Bab 40

6.9K 466 20
                                        

Hari pertama SPM. Bahasa Melayu. Setiap kali musim peperiksaan Yulia tak betah nak tidur awal tanpa stay up walaupun sekadar subjek Bahasa Melayu. Tapi semalam dia dilarang keras untuk stay up.

"Buat apa lagi ni? Pergi tidur."

Aryan menegurnya. Yulia masa tu berada di ruang tamu tingkat dua. Masih lagi dengan buku-bukunya.

"Jap lah. Nak study sikit lagi."

"Study apa lagi? Dah dua minggu kau study. Esok dah exam. Kena tidur awal."

"Ye, ye. Jap."

Mulut je cakap ya tapi matanya tak lepas dari buku. Buku rujukan komsas masih kemas di tangan.

"Yoyo. Pergi tidur sekarang. Kau nak aku angkat kau masuk bilik ke baru nak pergi tidur?"

"Ye, ye. Jap lah."

Aryan dah mendekat. Degil nampaknya budak ni. Dia mencangkung disebelah Yulia yang masih khusyuk dengan bukunya.

"Betul nak aku angkat ni?" Bisik Aryan dekat dengan telinga Yulia.

Terkejut cimpanzi Yulia dibuatnya. Dia mengengsot ke tepi. Bila pulak Aryan duduk disebelahnya.

"Yelah, yelah. Dah tepi."

Buku-buku di atas meja jepun tu dikemas. Aryan bangun sambil berpeluk tubuh memerhati Yulia.

"Membazir je kau study bagai nak rak tapi esok mengantuk masa jawab exam."

"Yelah. Goodnight. Nightmare."

Aryan hanya mampu menggeleng. Esok nak exam boleh lagi dia derhaka dengan aku.

                           🌸🌸🌸🌸

 
Minggu SPM berlalu dengan baik. Sepanjang SPM juga dia dihantar dan dijemput oleh Aryan. Kalau Aryan ada kelas, mama yang menjemputnya.

Nak menghabiskan SPM ni Yulia dah rasa macam bertahun. Padahal tak sampai pun sebulan. Hampir lah.

Dan sepanjang malam juga dia dipaksa oleh mama dan Aryan untuk tidur awal. Walaupun dia tak yakin Aryan akan angkat dia ke bilik, tapi mamat biul tu bukannya betul sangat. Karang dia buat betul-betul menangis aku.

Hari yang dinanti-nantikan. Dalam ternanti tu ada juga debarnya. Gaps selama beberapa hari diguna sebaik mungkin oleh Yulia.

Kimia. Subjek terakhir SPM. Dan subjek yang paling tidak digemarinya. Dah nama pun tak suka, nak study pun dia takde mood. Selalu dia paksa Harraz datang ke rumah dan mengajarnya. Dah kata budak tu otak bergeliga kan.

Dewan peperiksaan dimasuki dengan debaran. Tapi tak adelah berdebar gila-gila macam first day. Mungkin sebab dah 3 minggu lebih menghadapi situasi yang sama jadi debaran tu berkurang.

Bertabahlah, Yulia. Ada berapa jam je lagi sebelum kau bebas sebebas bebasnya. Nafas ditarik dalam. Mari tamatkan perjuangan ini. Yulia melangkah dengan yakin.

                          🌸🌸🌸🌸

"Woohooo!! Merdeka!!!" Laungan dari pelajar-pelajar aliran sains tulen yang baru sahaja selesai menjawab kertas 3 kimia tadi. Semua sudahpun berada di luar dewan.

Yulia bernafas lega. Lega teramat sangat bila berjaya menghabiskan peperiksaan paling besar dalam sejarah hidup manusia di bumi Malaysia ini.

Kertas soalan kimia yang diceraikan tadi pun dah terbang entah kemana. Tak nak jumpa dan tengok lagi subjek tu.

"Nampaknya Yuya, ni hari last kita jumpa."

Fazira buat muka sedih nak menangis. Matanya dikerdip beberapa kali.

"Jangan nak drama sangat boleh tak. Muka kau tu kalau aku tak ajak pun kau datang jugak rumah aku."

Fazira mencebik. Potong stim betul orang tengah feeling ni.

"Eleh kalau aku tak datang nanti kau jugak yang rindu."

Yulia tersenyum. Gila tak rindu? Satu-satunya manusia yang boleh buat dia naik darah dan gelak pada masa yang sama. Bahu Fazira dipeluk.

"Mestilah rindu. Kau kan kawan paling baik kat dunia ni."

"Ye aku tahu tu. Ramai yang cakap macam tu. Tapi...I'm gonna miss this school, this uniform. Huhuhu."

"Hai korang."

Fazira menjeling Harraz. Sibuk je orang tengah buat telenovela ni.

"Hai Harraz." Sapa Yulia.

"Jom."

"Jom kemana?" Mereka bersuara serentak. Harraz tergelak macho.

"Celebrate lah."

Dari jauh Aryan memerhati. Dari tadi lagi dia tunggu disini. Dia ingat nak celebrate last day Yulia ni. Tapi bila nampak mereka rancak berbual, macam dah boleh agak apa yang dibualkan.

Ok, Aryan. Kau tak boleh biar je. Make a move. Come on, man. Otak Aryan mula menghasut. Yup. Aku kena make a move. Dia keluar dari kereta. Langkah diatur ke arah mereka.

"Eh, Abang Aryan." Fazira menegur. Harraz dengan Yulia yang sedang rancak berbual tu terhenti.

Aryan yang sedang melangkah ke arah mereka dengan sebelah tangan di dalam poket tu nampak sungguh hensem di mata Fazira.

Bukan Fazira je. Yulia pun turut terpegun sejenak. Dengan kemeja merah yang tidak berbutang dan t-shirt putih plain di dalam, Aryan berjaya mencuri pandangan gadis-gadis disitu.

"Hai." Aryan mengangkat sebelah tangan menyapa.

"Err...sebenarnya kitorang ingat nak celebrate hari ni. So kitorang ingat nak lepak-lepak kat mall kejap."

Yulia cuba menerangkan. Kesian pulak Aryan dah datang nak menjemputnya.

"Oh ye ke...aku kena balik lah ni? Hmm...buat penat je aku tunggu."

Saja buat ayat macam tu. Yulia dah rasa bersalah.

"Kenapa pulak nak balik? Abang Aryan join jelah sekali." Fazira menyampuk. Boleh aku cuci mata. Muahaha.

"Itu kata Faz. Diorang ni ok ke kalau Abang Aryan join?"

Perkataan abang sengaja ditekankan sambil matanya melirik kepada Yulia. Kemudian matanya beralih kepada Harraz yang macam agak kecewa tu.

Haha. No more chance, bro. It's my turn now. Dia tersenyum sinis. Harraz bukan bodoh. Dia faham maksud pandangan tu. Nampaknya Aryan dah mulakan permainannya. Dia memang tak nak Yulia rapat dengan dirinya.

Harraz cuba beriak tenang. Senyuman nipis diukir. You wanna play? So let's role the dice.

"Saya ok je." Yulia pun hanya mengangguk. Dia pun tak kisah.

"Great. So Yoyo pergi dengan Abang Aryan. Faz nak ikut sekali atau nak pergi dengan Harraz?"

Fazira tersepit antara dua. Harraz dan Aryan dua-dua memandangnya. Susah lah bila orang-orang hensem berebutkannya. Tapi mestilah...

"Faz pergi dengan Abang Aryan lah."

Mestilah Abang Aryan pilihanku. Tambah pulak dia hensem lain macam hari ni.

Nmpknye Aryan dh memulakn lgkh. Korg rse mcm mne? Gentar kah Harraz lpas ni? Ha tu lha jgn mcm2 dgn Aryan.

Dah bce kn? Sila lh vote n komen ye? 😇

Mr Tutor (ON HIATUS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang