Bab 15 Altair the laidback

1.8K 209 18
                                    

---------------------------------------

Seorang lelaki terbaring di dalam sampannya sambil mengunyah-nguyah sesuatu. Berteduh di bawah bumbung kain yang dibina di atas sampan. Sampannya bergerak dengan sendiri tanpa perlu di dayung. Dia memakai cermin mata gelap berbaju bunga dan berseluar pendek. Walaupun seorang diri di tengah lautan yang luas namun dia masih bersikap selamba.

"Ah tahu tak yang armada yang patut kita ikut dah musnah?" rupanya ada seekor panda bercakap turut berada di dalam sampannya.

"Biar lambat asal selamat. Kan keputusan aku ambil ni dah menyelamatkan kita?" kata lelaki itu.

"Ahh.." Panda mula mengamuk membaling sesuatu ke dalam laut.

"Hoi gemuk kau baling apa?"

"Aku baling seluar dalam kau."

"Tak guna kau! Aku nak pakai apa setan?" lelaki itu terus menerkam sang panda lalu mereka bergomoih di atas sampan. Sampan mula menjadi tidak seimbang. Mereka berhenti bertarung. Takut jika ia terbalik. Beberapa minit kemudian perut masing-masing berbunyi.  Apabilamereka membuka kotak simpanan. Makanan mereka hanyalah setangkai pisang. Mereka mula berebut dan apabila kelibat sebuah kapal tidak jauh daripada mereka mula kelihatan. Mereka berhenti perebutan dan saling melihat satu sama lain, bercadang untuk mendekati kapal tersebut.

<><><>

"Kapten! Sebuah sampan mendekati. Apa yang perlu kita buat?" seorang anak kapal memberi tahu situasi semasa.

"Berapa orang?"

"Seorang lelaki dan err seekor haiwan aneh."

Kapten Hawk mengurut jambangnya."Jemput dia naik."

<><><><>

Lelaki berkaca mata hitam dan pandanya mula berada di atas dek kapal. Dikelilingi oleh anak-anak kapal bersama Kapten Hawk. Panda mula menolak tubuh lelaki itu mengatakan ini adalah idea yang teruk. Mereka mungkin akan dibunuh kalau identiti mereka diketahui.

"Orang Gargantua?" tanya Kapten Hawk.

Lelaki berkaca mata mula tersengih kerang. "Kami sebenarnya nelayan. Sedar saja telah tersesat ke perairan yang kami tak kenali. Tak tahu jalan pulang kami sangka kami akan mati di lautan ni, kami dah mula kehabisan makanan sebenarnya. Kalau boleh nak sikit."

Kapten Hawk melepaskan asap curutnya. "Nelayan macam apa kamu ni, pakai macam pakaian mahu bercuti, di sampan pun tak alatan menangkap ikan."

"itu..itu."

Akid dan rakan-rakannya yang lain mula muncul di dek. Mereka ingin melihat apa yang telah terjadi. Velorum yang masih terikat tangannya juga muncul bersama. Matanya membesar melihat lelaki berkaca mata hitam dan berbaju bunga di hadapannya. Lelaki berkaca mata itu mengangkat jari telunjuk dan meletakkan dimulutnya.

Namun Velorum tidak memahami mesej telah terlepas cakap. "Admiral Altair!! Tuan buat apa disini!?"

Semua orang kembali melihat lelaki berkaca mata hitam dengan pandangan mencurigakan. Altair tersengih-sengih. Panda disisinya menepuk dahi.

Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now