[jungkook pov]
'tae'
dan aku terdiam.
'kalau tak keberatan, boleh saya tahu siapa tae tu?' soal doktor jaebum.
aku tersenyum. 'dia... kekasih hana.' jawabku jujur.
doctor jaebum tersenyum. 'ohh... patutlah. ahh kalau awak nak jenguk dia, jenguk lah..' kata doctor jaebum dan beredar.
aku terus memanggil kawanku semua dan masuk ke dalam wad hana. kelihatan hana memandang tingkap dengan wajah datarnya. mukanya menunjukkan expression kosong, tiada senyuman.
'hana~' aku meluru ke arahnya dan memeluknya. rindu!
hana membalas pelukanku dan tersenyum. 'kook..' ucapnya perlahan.
aku melepaskan pelukan dan memandangnya. aku mengusap rambutnya dan tersenyum lagi. 'aku tak sangka kau sedar akhirnya... ya tuhan aku rindu kau sangat!!' aku berkata.
hana tersenyum kecil dan matanya melilau melihat satu persatu ahli bts. kemudian dia menjenguk jenguk lagi di pintu kaca wad. 'korang..... mana taehyung?' soalnya.
semua terdiam termasuk aku. dan aku melihat senyumannya mulai pudar. aku hanya menunduk.
'hana!!!'
jeritan seorang perempuan membuatkan aku dan hana menoleh. omma dengan wonu. omma terus menerpa ke arah hana dan memeluk hana erat. hana turut membalas pelukan omma. kemudian dia memandang omma. 'omma... ada nampak taehyung tak?'
ah sudah!
wajah omma dan wonwoo mula berubah riak. kemudian omma tersenyum kecil. 'sayang.... dia dah menghilangkan diri. omma pon tak tau dia pergi mana.. ni omma geram! hishh kamu tak payahlah nak cari dia. dia pon tak de jenguk kamu pon!' getus omma.
terus riak wajah hana berubah sayu. 'betul ke?' dia memandangku dan ahli bts yang lain.
ahli bts yang lain hanya mengangguk tapi aku cuma diam tak berkutik. taehyung memang jenguk dia. untuk satu hari. yang lain sebelum tu, taehyung cuma tunggu dekat luar je.
'jungkook? betul ke?' soal hana.
aku mengangkat wajahku. kelihatan wajah wonwoo memandangku tegang diikuti omma. aku secara perlahan mengangguk. akhirnya hana menekup mukanya dengan kedua tangannya dan menangis.
omma menyuruh ahli bts yang lain pulang dulu dan melawat pada hari lain sementara dia menguruskan bil di hospital diikuti wonu, dan aku pujuk hana. er...
'jung.... kook..... c-cakaplah... hiks.. mana taehyung....' kata hana sambil teresak.
[hana pov]
aku terus menangis. aku rasa sedih sangat.. yeke dia tak jenguk aku langsung? tapi aku rasa aku macam pernah dengar suara dia... takkan omma ngan semua tipu?
'kook... aku tanya ni... mana dia.. aku nak cari dia...' aku menangis dan cuba untuk turun dari katil. malangnya aku terjatuh dari katil tetapi sempat di paut oleh jungkook.
aku mulai cemas. 'k-kenapa aku tak boleh gerakkan kaki aku?'
jungkook hanya memandangku sayu.
aku cuba untuk tersenyum tetapi air mataku semakin mencurah curah. 'aku okay je kan kook?' dan dia hanya diam. aku memegang lengannya. 'jawablah! kaki aku okay je kan?!!' aku mulai menjerit ke arahnya.
jungkook mula mengalirkan air mata. 'tak kisah apa pun keadaan kau, aku sentiasa dengan kau.' katanya membuatkan air mataku semakin deras mengalir.
'kenapa dengan kaki aku? aku tak apa apa kan?!' aku menyoalnya lagi.
jungkook tersenyum sayu.
'kau lumpuh kekal'
tiga perkataan dari mulut jungkook membuatkan duniaku hancur. aku memandang jungkook tidak percaya. 'a-apa? weh nak buat lawak tu agak agak lah! kau ni dari dulu selalu buat lawak menakutkan!' aku cuba untuk ketawa.
jungkook menunduk menyamaiku. dia memegang pipiku bersama deraian air matanya. 'tak sayang... aku tak gurau.. kau betul betul lumpuh....' dia berkata dan mengesat air mataku.
aku menekup wajahku dan menangis. kalau taehyung hilang, aku ingat nak cari dia, tapi kalau aku lumpuh kekal? macam mana aku nak jalani hidup dengan normal? macam mana aku nak pergi belajar? macam mana.... aku nak cari taehyung?
jungkook memelukku erat dan mengusap lembut rambutku. 'shhh janganlah nangis... aku janji aku sentiasa kat sisi kau macam mana taehyung selalu kat sisi kau..' dia berkata.
aku teresak dan menggelengkan kepala. 'k-kenapa aku yang kena semua ni? kenapa aku yang kena lalui ni... hiks.... aku lumpuh.... aku dah cacat hiks..... macam mana aku nak jalan- hiks... macam mana aku nak lari.....' aku menangis di dada jungkook.
'tak apa sayang... kau ada aku, omma ngan wonu sentiasa support kau... aku akan jadi kaki kau...' jungkook berkata lagi.
aku tiba tiba angin. aku menolak jungkook sehingga dia terdorong. dia kelihatan terkejut. 'aku tak boleh terima semua ni!!! kenapa aku yang kena?!! kenapa aku!! aku putus asa nak hidup! ma-hikss macam mana aku nak cari dia....' aku menangis.
jungkook ingin menghampiriku tetapi aku memandangnya. 'kau tak payah halang aku!! tak payah nak jadi kaki sangat lah! sebab aku dah lumpuh! lumpuh!!!' aku cuba untuk turun dari katil malangnya aku tersembam ke lantai. jungkook menghampiriku malah aku menolaknya sekuat hati dan mengesot ke ara pintu.
aku cuba sedaya upaya untuk membuka tombol pintu dan akhirnya dapat. aku mengesot sambil menangis nangis. kenapa aku dapat ujian macam ni? hilang dia, lumpuh... 'tae....' tangisku dan cuba mengesot ke arah lif.
'hana! apa kau buat ni ya tuhan?! kau gila ke apa?'
aku melihat wonwoo bersama omma dan jungkook menerpa ke arahku. aku meraung raung seperti orang tak tentu arah dan memanggil taehyung. tapi...
dia tak ada.
mana dia?
kenapa dia tinggalkan aku?
dia tak sayangkan aku ke?
dan akhir sekali aku lihat, aku diangkat oleh beberapa orang jururawat dan salah seorangnya menyuntik ubat penenang pada lenganku. dan mataku mulai kuyu dan akhirnya gelap.
[jungkook pov]
aku memandang sayu ke arah hana. kesian dia. aku senyap senyap mendail nombor taehyung.
'maaf. nombor yang anda dail kini tiada lagi dalam perkhidmatan.'
aku mengeluh. dia dah tukar nombor. mana dia pergi? dia patut tahu yang hana cari dia. tapi omma ngan wonu...
aku duduk di sebelah hana. aku usap rambut dia dengan penuh kasih. aku lap saki baki air mata dia dekat tepi mata dia. aku berbisik kepadanya
'aku janji aku akan jaga kau macam mana taehyung jaga kau. please, jangan sedih lagi... kau kembar yang paling aku sayang'
dan aku cium dahi hana.
tbc
ŞİMDİ OKUDUĞUN
[C] Seatmate ※K.T.H※
Fanfiction+ apabila seorang perempuan terpaksa duduk ditepi seorang lelaki yang beku macam ais + 'Kau ni memang tak suka senyum ke?' - jeon hana 'Bukan urusan kau' - kim taehyung + dan bermulalah kisah cinta mereka +