Bab 20

7.9K 485 22
                                        

Dia melangkah keluar dari bilik guru. 5 Alpha. Nama kelas barunya itu cuba diingat. Puan Suriati, guru penolong kanan hal ehwal murid muncul di belakangnya.

"Harraz, jom cikgu tunjukkan kelas."

Sebaik habis berkata-kata, pintu bilik guru dibuka dari dalam. Yulia melangkah keluar. Sikit lagi nak terlanggar Cikgu Suriati yang berbadan agak gempal ni.

"Eh, eh. Mintak maaf cikgu. Saya tak perasan. Cikgu ok tak?" Cuak jugak Yulia.

"Cikgu tak apa-apa. Yuya, kamu kelas 5 Alpha kan?"

"Haah. Kenapa cikgu?"

"Ni kawan baru kamu. Tolong bawak dia ke kelas. Cikgu pun ada mesyuarat dengan PPD kejap lagi."

Baru Yulia perasan ada orang lain kat situ. Buta ke apa. Sebesar-besar manusia boleh tak perasan. Dia memandang lelaki di sebelah Puan Suriati tu.

Tag nama dibaca. Harraz Lee. Nama hensem. Tuan pun hensem. Lelaki tu tersenyum manis. Yulia senyum nak tak nak. Kang nanti cakap sombong pulak.

"Jom lah. Saya tunjukkan kelas." Yulia melangkah kemudian dibuntuti oleh Harraz. Garang nya. Senyum pun susah.

Pintu kelas diketuk. Cikgu Azian yang sedang menyalin nota di papan putih terhenti. Yulia dan Harraz melangkah masuk.

"Oh, ni pelajar baru yang Cikgu Suriati cakap tu kan. Sila perkenalkan diri."

Yulia berjalan ke tempat duduknya. Fazira yang memang tak boleh tengok orang hensem tu mula menyiku Yulia dengan penuh semangat.

"Maigadd...sape tu. Hensemnya. Kelas kita lak tu." Dah start dah perangai gedik dia.

"Hai, assalamualaikum. Saya  Muhammad Harraz Lee bin Abdullah Jason Lee. Asal Penang. Anak tunggal. Saya pindah sini sebab ayah kena transfer ke sini." Cukup lah tu kot. Dia pun tak tahu nak intro apa lagi. Satu senyuman manis dilemparkan kepada penghuni kelas barunya.

Fazira dah tersenyum sumbing. Yulia menjeling geram. Memang lah dia ni. Pantang tengok orang hensem sikit. Tapi bukan dia je. Perempuan-perempuan lain pun dah turut sama terkena tempias. Si Harraz ni pun satu. Dah tau hensem senyum tu jangan lah manis sangat.

Harraz mengambil tempat dibelakang Yulia yang sememangnya kosong. Duduk sensorang dulu lah hari ni. Esok baru buat susunan baru. Fazira pulak kecewa. Dah duduk belakang aku macam mana aku nak usyar.

"Aku rasa kan,aku dah jumpa lah pengganti Izzue." Bisik Fazira kepada Yulia. Yulia hanya mampu tersenyum kecil. Faz, faz...

                          🌸🌸🌸🌸

Menakjubkan,lepas kejadian Yulia accident semalam Jimi dah tak lagi mengganggunya. Alhamdulillah. Lega rasanya. Walaupun Jimi tu nampak desperate, tapi dia memang tak suka kacau hak orang. Yulia doakan dia jumpa perempuan yang baik. Dan dia doakan semoga perempuan tu tahan dengan perangai tak waras Jimi. Muahaha...

Roti digigit perlahan sambil mata memerhati para pelajar yang berpusu-pusu di kantin.

"Diet ke?" Tanya Faz. Nasi goreng disuap ke mulut.

"Taklah. Tak ada selera."

"Kau rindu Jimi ke?" Faz tergelak dengan nasi penuh di mulut. Buruk betul perangai. Dah macam beruk.

"Bersembur lah gila. Makan lah betul-betul."

Faz menelan nasi di mulut. Matanya terpandangkan Harraz yang baru membeli makanan. Jebat menegur Harraz dan mengajaknya join sekali.

Mr Tutor (ON HIATUS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang