Bab 12 Wheel of Fate

3.2K 287 74
                                    




Lica duduk di bangku kerusi, matanya bergenang sambil melihat langit. Awan berarak dengan begitu perlahan sekali. Hari ini cuaca sangat indah. Mentari kelihatan bersinar-sinar. Sayangnya harinya taklah seindah disangka. Perbualannya dengan Akid mula terawang kembali.

<><><>

"Kid, kau dah berpunya?Ngaw." tanya Lica.

"Tak." Jawab Akid sepatah. Hati Lica sudah berbunga. Ini lah peluang baginya. "Tapi..aku ada seseorang yang aku suka."

"Oh." Senyumannya mengendur. Nampaknya sudah ada seseorang mengisi hati Akid. "Bertuahnya."

"Haha. Dia mungkin tak sedar aku suka pada dia. Perempuan tu mana nak peduli hal sekeliling dia. Dia Cuma pentingkan diri dia sendiri. Kasar, suka cari pasal. Kadang-kadang rasa nak cekik-cekik dia. Geram plak rasa." Akid mencebik.

Lica ketawa. Akid tercengang. "Nampaknya memang betullah kau dah jatuh cinta. Walaupun nada macam marah, tapi air muka kau jelas yang kau memang sayangkan dia. Ngew." Lica menyentuh tangan Akid. "Akid, kau jagalah dia elok-elok. Jangan lepaskan dia. Kadang-kadang kau ni bendul sikit."

"Eh aku bendul?"

"Yalah. Kau memang bendul pun ngaw."

"Tarik balik." Akid cuba pegang tangan Lica. Cepat-cepat Lica melarikan diri.

"Taknak wek." Lica menjelir lidah. Mereka berkejaran. Sama seperti waktu dulu-dulu. Dua sahabat yang berjanji tidak akan berpisah selamanya. Namun benarlah, takdir. Takdirlah yang menemukan mereka dan memisahkan mereka.

<><><><>

"Kau! Macam mana kau boleh masuk ke pejabat aku?"  Tuan Badik terkejut melihat seorang lelaki bertopeng separuh menceroboh ruang pejabatnya. Kelihatan hanya mulutnya sahaja tidak dilindungi dengan topeng putih. Dia tersenyum sinis.

"Kalau aku nak, aku boleh menceroboh ke mana saja yang aku suka." Katanya.

"Jadi apa kau nak? Siapa kau?"

Lelaki bertopeng itu ketawa. "Aku datang sini hanya nak bercerita. Aku suka bercerita. Kau suka tak dengar cerita?"

"Aku tak ada masa dengar cerita kau. Kau keluar dari sini atau aku bunuh kau kat sini. Kau belum kenal siapa aku." Ugut Tuan Badik.

"Aku cukup kenal kau dan kerabat-kerabat kau. Tapi kau yang belum kenal siapa aku. Perkenalkan nama aku Asrar. Macam aku cakap, aku datang sini hanya sekadar untuk bercerita pada kau. Mengenai rancangan aku. Mengenai sejarah."

Tuan Badik membetulkan kedudukannya pada kerusi. "Baik. Aku dengar cerita kau. Lepas tu aku harap kau berambus."

"Macam tu la." Asrar mengambil tempat duduk di hadapan meja Tuan Badik. "Pernah dengar mengenai roda takdir?"

"Roda takdir?" air muka Tuan Badik berubah.

"Dah tentu kau tahu. Kau pernah belajar mengenainya. Kebenaran Mutlak. Kau orang pintar dalam negara ni. Malah mungkin paling licik." Senyumnya.

                                                                                <><><><>

Akid berjalan ke ruang lobi menuju ke bilik Mawar Cahaya. Tidak sabar rasanya mahu berdating dengan si Mawar Cahaya. Hari yang dah lama dia tunggu-tunggu sejak dari dulu. Tak pernah ada masa untuk berduaan. Dia berada di hadapan pintu bilik Mawar Cahaya. Mula mengetuknya.

"Cahaya, woi kau dah siap ke? Jom lah keluar."

"Kau pergi lah! Aku taknak tengok muka kau lah!!" jerit Mawar Cahaya dari dalam biliknya

Akid menggaru pipi. Aih pagi tadi tadi elok je. Sekarang dia berubah balik?

<><><><>

"Si..siapa sebenarnya kau ni?" Tuan Badik rasa tidak senang. Tengkuknya berpeluh.

"Roda!" ucap Asrar dengan riang. "Haha. Terkejutkan? Apa yang kau tahu mengenai Roda, tuan Badik?"

"Roda takdir mengubah dunia. The Arcana. Terdapat 4 semuanya. Masing-masing menentukan peristiwa besar yang akan terjadi pada dunia. Destiny,Calamity ,Order dan Chaos. Jadi selama ini roda adalah manusia?"

"Tepat sekali. Bink! Bink! Seratus markah. Sekarang aku cerita pulak apa yang kau tak tahu. Dalam Alamria ni, ada dua roda takdir. Satu adalah aku. Dan satu lagi..."

<><><><><>

"Akid!! Kau pergi la jauh-jauh! Jangan tunjuk muka kau lagi dekat aku! Aku benci kau!! Aku benci!!!

"Cahaya. Cuba bagitahu aku, aku salah apa?" Akid meletakkan dahinya pada papan pintu. Dia betul-betul tak faham apa yang berlaku pada Cahaya. Kenapa dia marah balik?

<><><><><>

"Tapi dia tak serupa aku. Dia perlukan bimbingan orang sekitarnya barulah dia sedar yang dia mewakili salah satu roda takdir. Tapi aku tak, aku mengawal semuanya. Semuanya ditangan aku. Lambat laun, dia jugak akan berada di tangan aku." Ujar Asrar.

"Jadi kalau dua roda takdir ada disini. Lagi dua ada dimana?"

"Kau tak nampak Tuan Badik? Salah satunya sedang giat membesarkan pengaruhnya."

"Maksud kau?" Tuan Badik meneguk air liur. "Gargantua?"

"Bink! Seratus markah lagi. Ya, pemimpin empayar Gargantua. Seorang diktator malah mewakili roda Order. Kau tahu tak jika salah seorang kami mampu menguasai dunia. Kami akan peroleh grand wish? Membolehkan kami meminta apa yang kami inginkan. Nampak tak adil bukan? Bagaimana kalau salah seorang dari kami sangat kejam? Menginginkan dunia ini kehancuran? Itulah tujuan 4 roda ini wujud. Berfungsi saling menghalang cita-cita masing-masing. Saling mengimbangi. Tapi nampaknya sekarang, disebabkan roda yang lain begitu lemah maka ini menyebabkan roda Order menjadi lebih agresif. Dia sudah hampir menguasai keseluruhannya. Apapun aku tak kisah. Kalau dia fikir dia boleh kuasai masa kini. Aku boleh kuasai masa silam." Asrar ketawa.

"Apa maksud kau? Kuasai masa silam?"

"Aku sedang mulakan fasa pertama merebut masa silam. Bergembiralah."

<><><><>

Braammm!!!!

Akid terkejut mendengar bunyi dentuman yang kuat datang dari dalam bilik Mawar Cahaya. Hotel juga dirasakan bergegar. "Cahaya?"

"A..Akid..Tolongg....!!!" terdengar jeritan Mawar Cahaya.

Akid menendang pintu sehingga tombolnya tercabut. Cepat-cepat dia masuk ke dalam. Matanya terbeliak bila dia melihat dinding bilik Mawar Cahaya lopong dan berlubang sehingga menampakkan kawasan luar. Jadi benarlah letupannya datang dari sini.

"Cahaya!!" Dia memanggil nama itu sambil melihat sekeliling bilik. Tiada kelibat Mawar Cahaya. Dia menggigit bibir. Mana kau pergi Cahaya? Kemudian sekilas matanya melihat sekeping kertas berada diatas lantai. Diambilnya, setelah membaca dia meronyoknya kertas tersebut. Dia menyepak meja kopi berdekatan. "Tak guna!!!!"

Sekeping kertas bertulisan tangan. Notanya berbunyi..

[Pinjam awek kau. -Asrar]

Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now