Bab 9

8.7K 550 40
                                        

Yulia memandang kertas di tangan. Berkali-kali dia membelek nama yang tertera di kertas. Betul ke ni aku punya? Fazira yang melihat dah semakin pelik. Mula dah perangai biul dia datang.

"Kau belek-belek ni apa yang kau cari? Takde nya teacher norita nak selit duit seratus dua untuk kau."

"Aku tengah cek. Betul ke ni aku punya."

"Dah tu. Takkan yang Minachi kelas sebelah tu kot."

"Maksudnya betul lah ni aku punya?"

"Yuya,aku tau lah kau lulus kali ni. Walaupun atas tong sampah berkulat. Takkan lulus dah sampai jadi gila."

"Aaa!" Jeritan yang tak habis dikeluarkan risau bergema satu bangunan tu nanti. Yulia menutup mulutnya dengan telapak tangan. Dia melompat-lompat kesukaan. Sempat juga dia memeluk Fazira.

Fazira hanya mampu menggeleng. Takpelah, first time lulus. Biar lah dia happy sekejap.

Yulia mengayuh basikal dengan laju dan semangatnya untuk pulang ke rumah. Bukan tidak dipelawa motorsikal oleh papanya. Tapi katanya kurang ayu kalau berbaju kurung dan menunggang motor. Hmm memang kau bersimpuh pun atas basikal tu.

Dalam pada kelajuan menunggang basikal dengan girangnya, tiba-tiba seekor kucing yang mungkin sudah bosan dengan kehidupannya selama ini selamba kucing sahaja melintas sambil menggoyangkan punggungnya yang melentik.

Yulia yang sudah mula berangan-angan terbang ke rumah menyampaikan berita gembira itu kepada orang tuanya bolehkan tidak perasan kucing itu dari jauh. Bila tinggal beberapa saat sahaja lagi sebelum kucing tu memegang pangkat almarhum, baru Yulia tersedar.

Bapak punya berangan. Woi meow! Tepi! Tepi! Namun dalam masa yang sama basikal Yulia sudah hilang panduan hidup. Ke kiri ke kanan dia cuba mengelak dari melanggar kucing tak sayang nyawa tu. Tau lah ada sembilan. Tapi beringat lah sikit kat aku yang ada satu ni.

Akhirnya, dum! Yulia sudah bergolek di atas jalan tar. Adoii. Kucing itu pula selamba sahaja melenggang pergi. Nak aje dia pulas telinga kucing tu biar takde telinga macam doraemon. Eii geramnya.

Tengah dia berusaha nak bangun dengan pinggang yang dah macam lari tulangnya hingga ke lutut tu, tiba-tiba sebuah kereta berhenti disebelahnya. Alamak. Orang jahat mana yang nak ambik kesempatan dalam kesempitan ni. Toyota vios putih itu dipandang. Dah tak boleh buat apa. Dia menunduk. Kainnya yang sedikit terselak ditarik.

"Dik, ok tak. Nak abang tolong?" Eh. Suara tu...Yulia berpaling. Terpaku pandangannya dengan pandangan orang yang bertanya tadi.

"Yoyo? Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni?"

"Haish. Panjang cerita dia." Yulia berusaha bangun. Aryan menghulurkan bantuan. Terasa panas mukanya apabila tangan Aryan mendarat ke pinggangnya. Sakit hilang. Malu pulak.

"Basikal?" Tanya Yulia saat Aryan mula hendak menutup pintu kereta. Lupa pulak. Basikal diambil dan disumbat ke boot kereta.

                          🌸🌸🌸🌸

Yulia melangkah perlahan-lahan keluar dari klinik sambil memegang pinggangnya. Walaupun Aryan nak menolong, dia dah taknak. Segan pulak dia. Dahlah lelaki. Dia pun dah boleh jalan lepas doktor tadi buat apa entah dengan pinggangnya.

Kereta diberhentikan dihadapan sebuah restoran. Aik? Aryan yang mengerti pandangan mata Yulia sekadar menjawab selamba.

"Lapar. Aku dah tolong kau, kau kena teman aku makan." Ceh. Baik bersebab rupanya. Takpelah. Dia pun lapar jugak.

"So, cerita lah. Macam mana kau boleh jatuh tergolek macam kambing gurun tadi." Soal Aryan disebalik cermin mata hitamnya selepas mereka memesan nasi ayam.

Kambing gurun? Kambing gurun bergolek ke? Cakap lah bergolek macam baby ke. Comel sikit dengar.

"Entah kucing mana entah yang tak sayang nyawa nak buat dosa disiang hari dengan cubaan membunuh diri." Geram betul Yulia. Aryan tergelak. Hai lah kucing, nasib baik kau tak kena panggang dengan minah berang ni.

                          🌸🌸🌸🌸

Puan Maryam pelik bila pulangnya Yulia ke rumah dihantar oleh Aryan. Basikal dikeluarkan dari bonet kereta. Puan Maryam hanya memerhati gerak geri kedua-duanya. Dah kenapa ni.

"Aryan. Thanks lah tolong aku. Bawak pergi klinik lagi. Nanti aku claim lah bil dia dengan bank bergerak aku nanti." Aryan tersenyum.

"Takpelah. Tak payah. Jangan lupa makan ubat. Kirim salam mak kau. Aku balik dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Yulia melangkah ke pintu. Puan Maryam hanya mengankat kening. Yulia terus masuk ke rumah. Nanti lah cerita.

"Hmm macam tu lah ceritanya ma." Puan Maryam mengangguk faham. Yulia yang dah tersandar di sofa mengurut-ngurut pinggang yang masih terasa sengal.

"Yuya taknak makan ke? Lupa pulak mama nak tanya tadi."

"Takpelah ma. Yulia dah makan."

"Makan?"

"Hmm. Tadi lepas balik klinik Aryan ajak pergi makan. Yuya naik dulu tau ma. Ngantuk." Puan Maryam hanya mengangguk.

Dia mula pelik. Boleh pulak Yulia ni keluar makan segala. Kata musuh. Bukan dia tidak tahu sikap dingin anaknya dengan Aryan yang dianggap musuh sepanjang zaman. Padahal kes sekolah rendah. Masih nak dikenang lagi. Katanya tempat bermain lagikan dikenang, ni kan pulak tempat terjumpa senior biul macam tu. Yuya,yuya... jangan benci sangat.



Mr Tutor (ON HIATUS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang