[no one pov]
taehyung hanya memandang hana yang berlari anak ke van ice blend. tergelak kecil taehyung. tiba tiba matanya membulat apabila ternampak sebuah kereta porsche berwarna putih sedang bergerak laju ke arah hana secara tiba tiba.
'HANA!!!' jerit taehyung sekuat hati. dia terus sepantas kilat berlari ke arah hana. malangnya... badan hana terlebih dahulu melayang ke arah tempat pembinaan tembok di taman tersebut. kelihatan batu bata jatuh ke kaki hana.
'hana... hana..' ucap taehyung perlahan dengan deraian air mata. dia berlari mendapatkan kesayangannya yang sedang terbaring.
't-t-ta-tae.... s-sa-sak-sakit...'
suara hana hanya sayup sayup kedengaran. taehyung mengangguk dengan air matanya tidak berhenti mencurah. 'ya sayang... kau tahan sikittt je.. aku bawak pergi hospital ya... please dear... hiks.. bertahan untuk aku.. hiks.... dont leave me hiks...' kata taehyung tersedu sedan sambil mengelap darah yang mengalir di kepala hana dengan bajunya.
dan perlahan-lahan, dunia hana mulai hitam. taehyung menangis lagi. ramai orang mengerumumi taehyung. ada yang menelefon ambulans. segelintir mereka mengelihkan batu bata yang berada di atas kaki hana.
skip
[taehyung pov]
sudah enam hari hana terlantar di seoul jaeguk hospital. aku menggeliat sedikit akibat lenguh. dah pukul 7 pagi. still, dia tak bagi reaction. kaku. doktor cakap kemungkinan hana koma. tapi yang satu lagi, kemungkinan...
dia lumpuh.
aku menekup wajahku. ni semua salah aku. kalau aku tak suruh dia belikan ice blend, benda ni takkan jadi. mrs jeon dan wonwoo takkan benci aku.
[flashback]
aku terburu buru mendail nombor jungkook.
taehyung: jungkook! datang hospital jaeguk!
jungkook: kenapa?! hana okay kan?!!
taehyung: d-dia kena langgar!dan terus talian terputus. sampai sahaja di hospital, doktor membawa hana ke wad kecemasan. aku duduk di ruang menunggu dan menutup wajahku yang basah dengan air mata. taehyungie pabo! kalau aku tak larang dia tadi, confirm semua ni tak jadi!
seketika kemudian, jungkook meluru ke arahku. mukanya cemas. 'apa jadi kat kembar aku taehyung?!'
aku hanya menggeleng. 'aku mintak maaf... aku tak jaga dia dengan baik...' dan aku mula menceritakan apa yang terjadi sebentar tadi. jungkook hanya memandangku sayu.
'hm benda nak jadi.. takpelah, ni bukan salah kau kan? kau ingat tak apa apa pasal kereta tu?' soal jungkook.
'kereta tu porsche putih. tu je aku sempat nampak.' aku menunduk.
malam itu wonwoo dan mrs jeon datang. ketika itu aku sedang mengusap rambut hana.
aku melihat pandangan tajam mrs jeon dan wonwoo kepadaku.PANG!!!
sebuah tamparan dari mrs jeon hinggap di pipiku. aku mengerut sedikit. sakit! nafas mrs jeon naik turun dengan laju menandakan dia sedang marah.
'apa kau buat kat anak aku?!!' dia menjerkahku dengan matanya mula berkaca.
's-sa-saya minta maaf aunty... saya tak patut biarkan dia beli ice blend tu sorang sorang. saya tak sangka jadi macam ni..' aku berkata perlahan.
'kenapa bukan kau je yang pergi?! kenapa anak aku jugak?! kau!! kau lah lelaki yang buat dia berkurung dalam bilik tu kan?! kau yang dulu maki dia kan?!' jerkah mrs jeon lagi.
aku hanya diam.
'jawablah!!' tengking mrs jeon dengan nada suaranya mulai bergetar.
'y-ya.' jawabku perlahan sambil menunduk.
PANGG!!
satu lagi tamparan hinggap di pipiku.
'kau berambus!! berambus!!!!' jerit mrs jeon sambil menangis.
't-tae, aku rasa baik kau balik dulu.. omma aku memang macam ni.. nanti dia okay lah tu...' pujuk jungkook.
aku hanya meraup wajahku sambil keluar dari wad hana. aku hanya duduk di ruang menunggu di luar wad hana.
aku tak nak balik.
aku nak hana.
[end flashback]
aku masuk semula ke dalam wad hana. kelihatan jungkook bersama keluarganya setia di samping hana. aku mendekati mereka. aku harap diorang kasi aku teman hana. dah berhari aku duduk kat luar, cuma pandang dia melalui tingkap. aku rindukan dia.
'annyeong... aunty.. boleh tak saya nak temankan hana hari ni?' soalku lemah.
mrs jeon memandangku tajam. 'teman? buat apa?! nak timpa malang lagi kat dia?!!' tengking mrs jeon.
aku hanya menunduk mendengarnya. mrs jeon dan wonwoo memandangku tajam. manakala jungkook hanya sayu menatapku. 'tolong aunty.. satu malam je bagi saya temankan dia.. s-saya rindukan dia..' aku berkata sayu.
'kau buat adik aku lumpuh. lumpuh! kalau sementara, aku boleh terima lagi.. kalau selamanya?!!' jerkah wonwoo pula.
aku melihat jungkook menghampiri wonwoo. 'hyung... dah lah.. bagi lah dia teman haan. ni semua just an accident omma, hyung. dia tak salah pun..' jungkook berkata lembut.
'no! omma tak boleh terima dia penyebab hana terlantar koma kat sini! hei kau berambus lah!! tinggalkan anak aku! jangan jumpa dengan dia dah!' jerit mrs jeon kepadaku.
aku terus mendekati mrs jeon. dan aku melutut di hadapannya sambil mengalirkan air mata. 'please aunty, izinkan saya teman hana... untuk satu hari je dan saya.... akan tinggalkan dia.' aku berkata perlahan. aku tak sangka aku sanggup cakap yang aku akan tinggalkan dia dan hanya ada sehari sahaja untuk aku luangkan masa dngan dia.
'okay aku setuju.' suara mrs jeon menyapa telingaku. aku terus mendongak. lantas aku bangkit.
'really?' terus senyumanku terpapar
mrs jeon menatapku tajam. 'aku bagi kau sehari je luang masa dengan hana. habis je sehari, tolong....
pergi dari hidup dia' kata mrs jeon seakan merayu.
dan akhirnya senyumanku memudar. aku mengangguk lemah. 'tapi kenapa saya perlu pergi dari hidup dia? saya sayangkan dia.' aku berkata. jujur.
mrs jeon menggeleng. 'kau tak layak untuk anak aku. kau banyak susuahkan dia. sebab kau, dia lumpuh. satu je aku merayu dekat kau. selepas satu hari, tolong jangan munculkan diri kau depan dia. aku nak anak aku lupakan kau. atau...
aku akan pindahkan dia'
aku tersenyum bersama air mataku yang mulai bertakung. 'baik. saya akan pergi lepas satu hari. terima kasih sebab benarkan saya jumpa dia walau sehari.' aku berkata.
mrs jeon dan wonwoo hanya menghiraukanku dan beredar. jungkook mendekatiku da menepuk bahuku. 'sabarlah. omma aku kalau marah memang macamtu. tapi aku tak tahu sampai macam ni. nanti aku pujuk diorang okay.' kata jungkook perlahan dan berlalu pergi.
aku melangkah lemah ke dalam wad hana. kelihatan hana sedang terbaring dengan alat bantuan pernafasan di hidungnya dan kepalanya berbalut. aku tersenyum sayu dan mendekatinya. aku duduk di kerusi sebelah katilnya dan memandangnya.
dan air mata lelakiku jatuh. aku mengusap wajah hana dengan penuh kasih sayang. mana reaction dia bila aku buat macam ni? takde. dia masih kaku. tak sedarkan diri. tiada roh di dalam badannya melainkan jantung yang masih berdegup menandakan rohnya hanya keluar untuk sementara.
aku mendekatkan wajahku ke arahnya dan mencium pipinya. air mataku yang menitik di wajahnya segera aku kesat.
'hai sayang... aku rindukan kau sangat sangat...'
tbc
ŞİMDİ OKUDUĞUN
[C] Seatmate ※K.T.H※
Fanfiction+ apabila seorang perempuan terpaksa duduk ditepi seorang lelaki yang beku macam ais + 'Kau ni memang tak suka senyum ke?' - jeon hana 'Bukan urusan kau' - kim taehyung + dan bermulalah kisah cinta mereka +