Bab 19

7.5K 494 9
                                    

Hujung baju sekolahnya dipintal-pintal. Nak cakap apa lah kat mama kalau dia nampak nanti. Harap-harap dia tak nampak lah. Yelah, nanti mesti lah dia pelik. Basikal aku elok je.

Sebaik sahaja tayar kereta Aryan berhenti bergolek di depan pintu pagar rumahnya, kelihatan mamanya baru melangkah keluar dari rumah.

Yulia menelan liur. Elok pulak timing mama dia ni. Macam tau-tau je. Malas lah macam ni. Penat tau tak menipu. Dia melangkah keluar. Pandangan mamanya yang penuh dengan kehairanan dibuat tak tahu.

"Kenapa Yuya naik dengan Aryan ni. Ada apa-apa jadi ke?"

Puan Maryam dah mula membelek-belek tubuh Yulia. Yelah hari tu dah hampir seliuh pinggang Aryan jugak yang tolong. Aryan hanya memerhati dua beranak tu.

"Eh, mana ada ma. Yuya tak apa-apa pun. Ni mama nak pergi mana cantik-cantik ni." Tukar topik.

"Mama ingat nak pergi butik kawan mama tu. Sambil-sambil tu nak ambik Yuya sekali. Pelik jugak mama Yuya tak balik-balik lagi. Tapi tu lah, lupa pulak kereta mama ada kat workshop."

"Sebenarnya auntie tadi Yuya..." Yulia dah melompat-lompat dibelakang mamanya sambil menyuruh Aryan senyap. Lehernya disembelih kononnya nak bagitau Aryan kalau kau cakap kau mati.

Aryan yang ternampak Yulia yang terkinja-kinja tak cukup tanah tu terdiam. Puan Maryam memandangnya pelik.

"Apa dia Aryan?" Aryan mula gagap.

"Emm...kalau auntie nak pergi saya boleh hantar. Lagipun...saya memang tengah free. Jomlah saya hantar."

Yulia menepuk dahi. Apa pulak yang kau merepek ni Aryan. Dia menggeleng perlahan. Nak tunjuk baik sangat kan, meh sini aku tolong.

"Jomlah ma. Dah orang nak hantar tu. Naik teksi nanti kang kena bayar pulak." Tangan mamanya ditarik untuk masuk ke perut kereta.

Aryan menggeleng. Terlajak perahu...terlajak kata. Yulia ni memang saja nak mengenakannya. Dia melangkah masuk ke kereta.

"Aryan takpe ke hantar auntie ni. Mintak maaf lah kalau auntie menyusahkan Aryan. Dah lah Aryan ambik Yuya sekolah lagi."

"Eh, taklah auntie. Tak menyusahkan pun. Memang tengah free pun. Duduk rumah bukan buat apa pun."

"Ha, Yuya. Kamu tak jawab lagi soalan mama tadi. Kamu tak apa-apa ke?"

"Yuya tak apa-apa pun. Cuma...emm..."

"Tadi Aryan teman Yuya beli buku. Sebab buku yang Aryan suggest tu susah sikit nak cari." Aryan cuba back up.

"Oh ye? Mana bukunya?" Aryan dan Yulia terkedu. Banyak tanya pulak mama ni kenapa.

"Kan dah cakap susah nak cari. Tadi cari pun takde. Mama butik siapa mama nak pergi ni."

"Yang kamu nampak nak menukar topik sangat ni kenapa?"

Aduh mama ni. Tak pernah-pernah mempunyai semangat inkuiri yang sebegitu tinggi macam ni. Yang mama macam detektif sangat ni kenapa?

"Dah sampai dah auntie." Fuh. Nasib baik. Selamat Yulia.

                         🌸🌸🌸🌸

Yulia memerhati Aryan di sofa. Ingatkan lepas hantar dia dan mamanya mamat ni nak blah. Tapi berbaik hati pulak dia nak tunggu dan hantar kitorang balik nanti.

Aryan yang sedang ralit dengan phone mengangkat muka. Keningnya diangkat. Hmm, rasa macam nak mengusik orang lah. Dia bangun mendekati Yulia.

Alamak. Yulia pulak yang gelabah. Dia pura-pura membelek jubah disebelah. Aryan tersenyum. Dia semakin mendekat. Jangan dekat. Kau dekat aku terajang kau nanti. Dalam hati je lah berani.

"Dah dua kali tau kau curi-curi pandang aku. Aku boleh report tau. Ni dah dikira sexual harrasment." Bisiknya.

Yulia membulatkan mata. Sexual harrasment tengkorak kau! Dia berpaling menghadap Aryan. Lelaki tu tengah tersenyum sinis memandangnya.

"Kau jangan nak perasan. Aku pelik. Kenapa kau tak balik je. Kenapa kau nak tunggu."

"Apa salahnya. Ambik hati mak mertua." Sambil-sambil tu dia menyisir rambutnya dengan jari. Konon hensem lah tu.

"Kakak aku dah ada boyfriend." Yeke? Entah. Hentam je. Taknak lah perasan walaupun macam nak terperasan sikit.

"Oh ya? Adik dia?" Aryan memandangnya dengan pandangan konon nak menggoda. Macam lah aku cair. Sikit je lah. Eleh Yulia.

"Yam? Sori lah. Tadi ada meeting. Baru balik. Dah lama sampai?" Suara owner butik tu, Datin Salmi menyentak mereka.

Puan Maryam bersalaman sekejap dengan Datin Salmi sebelum mereka sambung berborak. Datin Salmi yang perasan ada dua remaja lagi di situ menegur.

"Anak Yam ke dua-dua ni?"

"Yang perempuan tu anak saya. Yang lelaki tu..."

"Owh, ni anak Nida kan. Hari tu dia ada datang dengan Nida. Beli tudung. Bukan main memilih lagi. Nak bagi dekat girlfriend lah tu." Datin Salmi mengusik. Dia ni memang peramah sikit orangnya.

Aryan tersenyum malu sambil menggosok tengkuk. Alamak. Kantoi depan empunya badan lah pulak. Apa lah auntie ni. Dia menjeling Yulia. Gadis tu sedang menahan ketawa sambil membelek jubah tadi.

                        🌸🌸🌸🌸

Malam tu Yulia termenung merenung siling. Aryan memilih nak beli tudung untuknya? Rasa terharu lah pulak. Kenangan petang tadi terimbas kembali.

"Oh ya? Adik dia?" Senyuman tu. Kenapa dia rasa semacam. Eh Yuya bangun. Kau dah gila eh. Dia menampar pipinya perlahan. Mata dipejam. Tidur lagi baik lah.

"Haha. Tapi saya kena reject lah auntie." Gelak pun macho. Oh my god Yulia. Kau dah kena mandrem ke apa. Get lost Aryan Naufal! Get out of my dream! Bantal ditutup ke muka.

Nah untk korg. Walaupun ngntuk, aii gagahkan juga. Klau merepek tu sori lha. Mengntuk. Vote lh ye. Komen lh yg mne yg korg rse x puas hati. Nnti blh diperbaiki di masa akn dtg. K lh. Tdo lu. Bye. 😘😘😘

Mr Tutor (ON HIATUS)Where stories live. Discover now