Bab 51

7.6K 433 46
                                        

Yulia melabuhkan punggung di kerusi cafeteria. Jus tembikai di depannya ditarik lalu disua ke mulut. Slurpp. Ahh lega. Jus tembikai dikembalikan kepada tuannya semula.

Fazira hanya mampu menggeleng. Nak melantak air orang pun biarlah berpada. Ini daripada 3/4 tinggal 1/4 pekejadahnya. Mulutnya yang baru sahaja nak memerli Yulia tu terhenti separuh jalan apabila tiba-tiba teringat niat sebenarnya menunggu Yulia dari tadi.

"Eh Yuya. Aku ada hot story nak cerita ni."

Fazira dah membetulkan duduknya ambik feel nak bercerita. Kalau pakai baju kurung ni, dah disingsing lengannya gaya makcik-makcik nak bergosip petang-petang lepas menyapu.

Yulia pulak tengah ralit dengan phone nya. Membalas chat-chat dari spare part nya. Ehem. Takdelah. Tadi kan kelas. Dalam kelas dia tak main phone. Acah-acah best stud.

"Yuya, pandang lah sini aku nak cerita. Tak best lah aku je yang syok sendiri."

Yulia pulak langsung tak mengangkat wajah. Sekilas sahaja dia memandang Fazira sebelum kembali tenggelam bersama phone nya. Hanya sepatah yang dibalas.

"Takpe, cerita je. Aku dengar." Ok berpatah-patah jugak sebenarnya.

Fazira mula membuat muka. Eii minah ni. Kang ada oppo r9s plus menyelam dalam jus tembikai ni nanti. Takpe lah memandangkan semangat yang berkobar-kobar yang ada dalam diri Fazira, dia tetap menyampaikan ceritanya.

"Aku rasa lah kan Yuya, Abang Aryan tu dah ada girlfriend lah."

Sebaik sahaja Fazira habis berkata-kata, phone nya segera diletak ke atas meja. Kerusi ditarik mendekati meja. Muka berminyak Fazira dipandang serius. Minah ni tak pakai bedak ke apa? Tak sempat lah tu kot. Takpe kita husnudzon.

"Amboi kau, cakap pasal Abang Aryan laju je kau kan. Cakap tak suka."

"Pebende kau ni. Dah yang kau nak mengumpat tu abang aku, aku nak lah jugak tahu. Hah mana kau tahu dia ada girlfriend?"

"Minggu lepas. Aku pergi tengok wayang then..."

"Ooo...pergi tengok wayang tak ajak aku."

"Haish kau ni. Aku teman abang aku dating dengan awek dia lah. Dah jangan menyampuk."

Dating dengan awek ajak adik? Malas nak menyampuk, Yulia kembali fokus kepada cerita Fazira.

"Then ada lah sorang mamat ni masuk lewat sikit dari aku. Seat dia dua depan aku tapi tepi sikit. So aku boleh lah nampak muka dia dari tepi. Memandangkan aku ni memang mudah ingat dan cam muka-muka orang hensem macam Abang Aryan tu, so dari tepi pun aku dah boleh agak tu dia. Tapi sebab masa tu dah gelap so tak nampak sangat. Aku pun abaikan jelah."

Fazira berhenti sekejap. Jus tembikai kembali disua ke mulut. Dahaga pulak mengumpat petang-petang ni. Seteguk dua disedut untuk melincirkan perjalanan liurnya. Sampai ke sedutan ke 3, dah takde yang melepasi kerongkongnya.

Dia memandang Yulia. Minah tu pulak dah tersengih memandangnya macam kambing tak cukup sifat. Bila masa dia rembat air aku ni? Semangat sangat bergosip agaknya sampai tak sedar airnya dirembat. Takpe, abaikan. Sambung.

"Then masa dah habis tu awek abang aku ni pergi tandas. Masa tu lah aku nampak Abang Aryan dekat luar tandas lelaki tu tengah main phone. Aku ni pulak yang berasa bertanggungjawab sebagai kenalan buat-buat lah ramah jiran tetangga kan nak menegur dia. Masa tu jugak lah tah minah tah muncul tiba-tiba dari tandas perempuan tu terus pergi kat Abang Aryan. Aku pulak masa tu nasib baik sempat buat u-turn. Nasib baik jugak Abang Aryan tak perasankan aku. Dorang cakap-cakap sikit lepas tu gelak-gelak lepas tu blah. Hmm so macam tu lah cerita dia. Awek tu pun lawa lah jugak. Macam muka Selena Gomez versi melayu gitu."

Mr Tutor (ON HIATUS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang