Bab 42

6.8K 447 13
                                    

Aryan yang sedang bersandar di kepala katil tu memandang Yulia tajam. Dasar derhaka. Aku dah cakap jangan bagitahu mama. Tapi macam disuruh-suruh pulak.

Yulia pulak sekadar buat lembu kenyang. Kau ingat aku takut ke kau pandang macam tu. Baik-baik, dari mata jatuh ke hati.

Ini dah bukan jatuh ke hati, ini dah macam nak jatuh ke kaki. Kalau tidak mengenangkan Yulia ni intan payungnya, nak aje dia sekeh kepala Yulia tu.

Yulia menghulur biskut di tangan. Mama cakap kalau demam Aryan memang tak berselera nak makan nasi.

"Mama tengah kemas dapur so dia suruh aku hantarkan ubat. Sebelum makan ubat kena makan dulu sikit."

Oatkrunch ditangan dihulur kepada Aryan. Aryan tidak menyambut.

Yulia mengeluh. Macam budak kecik lah. Makan ubat je pun. Bukannya mati pun.

"Makan lah cepat. Ok kalau tak nak makan nah makan ubat ni terus."

Ubat di dalam piring tu disua ke arah Aryan. Masih juga Aryan tak menyambut.

"Tak payah. Demam je pun. Nanti baik lah."

"Mama cakap kau kena makan ubat sebab antibodi kau tu lembik macam tuan. Nanti kau demam berhari-hari. Cepat makan."

"Nanti aku makan. Dah keluar."

"Mama cakap kalau aku tinggalkan nanti kau tak makan. Kau buang."

Mama cakap, mama cakap. Apa mama ni. Berkomplot dengan Yulia pulak. Geram Aryan dibuatnya. Ubat di atas piring tu hanya membuat lintas langsung sahaja di depan matanya. Langsung dia tak menyambut.

"Kau nak aku lastik ubat ni masuk dalam mulut kau ke? Baik kau makan sekarang!"

Panas betul hati. Patut nya tadi dia suruh mama je yang hantarkan ubat. Malas betul nak layan perangai entah apa-apa Aryan ni.

Aryan menahan geli hati. Memang lah dia tak suka makan ubat, tapi sebenarnya lebih kepada nak menaikkan darah Yulia. Apa lah masalah dia ni.

"Yelah, yelah."

Pil bujur berwarna putih itu dipandang lama. Macam mana benda sebesar ni nak masuk ke esofagus nya?

Dalam terpaksa, Aryan menelan juga pil tersebut. Sebotol air mineral 500ml diperlukan untuk menolak masuk sebijik pil. Yulia menggeleng.

Ini baru makan ubat demam, kalau makan pil chi kit tek aun (cemana tah eja dia) yang berbijik-bijik tu, takkan nak telan segelen air kot.

"Ok, good boy. Keluar dulu. Goodnight, assalamualaikum."

Aryan yang dah kembung dengan air tu hanya memandang Yulia keluar dari biliknya. Sakit kepalanya kembali menyerang. Tidur jelah.

                         🌸🌸🌸🌸

"Nak makan maggi."

Yulia mendengus perlahan. Sejak demam ni mengada-ngada pulak dia. Nak itu, nak ini. Masa mama ada dia tak ada pulak nak mintak apa-apa, time dengan dia je ada je mengidamnya. Dah 3 hari takkan tak baik lagi.

Yulia melangkah malas ke dapur. Aryan menyembunyikan senyum. Haha. Bohong sunat takpe. Banyak lah dia punya bohong sunat. Nasib baik hari minggu, jadi takdelah dia kena ponteng kelas sebab menipu.

Sebenarnya sejak semalam dia dah sembuh, tapi saja buat-buat sakit. Masa ni jelah nak mengada-ngada dan membuli Yulia. Kalau hari lain jangan harap Yulia layan mengadanya ni.

Mr Tutor (ON HIATUS)Where stories live. Discover now