Bab 1

26.4K 820 25
                                    

   "Haishh. Macam mana ni." Keluh Yulia. Kertas yang berada di tangannya direnung seperti hendak tembus. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu. Ingatkan hari last sekolah ni happy la. Tapi lain pulak jadinya.
  

   Sebaik sahaja guru kelasnya masuk ke kelas tadi,moodnya terus hilang melihatkan result SAPS nya. Sebaik sahaja loceng berbunyi,dengan lembiknya Yulia melangkah keluar dari kelas. Mengantuk pula.
  

   Sambil berjalan,sambil menguap, sambil menggaru kepalanya, memang teruk betul perempuan ni. Yulia memerhati kertas di tangan. Apa aku nak jawab dengan mama ni. Getus hatinya.
  

   "Yuya! Tunggu jap." Jerit seorang gadis yang berlari-lari anak mendapatkannya. Fazira berhenti tercungap-cungap dihadapannya.
 

    "Dah. Kau tak payah buat muka yang penuh inkuiri tu. Aku tau kau memang busybody nak tahu result aku kan." Sesedap perencah nasi goreng adabi Yulia menuduh Fazira.
Fazira mencebik. "Eleh. Aku bukan busybody tau. Aku ni tau kau dengan aku ni lebih kurang je. Aku nak ajak kau..."
  

   Belum sempat si Fazira habis bercakap,Yulia dah menyampuk terlebih dahulu. "Op,stop. Stop. Tak nak. Aku malas. K aku nak balik dulu." Yulia melangkah dengan cepat meninggalkan Fazira yang terpinga-pinga.
  

    Yulia menjengukkan sedikit kepalanya ke pintu rumah. Mama ada kat dapur. Yulia menutup pintu kayu yang besar itu perlahan-lahan. Baru sahaja kakinya memijak anak tangga yang pertama,satu suara veto kedengaran.
  

   "Yuya,baru balik. Meh sini kejap." Alamak. Buat-buat pengsan boleh tak. Namun kakinya tetap melangkah ke dapur tanpa mempedulikan rancangan tak senonoh otaknya itu.
  

   Sampai sahaja di dapur, mamanya sudah bersiap sedia menunggunya. Baru sahaja Yulia ingin membuka mulut, yelah kan nak beralasan,tiba-tiba Puan Maryam menghulurkan tangannya.
  

   Terkejut cimpanzi Yulia dibuatnya. Apa ni,takde salam takde ape tiba-tiba mintak ni. Yulia menggaru kepala. Puan Maryam mengangkat kening.
  

   "Apa? Kalau mama tak mintak sekarang conform Yuya takkan bagi. Macam-macam alasan nanti. Yuya, mama bukan apa, mama cuma..."
   Namun kata-kata yang hendak diluah hanya tersekat di celah tekak bila Yulia sudah berdesup ke tangga.       

   "Yuya naik dulu tau ma. Nanti lepas mandi Yuya turun kita bincang."
Puan Maryam hanya mampu menggeleng.

                      🌸🌸🌸🌸

   Yulia langsung tak mengangkat kepala. Takut nak bertentang mata dengan mamanya yang bila-bila masa boleh jadi singa tu. Tapi dia intai-intai jugak la sikit.
  

   Puan Maryam hanya mengeluh. "Yuya, kenapa boleh gagal lagi ni. Bukan haritu Yuya cakap Yuya dah macam faham sikit ke cikgu ajar tu?"
  

   "Macam aje ma. Belum faham betul-betul pun." Eh budak ni. Keje nak menjawab je.
  

   "Habis tu Yuya tak teringin ke jadi macam Kak Damia dengan Abang Danish. Boleh belajar jauh-jauh. Keje best-best."
  

   Yulia hanya mengangguk kecil. Dia tahu pasti dirinya akan dibandingkan lagi dengan kakak dan abangnya. Mana taknya, diorang tu cerdik. Dua-dua belajar di negara orang.
  

   Abang Danish,abang sulungnya sedang menghabiskan tahun akhirnya di jepun sebagai jurutera. Kak Damia pula sambung medic di Rusia.
  

   Nak buat macam mana, dah aku memang tak dilahirkan bijak macam tu. Apa boleh buat.
  

   "Macam ni lah. Mama dah buat keputusan. Mama akan cari tutor peribadi untuk Yuya. Tuisyen pun tak jalan jugak mama tengok. So lepas ni either dia datang sini or Yuya pergi rumah dia. Kita nak cari ilmu, kene berkorban lah sikit."
  

   Yuya sudah ternganga dengan muka yang sedikit disengetkan. Macam mana tu ya. Inilah yang paling dia benci. Bukan main dia mengelak Fazira yang ajak dia pergi tuisyen tadi. Ni mama pulak yang nak cari tutor untuknya.
  

   "Tapi ma, Yuya rasa tak payahlah. Yuya memang tak boleh lah ma dengan addmath ni. Yuya bukan tak cuba. Tapi Yuya rasa memang Yuya dan addmath tak ditakdirkan bersama." Dengan muka yang penuh confident Yuya bersuara.
  

   "No excuse. No objection. Ni muktamad. Nanti mama bincang dengan papa."
  

   Matilah aku...

Mr Tutor (ON HIATUS)Where stories live. Discover now