" Aryan! Bangunlah. Ya Allah budak ni. Macam tak tido setahun." Bebel Puan Asnida sambil berusaha mengejutkan anaknya yang sedang berhibernasi itu. Bukan beruang je boleh berhibernasi. Si Aryan ni pun sama.
Sambil menggeliat sedikit Aryan membuka mata. Pancaran matahari yang menyilau menghentam retina matanya. Ceh ayat...
Iphone nya dicapai. Baru pukul 2. Bulat matanya. Pukul dua?! Ya Allah. Dia dah janji nak keluar dengan kawan-kawannya. Bergegas dia bangun dari katil.
"Ya Allah kenapa mama tak kejut awal-awal. Aryan dah lewat nak jumpa kawan ni." Puan Asnida hanya mencebik.
"Nak jumpa kawan tu, dah solat zuhur ke belum? Matahari dah terpacak atas kepala baru nak bangun. Ni subuh tadi bangun tak?"
"Apalah mama ni. Aryan tau la nak solat. Subuh tadi Aryan bangun la. Lepas tu tido balik. Dah la Aryan dah lambat ni." Sambil dia bercakap, sambil dia bergegas ke bilik air.
🌸🌸🌸🌸"So amacam?" Tanya Afeef sambil mengangkat kening. Aryan hanya memandang selamba. Dia menyandarkan badan ke kerusi sambil menyedut airnya.
"Malas ah. Aku nak relax je cuti-cuti macam ni. Kau ingat aku rajin sangat ke." Kata Aryan sambil kembali menyedut air. Afeef mengeluh hampa.
"Alah,kau takpelah cakap macam tu. Kau tu nak apa-apa mintak je. Aku ni kais pagi makan pagi kais petang makan pagi esok pulak tau. Jimat. Jomlah." Rayu Afeef. Susah betul mamat ni. Nak suruh aku melutut ke apa.
"Baik kau buat sorang-sorang je. Kalau kau ajak aku nanti dah kene share-share pulak." Malas betul dia nak join si Afeef ni jual burger. Sambil cari duit sambil cari pengalaman katanya. Maklumlah, budak bisnes.
"Habis tu kau nak buat ape je cuti-cuti ni. Kau nak lepak dengan sape. Nanti aku busy jual burger." Ceh, saja nak pancing aku la tu. Jual burger bukan siang-siang. Malam.
"Entah. Tapi aku kene buat something. Tak larat dengar mak aku membebel kat rumah tu." Aryan mula berfikir...
🌸🌸🌸🌸
"Terima kasih ye puan,sila datang lagi." Gadis manis bertag Laila itu tersenyum manis kepada Puan Asnida. Puan Asnida yang baru sahaja membeli sebuah jubah di butik tersebut segera berlalu keluar apabila menyedari dirinya sudah terlewat.
Dalam pada dia bergegas, tiba-tiba dia dirempuh seseorang yang kebetulan mahu masuk ke butik tersebut juga. Puan Asnida mengangkat muka apabila mendengar kata maaf dari perempuan yang merempuhnya.
"Maryam kan?" Tegur Puan Asnida yang sama terpaku seperti Puan Maryam. Mereka sama-sama tersenyum lantas berpelukan.
"Ya Allah. Dah lama tak jumpa kan. Yam macam mana. Sihat?" Tanya Puan Asnida. Puan Maryam hanya tersenyum sambil mengangguk kecil.
"Alhamdulillah Nida. Macam ni lah. Eh jomlah kita pergi minum-minum dulu. Boleh borak panjang."
"Macam tu lah Nida. Saya ni dah tak tahu nak buat apa dah. Saya kalau boleh nak tengok dia berjaya macam kakak dengan abang dia." Puan Maryam menggeleng kecil selepas menceritakan perihal anaknya.
"Sabar lah Yam. Boleh budak tu. Kena tekan la sikit. Anak Nida yang bongsu tu kan? Lama tak jumpa. Mesti dah cantik budak tu." Komen Puan Asnida. Dia tahu anak perempuan Maryam ni memang semua cantik-cantik. Ikut mamanya."Takdenye cantik. Macam tu je lah. Anak Yam macam mana. Aryan kan? Belajar dekat mana sekarang. Dulu Aryan dapat straight As kan SPM?" Puan Asnida hanya tergelak apabila bertanyakan anaknya. Macam mana la nak cakap. Tiba-tiba terlintas satu idea yang dirasakan bernas di kepala Puan Asnida.
"Eh Yam. Macam ni lah. Kalau Yam tak kisah la. Apa kata kalau Si Aryan ni jadi tutor Yuya. Lagipun Aryan ni kalau weekend kerja membuta,lepak. Tu pun kalau Yam setuju la. Takut Yam nak cari tutor berpengalaman yang lain. Sebab kalau addmath ni si Aryan pandai la jugak." Cadang Puan Asnida.Puan Maryam berfikir sejenak dua. Anak Nida ni memang bijak budaknya. Puan Maryam tersenyum...
🌸🌸🌸🌸
Yulia memerhati wajah kacak dihadapannya. Katakan tidak....
"Yuya,ingat lagi tak ni. Abang Aryan. Dulu senior Yuya kan masa sekolah rendah." Dengan mesra dan tanpa ragu-ragunya Puan Maryam memperkenalkan Aryan kepada Yulia.
Abang? Uwelk! Jangan sampai aku buat aksi orang mengandung tak cukup bulan kat sini. Mamat ni? Ya Allah mama takde orang lain ke. Melihatkan muka toya Aryan yang tak berperasaan tu, sakit pula hati Yulia melihatnya. Kenapa? Kenapa dia? Aku dah tak nak jumpa dah dia ni.
Aryan hanya melihat muka penuh gelisah Yulia. Haha. Kalau dia tahu minah ni, tak payah mama dia susah-susah pujuk. Dia tersenyum nipis. The senior is back, yoyo....
Plis,do leave a comment. First try 😉
YOU ARE READING
Mr Tutor (ON HIATUS)
Fiksi RemajaKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...