Bab 26 Ikon

2.3K 217 9
                                    


"Walau kemuncak perang semakin dekat. Tapi nampaknya kita lah yang paling banyak kehilangan orang-orang penting di Wilayah Emas ni. Bermula dengan Kolonel Safina, kemudian Lieutenant Sun Flower, sekarang baru je tadi kita dapat khabar yang Kolonel Hayat juga turut terkorban. Nampaknya kita tak boleh memandang rendah pada mereka." Kata Kolonel Umira.

"Dah tentu la, aku dah cakap mereka tu kaum berbahaya! Kami Cuma mintak bunuh budak yang ada tanda tu saja. Bukan perang penuh ke atas mereka." sampuk Alapek Sutup. Kemudian dagunya dicengkam dari bawah oleh Jeneral Achernar membuatkan pipi tebalnya menaik. Mata Alapek Sutup terkebil-kebil.

"Kalau Tuan Sirius tahu mengenai ni. Memang aku la yang dapat malu. Tapi nak buat macam mana. Tak ada cara lain. Aku kena serius tentang ni. Esok kerahkan pasukan kita hanya untuk mengepungi seluruh daerah ni. Sebaliknya esok, aku la yang akan masuk bertarung." Dia menolak kepala Alapek Sutup ke belakang.

"Ah tapi Jeneral.. kalau kita terus menekan mereka dah tentu kita dapat kemenangan juga. Puan tak perlu sampai memaksa diri untuk berlawan seorang diri. Ini buatkan kami rasa serba salah."

"Kau dah ada bersama aku sejak berapa lama? Kau pun tahu aku ni bukan jenis jeneral kebiasaan. Yang pandai memimpin beribu-ribu tentera. Selalunya tugas memimpin tentera aku serah kan pada Safina. Tapi semenjak Safina tiada. Aku semacam kehilangan kepala. Kalau aku kehilangan kau pula. Maka kumpulan ini akan jadi lagi bermasalah. Aku rasa aku perlu buat cara aku. Kalau kalian nak jugak ikut aku bertarung. Maka jaga jarak. Takut aku terbunuh kalian sekali."

Kolonel Umira hanya mendiamkan diri. Memang sejak dari dulu dia memang sudah sedia maklum bagaimana orangnya si Jeneral Archenar ini. Orang atasan banyak mengutuknya kerana dia tidak mempunyai sesuatu yang orang panggil sebagai 'kegairahan' selaku seorang tentera. Malah untuk memimpin satu unit yang besar juga sebenarnya tidak sesuai untuknya.

Akan tetapi Jeneral Besar Sirius melihat sesuatu yang berlainan pada Archenar sehingga mempelawa Archenar berada di bawahnya. Dengan kemasukan Archenar maka ia menambahkan kekuatan yang baru pada Kumpulan Kuda Putih. Kekuatan yang membuatkan para Jeneral Besar yang lain berasa cemburu. Bersama-sama 4 Jeneral ini mereka telah membawa nama Gargantua ke seluruh tanah besar. Menawan satu persatu daerah. Pada ketika itu, apa yang Umira tahu dan mengejutkan dia adalah Jeneral Archenar sentiasa melakukan tugas penjajahan seorang diri. Dia tidak pernah diberi satu unit tentera untuk dipimpinnya. Gara-gara kelemahannya dalam memimpin. Dan apabila dia sudah melumpuhkan satu-satu daerah maka barulah dia menyerahkan tugas seterusnya pada unit Gargantua yang lain. Begitulah Jeneral Archenar.

Sehinggalah, apabila wilayah jajahan Gargantua semakin meluas, Jeneral Besar Sirius dan dua yang lain tidak mampu menguruskan terlalu banyak wilayah menyebabkan Jeneral Besar Sirius mengambil keputusan untuk memaksa Jeneral Archenar memimpin satu buah unit tentera sendiri.

Brigade Wanita Kuda Putih. Archenar memilih kalangan tentera wanita yang hebat-hebat menyertainya. Alasannya kerana dia tidak suka lelaki. Untuk mengurangkan kelemahan Jeneral Archenar maka Jeneral Besar Sirius mengambil keputusan untuk menghantar dua orang yang berpotensi untuk membantu Jeneral Archenar.

Gara-gara itu Safina dan Umira diserap masuk ke dalam pasukan Jeneral Archenar untuk membantu menyelaraskan pasukan. Dengan mereka bertiga. Unit ini menjadi unit ulung yang dikenali ramai.

Kali ini Jeneral Archenar mengambil keputusan untuk menyerang seorang diri. Sama ketika waktu dulu-dulu. Tetapi sebenarnya dia tak perlu risau kerana Jeneral Archenar adalah orang yang luar biasa jika dia serius. Esok, kaum cicak itu pasti akan terus terhapus dari muka bumi ini.

<><><><>

Choco menyerahkan secawan air untuk Bella dan Chibi. Mereka menyambut dan menogok dengan laju. Dari jauh mereka di kawasan unggun api berdekatan kedengaran suara hikuk pikuk gelak tawa. Tempat dimananya para klan Cakar Hitam berkumpulan. Mereka masih lagi boleh bergembira walaupun kemungkinan besar esok mereka akan kalah.

"Mereka boleh gelak-gelak lagi sedangkan kita dah tewas teruk harini. Esok mungkin kita semua bakal dibunuh." Kata Bella.

"Itulah namanya sikap optimis. Kalau betul lah kita semua akan kalah pada esok hari, maka ini la masa yang tepat untuk bersukaria. Bermuram dan asyik memikirkan hal yang negatif takkan membantu kita apapun. Sebaliknya dengan waktu yang terhad ini, kita perlu memanfaatnya sebaik yang boleh. Barulah kalau kita mati esok kita tetap akan rasa tidak rugi."

Bella hanya mendiamkan dirinya.

"Tapi kenapa Puan Kelembai dan Chief yang lain tak muncul-muncul dalam tempoh dua hari ini?" tanya Chibi.

"Itu er. Katanya mereka berusaha membangunkan sesuatu. Yang mungkin akan jadi kunci kemenangan kita." Jawab Chocho.

"Eh. YALAH TU!" Badang memaut Chocho dari belakang. "Kita semua tahu dia adalah orang yang bagaimana. Sejak dari dulu lagi dia tak suka melibatkan diri untuk berperang. Aku rasa dia dan ketua musuh yang kita sedang lawan ini adalah orang yang sama saja. Dua-dua pemalas! HAHAHA." Badang ketawa berdekah-dekah.

"Achuu." Kelembai mula bersin.

"Kenapa?" tanya Hijau dan Arjuna serentak.

"Tak ada apa. Akhirnya siap juga ikon ini. Sudah lama tak melukis sigil ikon membuatkan kepakaran kita semakin berkarat." Ucap Kelembai sambil mengangkat berus besar.

"Dengan aktifkan benda ini. Mintak-mintak kita dapat memenangi perang ini." Kata Arjuna.

Di atas lantai terdapat bulatan magik yang ditulis diatas kertas yang besar. Besar sehingga memenuhi satu dewan bawah tanah.

Mereka semua melihatnya sambil menyimpulkan satu senyuman.

"Aktifkan sekarang."

Masing-masing meletakkan telapak tangan mereka ke atas kertas. Lalu seluruh dewan bercahaya terang benderang. Mereka semua menjerit kesakitan disaat merasakan stamina mereka diserap oleh ikon ciptaan mereka.

Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now