"Kenapa muncung je mulut tuh? Tenang lah, dalam dunia ni macam-macam benda best korang boleh buat." Chalbakos cuba menenangkan Cahaya dan aku yang duduk sambil memuncungkan mulut.
"Mana boleh camtuh tuan, tolong la kami. Kat Alamria tu macam-macam benda lagi perlu saya buat. Saya tak jumpa pun lagi mak ayah saya. Buat la sesuatu. Saya nak hidup!!" Rayu aku. Aku tak sanggup hidup aku berakhir disini.
"Yela pakcik, kami ni muda lagi. Kasihani la kami."
"Korang ni cakap macam korang dah mati je. Aku tak boleh buat apa, sebab dunia ni dah bersatu jiwa dengan korang berdua. Keluar dari dunia, bermakna korang akan mati." Ujar makhluk kecik nih.
"Tapi tuan pencipta alam ni. Takkan tak boleh buat sesuatu?" Ujar aku dengan nada tidak berpuas hati.
Chalbakos ketawa. "Ya memang aku penciptanya tapi aku kehilangan kawalan terhadapnya jugak. Semenjak dua menjak ni , dia sudah lain macam perangainya. Kalau kau cuba melawan dia, dia akan membaham kau balik., dia semakin liar dan aku perasan yang kadar dia mengambil tenaga penghuninya lebih tinggi dari kebiasaan. Aku rasa aku perlu buat sesuatu mengenainya." Dia mula mengurut dagunya seperti berfikir. Dia bercakap dunia ni hidup plak. "Oh apapun korang nak makan? Aku boleh hasilkannya."
Cahaya dan aku hanya gelengkan kepala. Dalam keadaan macam ni siapa aje yang ada selera untuk makan? Dalam fikiran kami hanya fikirkan untuk keluar dari tempat ni saja.
"Hahaha, okey baiklah sebenarnya ada satu cara."
Dengar sahaja ayat itu mata Cahaya bersinar-sinar. Aku rasa aku pun begitu. Teruja. Aku dan Cahaya melompat sambil tangan berpegang sesama sendiri. "Yey boleh balik boleh balik."
"Jangan gembira sangat. Kita kena berjumpa dengan Mag Mell dulu."
"Er siapa dia?" tanya aku.
"Dunia nih."
"Dunia ni? Saya ingat nama dunia ni Chalbakos World." Kata Cahaya pula.
"Um ya teknikalnya memang dunia ni dunia aku. Tapi dia ada nama gak. Mag Mell. Sedapkan? Lain kali kalau korang nak merujuk ke dunia nih kat orang luar. Gunakan nama ni. Tu pun kalau korang berjaya keluar dari sini fufufu." Ketawa sang falsafah ni sambil menyeringai.
"Jadi kalau Mag Mell ni dunia ni, yang kita nak jumpa ni apa sebenarnya? Er maksudnya dia ada jasad ke?" aku mula terpikir-pikir. Snuggles yang terbang-terbang di sekitar aku mula membaringkan dirinya di atas bahu aku.
"Nanti tahu la korang. Ayuh kemas semua barang korang kita bergerak." Chalbakos mula melompat dari mejanya turun ke lantai.
"Er lawak sangat. Kami tak ada barang pun." Mata Cahaya tertutup separuh.
Chalbakos ketawa, sejurus kemudian badannya mula membesar setinggi kami berdua. Sekarang rupanya seperti manusia tetapi berwarna ungu dan kali ini dia ada rambut yang mengerbang berwarna merah jambu. Tak sangka dia boleh adjust saiz dan bentuk badannya sesuka hati. Chalbakos mengambil sesuatu daripada almari berdekatan lalu menolak belakang badan kami keluar daripada rumahnya.
Chalbakos memusingkan jarinya ke langit membuat isyarat bulatan. Lalu kemudian secara tiba-tiba muncul batang kayu yang besar memanjang turun dari bukit. Di tengah-tengahnya terdapat ruang kosong dan terdapat sesuatu seperti perahu diatasnya. Oh aku tahu ianya gelonsor!
"Duduk." Chalbakos sudah mengambil tempat duduk di dalam perahu tersebut. Kami pun sama-sama melangkah masuk, duduk di bahagian belakang. Disebabkan ruangnya luas, kami boleh duduk sebelah menyebelah. "Pegang pemegang kayu dihadapan kamu."
Kami berdua mengikut arahannya. Dalam hati sudah berdebar.
"Ayuh berlepas!!"
*Bussh!!*
Asap ungu keluar dari punggung perahu lalu memecut ke hadapan dengan kelajuan yang lebih laju daripada seekor windwalker. Mulut dan pipi aku menggelebar dek kerana angin menderu-deru, perlahan lahan aku tengok muka Cahaya.
"Woahaha..mu..(blek blek blek)..kaa kau..(blek blek blek) kela...(Blek blek blek) kar bodoh!" ejek aku dengan suara dalam dengar tak dengar.
"Kau..(blek blek blek) lagi kela..(blek blek blek) kar macam balolow!" balas Cahaya.
Aku rasa lucu sangat bila bunyi pipi kami yang menggelebar ni bersatu dengan suara kami. Baik tak payah cakap langsung kan? Haha
Tiba-tiba kepala Chalbakos berpusing ke belakang sambil menyeringai. "Syok kan?"
Mata aku dan Cahaya sama sama terbeliak luas, macam nak tercabut dari soket. Kepala hotak!! Menakutkan bodoh!! Dah macam mana muka dan suara dia tak terjejas langsung? Chalbakos memusing kepalanya kembali. "Nampaknya Meg Mell tak suka kita melawat dia."
Aku lihat bebola-bebola berbulu hijau yang besar terapung di udara tidak jauh dari kami. Tiba-tiba setiap satu darinya tersembul keluar satu mata. Mata mereka mengeluarkan cahaya merah dan memancar ke arah platform gelongsor kami. Kesannya platform kami hancur.
"Wooaahh..."
Perahu kami mengelongsor keluar daripada platform lalu tercampak ke tanah. Aku mengerang sakit. Cahaya sudah tertonggeng. Chalbakos pula elok bersila sambil terapung.
"Berita buruk. Mag Mell rasa tercabar." Ujarnya. Ya ini memang buruk!
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantastikDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?