Bab 19 Larian Harapan

2.4K 219 44
                                    


"Rakan-rakan. Walauapapun terjadi, kita mesti balik ke kampung dan hebahkan mengenai hal ini. Tapi melihatkan betapa raksasanya kekuatan dia ni. Aku tak pasti kita boleh menghentikannya jika kita berdepan bersemuka macam ni. Tapi aku punya idea. Kita lari. Kita pun sudah semakin menghampiri kawasan selatan. Dengan hanya dia seorang, dia tak mampu mengejar kita semua. Dan pada saat dia begitu hampir dengan salah seorang dari kita, maka cubalah la lewatkan dia untuk beberapa minit, saat. Supaya rakan yang lain dapat terus lari." Ucap Catih.

Yang lain semua mengangguk kepala mereka. 33 orang berlari. Tinggal seorang. Tubuhnya agak pendek dari kesemua rakannya. Tapi jiwanya besar dan berani.

"Aku la yang akan melambatkan kau sementara rakan ku mengambil peluang untuk lari." Katanya.

Jerod menjenggil matanya, lantas dia cuba bergerak namun kakinya tertahan. Apabila dia melihat ke bawah, kakinya telah mendap ke dalam tanah. Itulah dia kuasa magik cacako pendek ini. Mata Jerod perhati kesemua orang cicak telah melarikan diri secara berselerak. Dia berasa geram.

"Kenapa? Tak cukup kuat nak keluar dari mendapan tu?" sindir si pendek itu.

Jerod terus melontar golok panjang ditangannya lalu terus melekap ke tengah muka musuhnya. Jerod melompat tinggi. Dia berjaya keluar dengan mudah sahaja. Selepas mencapai kembali senjatanya, cepat-cepat dia mengejar yang lain. Lariannya juga laju.

"Ah tak guna dia di belakang kita!" kata salah seorang yang sedang berlari. "Aku akan cuba halang dia."

"Aku juga ikut!" kata rakan di sebelahnya.

Mereka berdua melompat ke arah Jerod, cuba menerkam dan membaham. Serangan mereka di elak mudah oleh lieutenant tersebut. Dia memutarkan goloknya dengan pantas membelah tubuh salah seorang dari mereka. Darah memancut keluar. Yang lagi seorang mengambil kesempatan cuba menggigit lengan Jerod. Namun belum sempat giginya membenamkan pada lengan Jerod. Kepalanya terlebih dahulu telah bercerai dari badan.

Kini tinggal 31.

"Gucar! Careda!!!" jerit rakan mereka yang berada di hadapan.

"Teruskan berlari!"

"Tak! Giliran aku menahannya. Cammo. Aku berharap korang berjaya. Tolong."

"Casia!!"

Casia berlari kearah Jerod. Namun ketika dia berlari. Cammo bersama 3 yang lain berlari sama di sisi kira dan kanannya.

"Kalian.." Casia berasa sebak.

"Kami takkan biarkan kau sorang-sorang menghadapinya." Ucap Cammo.

"Potong batang pokok di kiri dan kanan cepat!" arah Casia.

2 berlari ke kiri dan dua lagi ke kanan. Casia berada di tengah-tengah. Pohon-pohon pokok yang besar itu dipotong mudah dengan hanya cakaran dari kuku mereka. Saat ia mahu menumbang ke ketengah laluan. Casia mengangkat tangannya ke arah Jerod, lalu dia mengunakan magiknya menarik tubuh Jerod ke depan.

Lalu kemudian pokok-pokok itu terus menumbang ke atas tubuh Jerod.

Mereka memerhati ke arah runtuhan tersebut dengan cemas. Lelaki yang kuat seperti ini takkan terbunuh dengan cara sebegini. Ternyata dugaan mereka benar apabila pohon-pohon itu terbelah dan dilempar terbang ke kiri dan kanan.

"Cubaan bagus." Ujar Jerod dengan dahinya berkerut. Wajahnya menjadi merah.

"Bersedia semua! Kita cuba menahan dia dengan kuasa magik yang kita ada. Dengan kita berlima. Kita mungkin dapat menahan dia lebih lama, supaya rakan yang lain punya masa yang banyak untuk berlari lebih jauh. Ingat! Kita adalah harapan orang kita!! Gagal kita disini, binasalah kaum kita!" Kata Cammo menaikkan semangat rakan-rakannya. Yang lain semua bersorak.

Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now