Di sebuah istana terbiar.
Mawar Cahaya menjerit-jerit meminta dirinya untuk dilepaskan. Palang besi penjara di pegang, digoyangkan, ditendang-tendang namun segala perbuatannya sia-sia dan hanya memakan tenaganya sahaja. Bunyi menderam keluar dari perutnya. Dia mencebik. Sejak dari semalam dia tak makan dan minum. Sekarang dia rasa kelaparan sangat.
"Maaflah sebab biarkan kau kelaparan. Nih aku bawakan kau makanan. " Seseorang berjalan dari luar sel membawa dulang berisi makanan dan minuman. Sukar untuk melihat wajah lelaki ini kerana dia telah mengenakan topeng untuk menutup daripada diketahui orang. Lelaki bertopeng itu membuka ruangan kecil di bawah jeriji besi yang memang khas untuk memasukan dulang makanan.
Mawar Cahaya hanya memerhati dulang berisi makanan tanpa menyentuhnya.
"Kau rasa ia beracun? Tak, aku tak sekeji tuh. Kalau aku betul-betul nak bunuh kau. Dah lama aku bunuh. Makan la. Tak elok biarkan perut kosong. Nanti kena gastrik pulak." Ujar lelaki bertopeng itu.
Mendengar kata-kata itu, cepat-cepat Mawar Cahaya mengambilnya dan memperlahap makanan yang terdiri daripada daging dan buah-buahan. Akibat terlampau gelojoh, dia tersedak. Lantas tangannya menggapai cawan berisi air dan diteguk sehingga habis.
"Kenapa kau culik aku ha?" tanya Mawar Cahaya.
"Mawar Cahaya. Nama yang sedap. Aku difahamkan yang Mawar tu adalah nama keluarga. Jika nama pertama ialah nama keluarga, dah tentu kau bukan berasal dari Guerreria. Dari UnHana mungkin. Adakah kau keluarga bunian? Hmmm..tapi nama kau tak macam dari bangsa bunian. Siapa sebenarnya kau?" tanya lelaki bertopeng, dia mula duduk bersila dihadapan Mawar Cahaya.
"Kau tak jawab soalan aku lagi. Kenapa kau culik aku? Kau nih siapa!?" Mawar Cahaya mula meninggikan suara.
Lelaki bertopeng itu mula mencabut topengnya, menampilkan wajah putih, pucat. Matanya kelihatan sepet. Dia meletakkan topeng itu bersebelahan dengannya. "Aku Asrar. Kenapa aku culik kau? Sebabnya sengaja. Aku nak prank Akid. Kau nak dengar cerita? Aku suka cerita."
"Aku tak ada masa nak dengar cerita kau laa. Lepas kan aku! Lepaskan aku! Akidd!! Tolong!!!" Mawar Cahaya mula menjerit-jerit.
"Kahkahkah. Kenapa kau nak jadi monyet? Bising amat." tanya Asrar sambil ketawa.
Mawar Cahaya terdiam.
"Eh salah plak aku nak jerit? Aku jeritlah sebab kau dah culik aku. Benda biasa orang buat bila kena culik kan?" Dia mencebik.
"Kau jangan risau. Dia akan datang selamatkan kau. Sekarang bagi aku cerita dulu."
"Cerita lah cepat. Kalau boring, aku tidur. Ah muka kau pun nampak boring. Cerita mesti lagi boring. Aku nak tidur." Mawar Cahaya mula mengerengkan badannya.
"Jap. Oi. Ish perempuan nih. Aku tak start lagi." Asrar menggaru kepalanya, kemudian dia mengeluh. "Alkisahnya. 2 tahun yang lepas, di banjaran pemisah. Berlaku pertempuran hebat antara pihak yang dipimpin oleh kumpulan kerajaan Alamria dengan kumpulan Voice Overhaul pimpinan Archilles. Archilles telah merancang menggunakan baetylus yang diperolehnya untuk mendapat kuasa luar biasa. Seperti mana yang dia harapkan daripada kisah Raja Buana Gelap. Kuasa yang mampu memimpin dunia. Namun begitu, dia kekurangan satu baetylus. Oleh kerana itu dia gagal untuk menggunakan kuasa sebenar baetylus. Lantas kerana terus didesak pihak lawan, dan kegagalannya memperoleh baetylus terakhir itu. Dia tiada pilihan. Dia memilih untuk menjadi Goliath. Walaupun, sebenarnya itu bukan niat asalnya. Sebenarnya ia bukan pilihan yang salah. Menjadi Goliath telah menjadikan dia sangat berkuasa. Malah pasukan kerajaan Alamria juga hampir tewas. Namun begitu, pihak kerajaan Alamria mempunyai trump card mereka. Satu budak datang dari utara. Budak yang dilahirkan tanpa magik. Mempunyai baetylus terakhir yang dicari Archilles. Dia mengambil keputusan untuk menelan baetylus tersebut dan ia memberikan kuasa luar biasa kepada budak itu. Situasi selepas itu berbalik. Mereka akhirnya berjaya menewaskan Goliath. Ya, terima kasih kat budak itu. Horey! Mereka pun bergembira dengan kemenangan itu. Namun huhu... Cerita tak habis sampai situ je cik Cahaya. Sebagaimana Sultan Alam Shah boleh membangkitkan kembali Goliath dengan menggunakan tubuh Archilles yang asal, macam tu la budak itu. Baetylus yang digunakan tak akan terus terlupus dari badannya. Ia terus terpahat, melekat menjadi darah dagingnya.. kini kejahatan itu terus menghuni tubuhnya. Tamat." Asrar mengukirkan senyumannya. Tampak dingin dan menyusuk. "Bagaimana cik Cahaya seronok tak cerita saya ni?"
"Jadi..kau mahukan benda yang berada dalam badan Akid?" peluh mula mengairi dari dahi ke pipi Mawar Cahaya.
"Ya. Tapi aku tak mahu benda tu lagi. Aku Cuma mahu kejutkan dia balik dan biarkan ia menelan Akid."
"Tapi kenapa?"
"Kau tahu siapa aku Cahaya? Kau dan Akid cari aku kan? Sebab itu korang tak berangkat ke Gargantua lagi."
"Kau adalah... Roda?"
"Ya, Roda Chaos. Aku cemburu kan Order. Dia menguasai hampir keseluruhan dunia nih dan mungkin sekarang tinggal Alamria je dia tak dapat sentuh. Tak kan aku nak biarkan dia memperoleh Grand Wish tanpa melawan. 2 roda yang lain bodoh sebab tak ada usaha. Sekarang aku rasa tanggungjawab aku menghalang Order dari berkuasa. Tapi aku ni powerless. In fact macam kau tahu, semua roda tak dikurniakan magik. Aku tak ada magik. Aku tak ada pengaruh. Aku keseorangan. Namun aku punya sedikit kepintaran. Dengan menggunakan akal yang aku ada, aku mempunyai plan hebat untuk menundukkan Order. Biar aku bagi sedikit spoiler untuk kau Cahaya. Aku bukan saja perlukan Akid untuk menjayakan rancangan aku. Tetapi kau juga. Erm dan seorang lagi rakannya."
"Seorang lagi kawan Akid? Siapa?"
"Ops, aku tak boleh bagitahu lagi. Kau jangan risau. Untuk fasa pertama ini. Hanya Akid sahaja dalam pikiran aku. Giliran kau belum tiba lagi. Aku Cuma perlu tunggu saat Gargantua menyerang Alamria. Kemudian. Busshh. Hahahaahhahaha."
"Gila."
Asrar mencebik. "Mungkin. Dari kecik orang panggil aku budak gila. Budak cacat. Tapi akan datang, tak akan ada sesiapapun yang akan hina aku."
"Aku nak tanya. Kau kenal siapa Calamity?"
Asrar menggeleng kepala. "Entah siapalah. Namun tak penting. Sebab dia bukan ancaman. Budak bodoh mungkin."
Mawar Cahaya ketawa.
"Kenapa kau ketawa hah?" tanya Asrar terpinga-pinga.
"Kau tak kenal, dan masih mahu mengata bodoh? Antara keempat-empat roda. Pada aku Calamity jauh lebih berbahaya."
"Jadi kau kenal?"
"Mungkin. Sekarang aku bocorkan satu rahsia untuk kau, lelaki muka pucat. Calamity pernah ada di Alamria 2 tahun yang lepas. Haaa kau terkejut tak. Amik kau."
"Tak..mungkin. Kau bohong aku kan?"
"Siapa nak bohong kau plak. Kami tak pernah tahu yang roda Chaos ada di Alamria. Sebaliknya kami mencari Calamity. Tapi mungkin nasib kami baik sebab kau sendiri bodoh pergi mengaku depan aku. Hahaha."
"Tapi kenapa dia tak lakukan apa-apa?"
"Siapa? Calamity? Siapa kata dia tak buat apa-apa? Dia dah mulakan langkahnya lah."
Bola mata Asrar bergerak-gerak. "Jadi siapa dia Calamity?"
Mawar Cahaya membuka mulut. Suaranya perlahan-lahan menyebut identiti sebenar Calamity. Wajah Asrar bertukar pucat dan berpeluh. Dia menekup mukanya. Dia ketawa dalam ketakutan.
"Ini tak adil." Katanya.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?