[taehyung pov]
aku berbaring di katil sambil memandang siling cream di bilikku. aku teringat wajah hana yang menangis tadi. hm rase bersal- ehhh!! jangan tertipu taehyung! dia curang ngan kembar kau sendiri, ingat tu!
hmm kalau dia boleh curang ngan mingyu, takkan aku tak boleh, kan?
rose? kalau aku guna dia untuk sakitkan hati hana boleh?
kau tak kesian ke dia?
erm... ala aku just nak sakitkan hati hana je.. biar dia rasa apa yang aku pernah rasa.
tapi rose macam mana?
erm... tengoklah macam mana....
aku mengetuk kepalaku berkali kali. bisisng betul otak ni! biar lah aku nak sakitkan hati hana tu! ingat aku tak sakit ke time nampak dia ngan mingyu dalam keadaan yang oh my gosh... aku melihat mesej hana haritu yang dia tanya aku suka rose tak. kemudian aku tutup dan tidur.
skip
'okay class!! harini kita akan ada pelajar baru ya! silakan masuk..' arah miss hyoji lembut.
aku melihat perempuan yang masuk itu sambil tersenyum.
'annyeonghaseyo.. rose imnida. i"m from daegu. hope you all are willing to be friend with me' kata rose sambil memandangku. aku tersenyum melihatnya. sesekali mataku mengerling hana yang berada di sebelahnya. kelihatan wajahnya sedikit beku.
'okay rose.. kamu boleh duduk dihadapan taehyung disebelah joshua.' arah miss hyoji. rose terus berjalan ke arah tempatnya. kemudian miss hyoji menyambung pembelajarannya.
skip
[hana pov]
aku rehat bersama mingyu harini sebab dia yang memaksaku. kelihatan jungkook dan rakan rakannya kelihatan pelik memandangku.
'babe, tak sangka kau ikut jugak aku' bisik mingyu sambil mengelus lembut rambutku.
'ahahaha woahhh mingyu bersweet ngan awek bohh!!' seungcheol bising.
mingyu ketawa besar. 'biasalah, ada awek kena jaga elok elok. takut kena rampas.. kan sayang?' mingyu mencium pipiku.
aku ingin sahaja mencakar wajah mingyu tetapi hanya senyuman paksaan yang kuberi. seungcheol hanya ketawa melihat mingyu. aku akhirnya bangun. 's-saya nak pergi toilet.' kataku sambil terus bangun untuk beredar.
sempat tanganku dipegang kemas oleh mingyu. dia memandangku tajam memberi isyarat supaya tidak bertemu dengan taehyung. aku menarik tanganku dan terus beredar.
aku berjalan di sekitar taman sekolah sambil melihat air pancut di situ. sesekali tanganku dimasukkan ke dalam air kolam yang jernih menampakkan ikan-ikan koi di dalam. seketika mataku menangkap seorang perempuan dan lelaki sedang berborak.
apabila lelaki itu memusingkan wajahnya, ternyata ianya taehyung dengan bekas kekasihnya, rose. taehyung masih lagi tidak perasan akan kehadiranku. aku melihat taehyung seperti mengusap air mata rose yang sedang mengalir. aku mengeluh kecil. saat itu matanya terpandang ke arahku.
serentak itu, dia memeluk perempuan tersebut dan menciumnya di dahi. aku terpempan melihat perlakuan taehyung. terus aku memalingkan wajah dan menhiraukan mereka. mataku yang mulai hangat kutahan sebaik mungkin supaya manik manik jernih tersebut tidak tumpah.
kelihatan mingyu menghampiriku dari jauh. dia menyedari ada taehyung juga di situ. dia memegang tanganku kuat. 'yahh sakitlah..' aku mengaduh.
'kau buat apa datang sini?!' bisik mingyu dengan nada keras.
'aku saja je jalan jalan. hei lepaslah!' aku menjerit kecil saat kuku mingyu mencengkam lenganku.
'kau nak tengok muka kecewa tak?' dia tersenyum sinis sambil menarikku berjalan di hadapan taehyung dan rose. 'sayang, awak ni cantik sangat. kalah bunga ni semua' mingyu mula berpura pura di hadapan taehyung.
saat itu aku dapat menangkap pandangan taehyung terhadapku. mingyu pula makin menekan kukunya ke dalam kulitku. aku senyum dengan terpaksa. saat itu, mingyu terus menarikku dekat ke wajahnya dan mencium bibirku rakus. tanganku mula meronta untuk dilepaskan tetapi mingyu hanya mengendahkannya.
'ehem..'
suara deheman taehyung mematikan perbuatan mingyu. mingyu memandang taehyung dengan wajah yang sengaja diterkejutkan[?]. 'ouhh ada orang rupanya... ingatkan kita dua je.' mingyu menggosok lehernya sambil mengenyitkan matanya terhadapku. aku hanya menahan diri daripada mahu menangis.
'yelah ada orang.. yelah, kalau nafsu kuat, mana lah nak sedar kan?' taehyung memandangku. 'ohh ya, by the way this is rose, my girlfie.' taehyung mencium pipi rose. wajah rose yang sedikit terperanjat itu disedari aku.
'yeahh and this is my pearl, hana.' mingyu berkata.. 'okaylah kitorang pergi dulu. hana cakap dia nak tempat private sikit.' mingyu ketawa kecil dan menarikku pergi.
'jalang sial'
aku terpempan mendengar suara taehyung berkata demikian. aku menoleh ke belakang dan melihat taehyung sedang memandang tajam ke arahku.
[taehyung pov]
aku melihat mingyu membawa hana pergi dengan hatiku yang mulai membakar. berani diorang buat scene depan mata aku?! hana, kau kejam hana.... kau buat aku sayang kau lepastu kau curang dengan aku macamtu je? kau tau tak selama ni aku sorang tanggung sakit dalam hati ni bila tengok kau menangis? kau tau tak aku rindu kau sepanjang dua minggu kau tak datang? tak ada sikit pun perasaan kau dekat aku dah ke hana?
and mingyu, kau memang bodoh! kau tahu hana tu girlfriend aku, tapi dia jugak kau rembat dari aku? kau sendiri cakap hana yang mula goda kau, sepatutnya kau tolak. bukan kejar dia.. dia aku punya kim mingyu! dan aku akan dapatkan balik apa yang selama ni aku punya!
'tae..' suara rose mematikan lamunanku.
aku memandangnya dengan bersalah. nak cakap tak, ego aku menguasaiku. 'yes kita pasangan kekasih!' aku memeluknya erat. rose tersenyum gembira sambil membalas pelukanku.
maafkan aku, rose. aku cuma pergunakan kau. aku pengecut.
tbc
ŞİMDİ OKUDUĞUN
[C] Seatmate ※K.T.H※
Fanfiction+ apabila seorang perempuan terpaksa duduk ditepi seorang lelaki yang beku macam ais + 'Kau ni memang tak suka senyum ke?' - jeon hana 'Bukan urusan kau' - kim taehyung + dan bermulalah kisah cinta mereka +