Akhirnya kami tiba di runtuhan kuil Jaguh Noir, sebuah kuil yang terbina daripada bahan binaan batu marmar berwarna hijau. Walaupun dikatakan telah ditinggalkan beratus tahun namun keadaan dindingnya masih tampak berkilat seperti seseorang telah menggilapnya setiap hari. Kuil ini dahulu difahamkan dibina oleh kaum djin sebelum kaum djin mengambil keputusan untuk mendiami dimensi mereka sendiri. Kaum djin adalah kaum yang aneh kalau menurut kitab lama, aku tak pernah bertemu dengan mereka lagi. Tetapi mereka ada dan tak bercampur dengan kaum-kaum di Alamria ni. Satu sebabnya mereka tak gemarkan pemerintahan kaum manusia."Matikan cahaya obor." Arah Suria Pertama.
Kami semua mengikut arahannya. Kami mula meniup ke arah api menghilangkannya dari marak di sumbu. Seluruh kawasan menjadi gelap tanpa disurami cahaya apapun bahkan bukan dari bulan sekalipun.
"Tapetalia Lucidas!" ujar Suria Pertama dalam gelap, tak semena-mena terdapat garisan cahaya yang banyak melingkar keluar dari tubuhnya lalu memenuhi semua ruang dan dinding. Sebelum ia hilang. Entah bagaimana, seluruh kawasan kelihatan cerah walaupun langit hitam gelap tanpa bintang. Aku boleh lihat struktur kuil, rumput-rumput yang aku pijak. Bahkan rupa wajah mereka yang lain.
Kami mula bergerak kembali, menuruni tangga-tangga. Dari jauh kami boleh dengar suara eraman yang lemah. Makhluk itu memang berada dalam kuil ni. Langkah kami diperlahankan, tidak mahu diketahui olehnya.
Akhirnya kami bertemu dengan ia, beast yang dikatakan mengganas dan membunuh beberapa orang yang cuba menewaskannya. Rupanya macam biawak, bersisik, besar dan paling penting ia berpakaian! Beast apa yang berpakaian? Dah macam bangsa intelek plak dah. Aku dan yang lain tercengang melihatnya sedang sibuk menari dan bergelek. Banyak kali jugak aku gosok mata aku, tak percaya dengan apa yang aku lihat.
"Bang Suria apa semua ni? Ni ke haiwan yang membunuh orang? Macam tak berbahaya je." Tanya aku.
Suria Pertama dan Nubis ketawa kecil. "Haha maaf la tak cerita detail. Tapi ini lah dia. Dia bunuh akal orang. Mati akal kami tahu, nak halau dia dari sini."
"Aww, ada orang melawat mak." Ujar beast tersebut melihat kami. "Terkejut mak, kenapa datang malam hari? Mak tak sempat nak masak-masak dulu ke apa."
Mata aku tekenyit-kenyit sebelah. Makhluk ni boleh bercakap!!? Thibout dan Cikgu Jebat dah lain macam muka dia. Mawar Cahaya plak gelak berdekah-dekah.
"Heii, Petaka Besi. Kau pergi la dari sini!! Tahu tak kau dah menghabiskan cendawan sekitar sini!!! Tahu tak cendawan kat area sini adalah satu-satu sumber ekonomi orang kampung disini!! Cilake betul." marah Nubis.
"Humm sampai hati halau mak. Mak tinggal sini tak kacau orang pon. Haaa, takyah kalau engkorang semua ambik cendawan lagi dah. Mak punya semua, mak tak kira. Engkorang pergi la cari benda lain plak." Balas Petaka Besi.
"Haa korang tengok, tengok. Degil betul menatang ni. EE geram aku. Nasib baik badan besar gila. Kalau tak aku pijak-pijak biawak ni!" Nubis pandang kearah kami.
"Tolong la kami wahai kalian semua. Nak dibunuh haiwan ni tak sampai hati. Nak dihalau degil nak mampus." Rayu Suria Pertama.
"Apa sebenarnya kamu ni?" tanya Thibout. "Belum pernah lagi aku tengok beast rupa macam ni dan boleh bercakap. Kau ni pun sebahagian dari bangsa intelek ke? Kaum apa? Nak kata jadian tak plak." Sambungnya lagi.
Petaka Besi mula duduk. "Panjang ceritanya nok. Ramai orang ingat mak ni beast. Tapi bukan! Sungguh mak cakap, mak ni asalnya dari kaum manusia. Tapi termakan sumpahan. Mak jadi macam ni la." Ceritanya.
"Sumpahan apa?" tanya Cahaya.
"Haa dulu mak pun amik upah kaut cendawan kat area sini. Sampai satu hari tu mak kutip-kutip cendawan pap! mak pon jumpa kuil ni. Haa mak teringin la nak jenguk apa ada kat dalam. Ada puteri ka apa kan? Mak masuk ler dalam kuil ni. Mak mana tau ni tinggalan djin. Haa kalau mak tahu tak teringin mak nak masuk oi. Ni terlajak masuk mak terjumpa satu ketul batu. Cantik nok! Kaler pink! Alih-alih mak dengar satu suara jerkah mak. Mak toleh, heran la mak tak nampak orangnya. Katanya mak pencuri. Haa tu pasal la mak kena sumpah sejak hari tuh. Sedih la mak gini." Petaka Besi mula menangis. "Tolongla mak, mak rindu nak jadi manusia balik. Ni selalu kena hina. Mak tahu la mak gedik sikit. Tapi kena panggil hodoh, menakutkan. Mak tak sanggup!!"
Aku jadi tak sampai hati plak bila dengar cerita dia. Aduh, macam-macam hal. Tapi aku pernah baca juga yang kaum djin memang mahir dalam ilmu magik sumpahan yang dipanggil sebagai sihir. Sebab itu mereka antara kaum yang berbahaya.
"Haa takpa, Cahaya boleh tolong. Kalau erm mak tak kisah." Ujar Cahaya.
"Seriusly?" Mata Petaka Besi bersinar-sinar.
"Serius la." Balas Cahaya sambil tersenyum. Aku cepat-cepat tarik lengan Cahaya.
"Hei, kau nak guna magik kau kat sini?" bisik aku.
"Sokay jangan risau." Balas Cahaya. Kemudian dia menghampiri Petaka Besi. Disentuhnya tubuh makhluk besar itu. Tak semena-mena dengan perlahan-lahan tubuh makhluk itu mula mengecut dan sedikit demi sedikit membentuk tubuh seorang manusia. Baju yang dipakai beast tersebut jatuh ke tanah. Mereka yang lain terkejut melihat keadaan itu.
"Waa, magik apa tuhh?" tanya Suria Pertama.
Aku tak membalas. Magik ini berbahaya jika diketahui orang tertentu. Ianya dipanggil sebagai magik temporal healing . Ia salah satu magik memanipulasi masa. Pengguna boleh menyembuhkan keadaan seseorang dengan mengundurkan masa dan terus memadamkan kesan sumpahan, luka dari terus wujud. Sebab itu Gambit memberitahu supaya yang sampai orang lain tahu kelebihan sebenar Cahaya. Iaitu pengguna magik manipulasi masa. Kalau diketahui oleh orang yang salah. Maka Cahaya mungkin akan dalam bahaya.
"Waaaaa, mak dah jadi orang!!! Yeyyy!!!" Petaka Besi melompat dengan gembira dalam keadaan bogel. Aku ketuk dahi. Dasar.
"Suka tak?" tanya Cahaya.
"Suka gila la nok!! Mak boleh la balik kampung mak balik macam ni."
Terus dia berlari keluar.
"Itu kalau dia sampai kampung, mesti orang lari jugak tengok dia. Entah perasan entah tak diri dia tengah bogel." Ujar Cikgu Jebat. Kami semua ketawa.
Suria Pertama dan Nubis bersalaman dengan kami mengucapkan terima kasih sebelum mereka keluar daripada runtuhan kuil ini. Cikgu Jebat dan Thibout pula mengajak aku dan Cahaya untuk berada di dalam kuil ini lebih lama kerana ada sesuatu yang ingin dibuat mereka.
"Bagus, akhirnya mereka dah pergi." Ucap Thibout. Rupanya semenjak dari awal tujuan mereka bukan untuk menghalau Petaka Besi. Tetapi kerana ada sebab tertentu.
"Akid, Cahaya. Mahu masuk ke dimensi djin tak?" tanya Cikgu Jebat.
Aku dan Cahaya saling berpandangan. Kemudian kami angguk kepala dengan laju.
"Kuil Jaguh Noir adalah salah satu pintu ke dimensi mereka. Masa cikgu dalam misi berkaitan dengan kaum djin, sini lah antara pintu yang cikgu selalu gunakan untuk ke dunia mereka." Ceritanya.
"Saya pernah dengar, dimensi mereka sangat cantik dan pelik-pelik. Betul ke?" tanya Cahaya.
"Betul. Nah amik nih." Cikgu Jebat menyerahkan satu tali berwarna kuning. "Ikat pada pergelangan tangan kamu. Jangan hilangkan. Kalau tak kamu tak boleh pulang ke sini semula."
Aku dan Cahaya mengambilnya dan mula ikat pada pergelangan tangan kami.
"Mari kita mula kan." Thibout melemparkan sesuatu pada lantai dihadapan mereka. Lalu muncul satu lubang cahaya. "Lompat masuk. Ayuh." Thibout segera melompat masuk ke dalam lubang tersebut. Aku pula menjadi gerun. Macam boleh mati je.
"Macam best!! Ayuh mulakan pengembaran ke alam djin!!" Cahaya pula melompat.
Cikgu Jebat tengok aku. Semacam ada moment sepi seketika. Aku agak teragak-agak. Aku hulurkan satu kaki dengan niat nak masuk dengan hati-hati tapi terus aku tersedut masuk dengan laju. Wuaaaaaaaaaa...
Bila terasa kaki sudah menapak pada tempat yang keras, perlahan-lahan aku membuka mata. Alangkah terkejutnya kini aku dah berada dalam alam djin. Langit kelihatan berwarna merah jambu. Dedaunan pohon pula macam dibuat daripada kapas. Terdapat belang putih merah pada batang pokok. Terdapat haiwan serba aneh terbang di sekitar kami. Kepalanya seperti loceng, dan berat jatuh ke bawah. Setiap kali mereka mengangkat kepala. Kepala mereka akan berdentangan seperti bunyi loceng. Tidak jauh dari kami terdapat sungai bertukar-tukar warna. Aneh sekali dunia nih. Patutlah kaum djin tak nak kembali ke Alamria.
"Akid! Cantik kan!!" Cahaya menarik tangan aku. Aku terikut sama. Aku benar-benar kagum. Ia bagaikan satu mimpi.
YOU ARE READING
Alamria (Magical World) BOOK 1
FantasyDi Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini?