(suga pov)
(yoongi pov)
aku sedang pusing pusing bandar dengan kereta porche biru kesayang aku. nak cari tempat lepak tapi tak tahu kat mana. and tiba tiba hujan pulak turun. aku still pusing pusing lagi.
and, mata aku tertangkap pada satu figura yang tengah peluk lutut kat street pejalan kaki. orang gila ke? tapi dia... pakai baju sekolah. tu bukan ke design baju sekolah aku?
aku memberhentikan keretaku di tepi jalan itu. kelihatan badan perempuan itu menggeletar teruk. aku keluar dari kereta dan mendengar esak tangis perempuan itu. seketika kemudian dia rebah menampakkan wajah penuhnya.
mata aku yang kuyu ni terus terbeliak besar. aku meluru laju ke arah perempuan itu.
'hana?! hana?? oh god girl wath happened to you?!!'aku menepuk nepuk pipi hana yang tidak sedarkan diri. terus aku mencempung tubuhnya dan membawanya masuk kedalam keretaku. aku terus memandu ke apartmentku. nasib aku sorang je tinggal situ.
keretaku mula memasuki kawasan apartment mewah tersebut. selepas parking, aku mencempung tubuh hana yang lencun dan dibawa memasuki lif menuju ke apartmentku.
sesampai sahaja di apartment, aku membaringkan hana di atas sofaku. alahai... sian sofa gebu aku basah tapi aku lagi kesian perempuan ni. aku berlalu ke dapur untuk mengambil segelas air dan kain basah.
'taehyung~~'
'TAEHYUNGG~~'
aku terus meluru ke arah hana yang sedang meracau racau. kemudian dia kembali diam. seketika kemudian, aku melihat manik manik mengalir dari tubuir mata hana. aku memegang dahinya. Auch!! panas!
dia demam panas ni.. aku mengelap mukanya dan lehernya dengan kain lap. dia kena tukar baju ni tapi.... takkan aku yang kena tukarkan?!
aku mula berfikir sapa yang patut tukarkan.. jap... taehyung? jungkook? err... aku menelefon taehyung. malangnya suara yang paling aku benci pulak jawab. aishhhh sheytttt voicemail! aku call jungkook pulak.
[in call]
suga: hello jungkook! ni suga.
jungkook: ohh kenapa call aku ni?
suga: datang apartment aku jap..
jungkook: buat apa? malas aku..
suga: ni hana pengsan
jungkook: bwo?!! jap aku otw![end call]
(hana pov)
aku cuba untuk membuka mataku tapi pedih di kepala masih lagi menyengat. aku memeluk tubuhku. sejuk sangat sekarang ni..
'se-s-sej-sejukk-s-seju-sejuk....' aku berkata lemah dengan mata tertutup. terus aku dengar derapan kaki meluru ke arahku. terasa tubuhku mulai hangat dalam selimut tebal. aku mengedip ngedipkan mata, cuba untuk menstabilkan penglihatan.
aku melihat jungkook duduk di sisiku dan membelai lembut rambutku. 'suga kata kau duduk kat tepi jalan nangis nangis. dia ingat orang gila. nasib dia yang tolong kau tau! macam mana kau boleh pengsan?' jungkook mula bertanya bertalu talu. aku mula bangun untuk duduk.
seketika kemudian aku megingati kejadian tengah hari tadi. terus aku menangis teresak esak. aku menyembamkan muka ke dada jungkook dan menangis kuat.
'yaa hana kau okay tak?' soal suga tiba tiba, cuak melihat aku nangis tiba tiba.
aku hanya menggelnegkan kepala dan terus menangis kuat di dada jungkook. jungkook terus menggosok rambutku lembut. dia mengangkat wajahku mengahadapnya. 'hana... kenapa ni? cerita kat aku sapa yang buat kau macam ni...' jungkook menyoal lembut.
aku terus menangis tanpa berkata sepatah. jungkook terus membangunkan aku. 'suga, aku balik dulu.. thanks tolong jagakan hana kejap tadi..'
suga tersenyum manis dan mengangkat tangannya. 'sokay.. ala biasa je..'
jungkook terus membawaku keluar dari apartment suga dan masuk ke dalam kereta. aku hanya menangis dengan menekup mukaku dengan kedua tanganku. jungkook hanya memandu kereta dengan resah.
(jungkook pov)
setibanya di rumah, aku menoleh ke arah kembarku. kelihatan hana sudah tertidur akibat terlalu banyak menangis. kelihatan matanya sembab. aku melihat baju tidur hana yang sudah ditukar oleh maid suga tadi.
aku mengangkat tubuh hana lalu dibawa masuk ke rumah. kelihatan wonwoo sedang menonton tv. dia memandangkupelik. 'kenapa ngan hana?!' soalnya risau. terus wonwoo meluru ke arah hana yang sedang dicempung olehku.
'shhh dia tengah tidurlah hyung.. aku pon tak tahu kenapa.. nantilahh..' aku jalan melepasi wonwoo dan naik ke atas melangkah masuk ke bilik hana. tubuhnya diletakkan di atas katilnya dan aku selimutkan dia. aku mengusap rambutnya lembut kemudian aku keluar dari biliknya.
seminggu berlalu...
dua minggu berlalu....
hana masih mengurungkan diri dalam bilik. suruh makan, taknak. pergi sekolah, taknak. tanya kenapa, tak jawab. aku mula stress dengan hana begitu juga wonwoo.. wonwoo lagi lah dah macam orang gila dah. dia sampai merayu rayu kat hana tanya kenapa, tapi hana just membisu.
kat sekolah, cikgu mulai bising tanya kenapa hana tak datang. aku cuma cakap dia demam,demam, demam dan demam. budak kelas mula tanya. even diorang bukan kawan rapat hana, diorang still kesah. tapi yang aku pelik... taehyung je yang tak pernah tanya. bila aku dan geng aku borak pasal hana, dia tukar topik.
setahu aku, dia dengan hana bercinta bukan? tapi, muka dia terus tukar menyampah bila borak pasal hana. aku mula melangkah ke bilik hana. kelihatan dia sedang baring sambil memandangku. aku menuju ke katilnya dan mengusap rambutnya.
'hana.... kau okay?' soalku. dia hanya mengangguk. aku mengeluh halus. 'hana... sampai bila kau nak macam ni? aku rindu kau yang selalu sakat aku, panggil aku biskut hangus.. sampai bila kau nak kurung diri macam ni? tak nak makan, tak nak gi sekolah, aku tanya kenapa, kau tak jawab. janganlah macam ni... aku rindu kau yang dulu..' aku teresak kecil. aku mencapai tangan hana lembut.
tangan hana mergerak dan mengusap air mataku. 'jangan lah nangis.. aku o-okey... cuma ambil masa untuk semua ni..' hana berkata.
aku mengangkat wajahku. 'hana... tolong jawab jujur aku nak tanya.. please... benda ni ada kena mengena ngan taehyung kan?' soalku. hana hanya diam membisu. seketika kemudian mengalir air mata dari tubir matanya. 'hana, jawablah... aku perlu tahu!' aku mendesaknya.
'get out jeon jungkook. aku nak tidur.' dia terus membelakangi aku. aku mengeluh berat dan keluar dari bilik hana. aku berjalan memasuki bilik tidurku. aku menaip sesuat di telefonku.
to: taehyungie
-tae.. jumpa aku kat moon cafe malam ni.
sent.
malam ni aku kena tahu semua dari mulut taehyung. aku tak kisah macam mana pon.
tbc.
ŞİMDİ OKUDUĞUN
[C] Seatmate ※K.T.H※
Fanfiction+ apabila seorang perempuan terpaksa duduk ditepi seorang lelaki yang beku macam ais + 'Kau ni memang tak suka senyum ke?' - jeon hana 'Bukan urusan kau' - kim taehyung + dan bermulalah kisah cinta mereka +