51

129 9 0
                                    

4 bulan kemudian~

[jungkook pov]

aku melihat hana yang hanya termenung memandang langit di balcony. 4 bulan dah dia selalu termenung, kurang makan, asyik panggil panggil taehyung. aku tak tahu nak buat apa dah. aku berjalan ke arah hana yang sedang leka melihat langit malam sambil duduk di kerusi rodanya.

'hana..' aku memanggilnya. tetapi dia hanya diam dan terus memandang bintang di langit.

aku menyentuh bahunya.

'tu dua bintang tu, aku dengan tae tau..' akhirnya suara hana kedengaran.

pasal taehyung

again.

aku mengeluh. 'kau tau kita tak kan jumpa dia lagi kat sini?'

hana menoleh ke arahku. 'aku tahu dia ada lah! dia mungkin ada kejutan untuk aku. dia mungkin main sorok sorok ngan aku.... tae....' air mata hana mulai keluar.

aku mulai tersentuh melihat keadaan hana. dengan kerusi rodanya. dah 4 bulan dia tak keluar rumah. omma upah cikgu untuk ajar dia dekat rumah. dia jugak lebih banyak berdiam diri dari bercakap.

'aku nak kaki aku balik.... aku nak jalan... aku nak cari dia....' tangis kecil hana mula kedengaran.

aku terus memeluk hana dan mengelus rambutnya. bahunya terhincut menahan tangis. 'ya ya... kita cari dia sayang kita cari dia... dah jangan nangis okay... kita cari dia...' aku berkata.

hana memandangku. 'jom... datang rumah taehyung...' hana bersuara.

'buat apa? dia bukan ada pon dekat situ' aku menyoal hana.

'boleh lah... aku nak jumpa mak dia.... aku tahu dia mesti tahu pasal taehyung..' hana berkata.

'tapi nanti omma ngan wonu marah..'  aku cuba untuk menolak. kalau omma tahu, mengamuk punya..

'kau nak tolong aku tak? kalau tak nak, aku pergi seorang. aku tak kisah.' hana memalingkan wajahnya.

'okay! kita pergi esok.. tapi, kau senyap senyap je... jangan bagitau omma ngan wonu pasal mana kau nak pergi.' aku berkata.

hana mengangguk dan tersenyum.

'aigoo dia cenyumm..' aku menggomol pipinya.

keesokannya...

[hana pov]

aku sudah bersiap. susah untuk orang lumpuh macam aku nak bergerak. semua terbatas. kelihatan jungkook keluar dari biliknya dengan baju putih dan seluar tight hitam.

'jom' jungkook menolak kerusi rodaku. ketika menuruni tangga, jungkook mencempungku dahulu dan selepas itu dia naik semula untuk mengambil kerusi rodaku.

'kookie ngan hana nak pergi mana?' soal omma tiba tiba.

'er kookie nak bawa hana jalan jalan.. dia bosan duduk rumah' jawab jungkook.

'eh? sejak bila hana tertiba nak keluar rumah? selalu terperap je dalam bilik..' perli wonwoo.

aku menjeling wonwoo. 'biar lah.. pe masalah?'

'sudahh jangan lah gaduh... kookie jaga hana elok elok.. jangan lama sangat.' pesan omma.

aku dan jungkook mengangguk dan jungkook menolak kerusi rodaku masuk ke dalam kereta. kemudian dia mencempungku masuk di seat depan sebelahnya.

skip

kereta jungkook terhenti di hadapan sebuah rumah besar. rumah taehyung. terus dia turun untuk mengeluarkan kerusi roda dan menolongku untuk duduk. aku kelihatan sangat teruja berada di hadapan rumah taehyung. dia mesti ada!

[C] Seatmate  ※K.T.H※Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin