Bab 29 Resolusi ke masa lalu

2.3K 202 26
                                    



Lord Han Xin, Jebat, Kelembai, Chief 10 kampung Tasik Gelap dan beberapa bekas hulubalang Diraja antaranya ialah Bayu Besi dan Ling Ling, semuanya melakukan pertemuan di Bandar Besar Di Pulau Hati yang berada ditengah tasik.

Tujuan pertemuan ini adalah Lord Han Xin berencana untuk memanfaatkan tempat ini sebagai markas mereka sebelum menyerbu masuk ke Un-Hana dan merebut tempat disana. Sekiranya mereka berjaya menawan Un-Hana kelak, maka mereka mungkin berhasil untuk menahan rombongan bantuan dari tanah besar Gargantua dari masuk ke Alamria. Kemudian, mereka akan menentang saki baki tentera yang ada di Alamria sehinggalah akhirnya mereka berjaya merebut kembali Alamria dari tangan penjajah.

Sementara itu, di kampung Kelam. Cahaya,Bunga dan Akid bertemu empat mata dengan Asrar yang sudah lama menunggu mereka di pohon suci kaum cacako. Saat tibanya mereka bertiga, Asrar kelihatan tersengih-sengih dan tersenyum luas kerana perasaan tidak sabarnya tidak mampu tertahan lagi. Dia ingin melaksanakan segera. Rancangan yang telah dirancang sejak lamanya.

"Kami bertiga sudah ada dekat sini. Apa lagi. Sembuhkan la Akid!" pinta Cahaya separa meninggi suaranya. Dia seolah tidak mahu melihat muka Asrar kerana rasa bencinya terhadap lelaki ini yang suka mengarah-ngarah dan membuatkan orang lain umpama bonekanya.

"Sabar. Biar aku cerita du.." belum sempat Asrar menghabiskan ayatnya Cahaya mencekak kolar bajunya lalu ditarik mendekati wajahnya.

"Aku tak ada masa untuk dengar cerita, Asrar..Sudah cukup lama Akid terseksa. Aku nak kau sembuhkan dia." Ujar Cahaya dengan perasaan amarah.

"Aku tak ada kebolehan untuk menyembuh dia." Asrar menolak lepas tangan Cahaya.

"Apa maksud kau?" tanya Bunga. "Apa tujuan kau meminta kami datang ke sini."

"Dengar sini. Ini la pentingnya kalau korang dengar dulu cerita aku. Apa yang berlaku pada Akid sememang telah ditakdirkan. Dia memang ditakdirkan untuk jadi begini. Tanpa penglibatan aku pun, Akid tetap akan makan buah tersebut lalu disumpah jadi begini."

"Jadi sia-sia la kami jumpa kau." Kata Cahaya.

"Tak ia bukan sia-sia, sebaliknya ia menguntungkan Akid. Dengar sini! Aku adalah salah satu roda takdir yang dipanggil sebagai Chaos. Aku juga adalah penggerak peristiwa besar dalam dunia ini. Maka Akid sangat memerlukan aku dalam situasi ini. Kalau nak tahu pertemuan Akid dengan salah seorang peramal masa depan, si tua dari kampung di Tanah Utara yang lalu telah membawa aku untuk mengenali Akid. Aku dan Akid, pertemuan kami adalah takdir yang sudah tertulis."

"Jangan cakap berbelit-belit boleh tak? Boleh ke tidak tolong Akid ni?" tanya Cahaya lagi. Akid sudah duduk mencangkung kerana terlalu penat untuk berdiri.

"Mari kita selamatkan Akid, masa lampau. Di sana personaliti Akid yang sebenar telah tercampak." Kata Asrar.

"Tapi Akid ada kat sini la. Tengok ni, siap boleh main tanah." Bunga menunjuk ke arah Akid yang leka menyentuh lantai di dalam pohon ajaib.

"Itu adalah salah satu personalitinya yang tercipta untuk menjaga tubuhnya. Tetapi Akid yang sebenar berada ke masa lampau" Jawab Asrar.

"Kenapa berada di masa lampau?" tanya Cahaya.

Asrar mengangkat kedua bahu, reaksi mengatakan 'manalah aku tahu'

"Jadi macam mana caranya nak ke masa lalu?" tanya Bunga.

Asrar senyum, sengihannya membesar. "Aku tunggu-tunggu soalan itu semenjak sekian lama! Itulah tujuannya ada korang berdua, Bunga dan Cahaya. Magik korang berdua mampu membawa kita ke masa lalu!"

"Hah?" Bunga dan Cahaya saling berpandangan.

"Magik kepunyaan kamu Bunga, ialah Astral Projection yang mana mampu memisahkan roh dari jasad. Manakala kamu pula Cahaya adalah magik berkaitan masa. Oh tahu tak kenapa perjumpaan kita berada di pohon ini? Ini adalah pohon mistik yang dipanggil sebagai pohon keinginan. Salah satu pohon ajaib di Alamria dan satu-satu orang yang boleh berhubung dengan dengan pohon ajaib ialah kau Bunga. Magik astral projection kau memungkinkan hal itu berlaku. Kita akan menggunakan kuasa pohon ini untuk guide kita menuju ke destinasi yang tepat ke masa lampau."

Bunga sedikit tergamam. Jadi sebab itu kah dia mampu bercakap dengan pohon ajaib di Guerreria? Tapi macam mana sejauh itu Asrar mengenali magik yang dimilikinya. Dia tidak pernah membicarakan hal itu pada sesiapa.

"Mana kau tahu magik-magik kami!?" tanya Bunga.

Asrar senyum sahaja tidak berjawab. Seolah-olah dia sangat hebat sehingga tahu semuanya. Cahaya dan Bunga mencebik.

"Jadi apa yang perlu kita buat?" tanya Cahaya sambil mencekak pinggang.

"Sekarang ikut arahan aku. Sentuh pada tubuh pokok ini." Asrar mula menyentuh, yang lain juga turut ikut. Akid juga dibawa oleh Bunga untuk mengikut sentuh permukaan kayu yang bertekstur licin.

"Sekarang, pejamkan mata, Bunga. Aku nak kau guna kuasa kau untuk membawa kami ke Astral Plane dan bersama-sama kita menyatu dengan pohon ini."

Bunga mengikut arahan dari Asrar lalu dia mula fokuskan dirinya berserta tiga yang lain.

[Siapa?]

Bunga terkejut. Sama seperti pohon ajaib di Guerreria, pohon ini juga mampu bersuara.

"Saya Bunga."

[Oh. Sudah sekian lama aku tak berbual dengan seseorang..Nostalgik rasanya.]

"Maafkan saya tuan. Saya mahu meminjam kuasa tuan."

[Begitukah.]

"Tak payah nak berbahasa basi sangat Bunga. Kita terus ke tujuan kita." Suara Asrar muncul.

"Akid..Akid!" suara Akid juga muncul.

Bunga menahan geram. Diorang ni kan!!

[Hahaha. Sudah lama saya tidak ketawa. Ini betul-betul mengingatkan diri sendiri yang rupanya saya juga salah satu makhluk hidup dan berperasaan. Kalian benar-benar menghiburkan. Sebentar.]

Tiba-tiba mereka merasakan diri mereka telah dibawa ke satu tempat. Apabila Bunga membuka mata saja, mereka semua telah berada di kawasan serba hitam namun dia masih mampu melihat jelas susuk-susuk tubuh rakan-rakannya dan satu orang yang aneh yang tak dikenali tersenyum di hadapan mereka.

[Bukalah mata.] katanya pada yang lain tanpa membuka mulut.

Cahaya dan Asrar membuka mata. Akid sudah lama membuka matanya.

"Dekat mana ni?" tanya Cahaya terpinga-pinga melihat keadaan sekitarnya.

[Ini adalah mahligai ku. Nyatakan la tujuan kalian ingin berjumpa ku.]

"Kau..pohon keinginan?" tanya Asrar melihat seorang lelaki berwajah muda, polos, bermatakan sepet sehingga tidak nampak biji matanya. Rambutnya keputihan dan memakai pakaian seperti jubah yang tercarik-carik.

[Ya.]

"Kami mahu ke tempat di mana personaliti sebenar lelaki ini berada." Kata Cahaya sambil menunjuk ke arah Akid yang sedang terlompat-lompat.

[..., personaliti sebenar dia berada di 700 tahun yang lalu.] kata lelaki itu sambil melihat ke arah Akid.

"Kau tahu?" tanya Asrar yang sedikit terkejut.

[Sesiapa yang berada di dalam mahligai ini, aku boleh tahu asal usul kalian, segala tentang kalian. Macam perempuan berambut perak di sebelah kamu. Dia...]

"Ahhh jangan cakap!!" Cahaya menjerit cuba menghalang kata-kata si pohon ajaib. Wajahnya kemerah-merahan.

[Walaupun begitu aku tak mampu membawa kalian ke masa silam.]

"Tak perlu pun." Jawab Asrar.

[Jadi kamu berhasrat untuk menggunakan magik si pendek itu dengan perempuan berambut perak itu untuk kembali ke masa lalu? Menggunakan aku sebagai tapak untuk menjayakannya?]

"Betul!" jawab Bunga. "Sekejap, siapa pendek!!?" jeritnya.

"Kami perlukan bantuan kau untuk menempatkan kami di destinasi yang betul, supaya kami tidak tersasar. Dengan bantuan kuasa yang dimiliki oleh mereka berdua ini, pimpin la kami untuk bertemu dengan Akid." Kata Asrar pada lelaki itu.

[Baiklah. Berpegang la tangan sesama kalian.]

Mereka semua berpegang tangan membentuk bulatan. Si lelaki pohon itu memulakan ritualnya. Dia mula memberikan arahan-arahan yang perlu dijayakan oleh mereka. Tidak lama kemudian tubuh mereka semua diselimuti cahaya putih yang cerah, sekelip mata mereka semua hilang dari mahligai tersebut..

Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now