Apa dia? Dari masa depan?" Wira Jaya tidak percaya dengan apa yang di dengarnya. "Ma..macam mana ni boleh jadi?"

"Nak cerita semuanya panjang sangat la Wira. Tapi tu la. Aku janji selagi kau bersama aku. Aku akan cari jalan untuk kuat kan kau." Kata Akid.

"Erm soal tu rasanya tak perlu dah kot."

"Eh kenapa? Bukan kau sendiri nak bebaskan kaum kau dari ditindas ke?"

"Betul, tapi saya dah jumpa cara saya sendiri."

Akid terdiam. Tak tahu apakah cara yang dijumpai oleh Wira. Namun asalkan Wira masih mahu mengikutnya, dia rasa dia tak perlu runsing tentang hal lain.

"Kita hanya tinggal lagi lebih kurang sejam sahaja lagi sebelum di teleport ke gerbang besar. Mari la kita ambil windwalker kita." Kata Cahaya.

Dalam mereka masih bersantai di kediaman Genesis dan Madam Tiara, mereka tidak tahu bahawa ketiga iblis Kida sudah mengorak langkah menuju ke Un-Hana untuk mencari Akid. Mereka terbang di langit dalam keadaan laju ibaratkan ribut badai yang berputar ganas sehingga sepanjang laluan mereka telah menimbulkan keresahan buat haiwan-haiwan di dalam hutan, ikan-ikan di tasik, penduduk-penduduk yang menyaksikan kelibat ketiga raksasa ini. Pertama kali mereka lihat ketiga iblis ini berkumpul sekali!

"Akid, kau dah mula bergerak ya! Aku memang tunggu saat ini!!" Amuk Kasturi ketawa.

"Korang terbang terlalu laju la!" Theretia Bebuta membontoti kedua rakan iblisnya yang terbang jauh di hadapan.

"...." Badai Salju bersikap paling dingin, hanya berdiam diri sahaja.

Manakala di kediaman Genesis. Kehadiran iblis-iblis menuju ke tempat mereka itu dapat dirasai oleh kedua adik beradik.

Tenaga apa ini!? Tekanan magik yang terlalu kuat sedang kemari!!

Genesis mengetap gigi.

"Genesis!" Madam Tiara masuk ke dalam bilik dengan cemas.

"Aku tahu!" balas Genesis.

Akid turut berdiri. Cahaya, Bunga dan Wira Jaya terpinga-pinga, tidak dapat menduga apa yang berlaku.

Sejurus selepas itu, gegaran tanah yang kuat terasa sehingga menyebabkan barang-barang rumah seperti pasu bunga, pinggan mangkuk, chandelier, jatuh dan berderai. Semua orang menjerit.

"Keluar dari rumah ni keluar!" pekik Genesis. Dalam keadaan kelam kabut itu, mereka lihat dengan mata kepala sendiri bahawa rumah agam yang besar itu terpotong dua sehingga menyebabkan bangunan tingkat atas jatuh dan terus menghempap orang-orang yang sedang kecoh.

Keadaan menjadi gelap, dengan runtuhan di sana –sini. Akid berjaya membuat magik perisai melindungi orang yang berhampiran dengannya daripada terhempap runtuhan. Walaupun begitu tidak semua orang berjaya di selamatkan. Ada yang berada di bawah batuan besar. Akid kecewa dengan dirinya sendiri.

Dan apabila mereka keluar dari rumah agam yang telah runtuh itu, masing-masing membeliakkan mata. Seluruh bandar sudah memutih. Penduduk di sekitar telah menjadi patung ais. Tiada satu pun yang terlepas.

3 iblis Kida turun dari langit, Amuk Kasturi dan Theretia Bebuta melihat Akid sambil tersenyum.

"Akid kita bertemu lagi. Sudah berapa lama ya? Dua tahun kan?" tanya Amuk Kasturi.

"Haih apa yang korang buat ni? Kalau ya nak jumpa aku tak perlu la sampai macam ni." kata Akid. Tangan kanan yang disorok belakang tubuhnya sudah bersedia untuk melancarkan magik.

"Bukan ke kau dah maklum kalau kau cuba-cuba membuat sesuatu, kami akan datang menghentikan kau." Kata Theretia Bebuta.

"Ya aku tau, tapi aku datang sini cuma nak bertemu kawan lama. Takkan la tu pun tak boleh?"

"Ya kah? Bersama dua rakan masa depan kau?" Badai Salju melihat Akid dengan amarah.

Akid terdiam. "Er mana kau tahu plak?"

"Kerana ada si bodoh lain dari masa depan yang datang jumpa dengan tuan kami." Theretia Bebuta ketawa.

Mendengar itu Cahaya dan Bunga sudah tahu siapa. Mereka masing-masing menepuk dahi.

"Korang! Lari!" jerit Madam Tiara dan Genesis, mereka melancarkan satu magik bebola cahaya mengikat ketiga-tiga iblis Kida. Mulanya kelihatan iblis-iblis Kida mendapat tekanan dari bola magik tersebut sebelum mereka dengan mudah membatalkan magik kedua beradik itu.

"Bagaimana Akid? Mahu batalkan niat atau tak?" tanya Amuk Kasturi. Sepertinya serangan magik tadi langsung tidak pernah berlaku.

Wira Jaya melihat gelang ditangannya mula bercahaya. "Akid!! Pegang Bunga dan Cahaya!"

Akid terus merampas tangan Bunga dan Cahaya sebelum Wira Jaya menghempas tangan yang mempunyai gelang ke batu dengan kuat. Sejurus kemudian mereka berempat hilang. Sebelum tempat mereka diganti dengan beberapa pasukan bunian yang muncul disitu. Wira Jaya ketawa. Badai Salju hanya berdecih.

Mereka akhirnya teleport ke pintu gerbang. Masing-masing berwajah pucat. Berkat gelang mereka telah tamat tempoh mereka terselamat.

"Madam Tiara!" jerit Cahaya, dia ingin kembali ke dalam.

"Nanti Cahaya. Mereka tak akan buat lebih-lebih. Mereka hanya cari aku." Akid menahan wanita berambut perak tersebut.

"Mana kau nak tahu!!" Cahaya meninggikan suara.

"Aku tak tahu, namun apapun. Kita kena selesaikantugas kita dulu. Kita akan lawan mereka nanti setelah kita merancang strategyyang sesuai."
Cahaya peluk Akid. Menangis semahunya kerana risau dengan nasib Madam Tiara.    

Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now