Hari ni Yulia dah mula tuisyen dengan encik tutor kesayangannya. Kesayangan? Uwelk! Tapi hari ni suasana tidak seaman dan sedamai sebelum ni bukan kerana perangai biul Aryan yang tak habis-habis mengenakannya, tetapi kerana seorang lagi manusia yang tak sudah-sudah mengganggu hidupnya.
"Kalau dalam table ni ada log, kau kena..." Terganggu sekejap kata-kata Aryan dengan bunyi lagu bad things nyanyian Camila Cabello tu. Ringtone phone Yulia. Yulia mendengus. Phone nya diambil.
"Apa kau nak?" Garang dia bertanya seolah-olah sesaat lagi nyawa manusia ni akan tamat ditangannya.
Aryan memandang pelik. Marah sungguh nampaknya."Kenapa awak tak balas chat saya?"
"Busy."
"Busy? Yulia tengah buat apa sekarang?"
"Ehem, ehem." Si tutor dah berbunyi. Peraturannya tak boleh main phone atau apa saja gadget. Peraturan yang dibuat oleh Yulia sendiri sebab Aryan tak berpisah dengan phone nya masa awal-awal dulu.
"Ok lah. Aku busy ni. Bye." Patut nya orang lain dah putus asa dah sebab dah terang lagi bersuluh lagi bersinar-sinar yang si Yulia ni sikit pun tak berminat mahupun terminatkan dirinya.
Tapi Jimi ni langsung tak putus asa. Semenjak dia mengaku yang dia yang bagi hadiah tu pada Yulia dalam suratnya dan dengan bangganya mengonfess Yulia di kedai cendol mak jenab yang bapak romantik tu, memang tak habis-habis dia mengacau hidup Yulia. Bukan Yulia tak cuba reject cara baik tapi mamat ni langsung tak lut. Dia buat lembu je dan tetap mengacau hidupnya.
Aku ni lawa sangat ke? Dia meletakkan phone nya dan mendengus perlahan. Sebaik mengangkat pandangan, Aryan sedang memandangnya sambil tersenyum senget.
"Laku jugak eh kau." Dari cara Yulia bercakap dia dah boleh agak. Yulia menjeling geram.
"Eh,mestilah. Perempuan cantik macam aku sape taknak?"
"Aku."
"Kau memanglah. Kau takde taste. Eh dah,dah. Tadi bukan main beria kau berdehem sampai nak terkeluar anak tekak. Cepat sambung."
🌸🌸🌸🌸
Hari kokurikulum. Semua lengkap dengan uniform masing-masing. Peraturan PK Koko mereka, cikgu Mokhtar. Siapa yang tidak beruniform lengkap kena denda. Lelaki kena pakai kain batik manakala perempuan kena pakai kain pelekat sampai balik. Sekolah dah siap beli lagi kain batik dan kain pelekat sebagai persediaan. Semangat betul nak mendenda orang ye...
Yulia yang merupakan ahli badan beruniform Kadet Remaja Sekolah merasakan tahun ini merupakan tahun paling malang baginya kerana berada dalam persatuan ini. Dia menjeling Jimi yang dari tadi duk mengushanya. Mereka berada di padang untuk latihan kawad kaki. Biasalah KRS,kerja nak berkawad je.
Yulia menyiku Fazira di tepi. Tersentak Fazira yang sedang syok mengusha Izuddin Aiman. Ketua pelajar yang sememangnya hensem tahap tak hengat tu. Tu sebabnya Fazira ajak dia masuk KRS masa form 3 dulu. Sanggup tukar badan uniform sebab lekaki tu. Yulia pun sebenarnya malas tapi sebab Fazira ugut nak sebar gambar Yulia sedang korek hidung, terpaksalah.
"Pehal? Aku tengah busy..."
"Busy apa? Busy usha Aiman tu? Kau ni. Kan dia dah..."
"Shh...shh. Diam. Malas nak dengar." Yulia tersengih. Fazira memotong percakapannya sebelum sempat dia cakap yang Aiman tu dah kapel dengan Hannah Raisya. Perempuan bimbo tu. Mana tak bimbo, sekolah malas. Menggedik je pandai.
"Faz,kau tengok lah Jimi tu. Eii menyampah betul aku. Nak aje korek biji mata dia tu." Fazira tergelak.
"Apa aku boleh buat,beb. Cinta itu buta."
"Apa kena mengena?"
"Yelah. Apa yang dia nampak kat kau?" Fazira tergelak. Yulia menjeling. Aku serius dia main-main pulak.
"Ok,ok. Serius. Macam ni lah. Apa kata kau jumpa dia. Then try slow talk dengan dia. Cakap lah apa-apa pun. Tapi jangan kau pergi sembur dia pulak. Cakap baik-baik." Hmm. Yulia mula berfikir...
🌸🌸🌸🌸
Yulia memandang Jimi yang sedang enak menghirup cendol dihadapannya. Eii ikutkan hati nak aje aku sembam kepala dia dalam mangkuk cendol tu. Takpe Yulia. Sabar. Ni first and last kau jumpa dia.
"Jimi. Aku nak cakap sikit ni."
"Cakaplah. Nak cakap banyak pun boleh." Yulia mula berfikir. Nak cakap macam mana eh? Otaknya mula teringatkan dialog-dialog yang dia biasa dengar dalam drama.
"Carilah orang lain Jimi. Aku tak mampu nak bahagiakan kau. Ramai lagi perempuan kat luar sana." Ambik kau. Drama sangat ni. Jimi berkerut memandangnya.
"Apa maksud awak?" Alamak. Dah terlebih drama ke ayat dia ni? Adoii macam mana ni. Dia mula menggaru kepala.
"To be frank, aku sebenarnya tak suka tau benda-benda macam ni. Kau faham kan. Benda cintan-cintun ni. Geli geleman aku. Hari tu masa kau konfess pun dah meremang segala bulu-bulu ketiak aku ni." Jimi tergelak. Macam mana dia boleh tak suka dengan perempuan ni. Dia sangat lain dari yang lain.
"Dah saya nak buat macam mana. Hati saya yang pilih awak." Dia mula menyukai Yulia sejak perkhemahan akhir tahun lepas. Melihatkan gelagat Yulia yang gila-gila itu begitu menarik minatnya.
"Eh tak payah nak propa sangat. Kalau kau nak yang cantik, belambak lagi yang cantik."
"Kalau saya nak yang cantik,saya tak cari awak tau." Amboi. Ni dah lebih. Takdelah buruk sangat pun aku. Yulia mula membelek dirinya.
"Tapi sebab saya bukan nak yang cantik je. Awak ni lain tau. Perangai awak yang tak betul tu, yang gila-gila tu. Sebab tu saya suka awak." Berbulu tekak Yulia mendengarnya. Serasa meremang bulu-bulu kakinya.
"Tapi aku rimas lah kau duk kacau-kacau aku. Hish." Yulia mendengus kecil. Jimi hanya tersenyum.
"So awak nak saya tinggalkan awak? Jangan kacau awak lagi? Boleh. Tapi awak kena carikan saya perempuan yang perangai sebijik macam awak. Then saya boleh tinggalkan awak."
Serious? Yulia berkerut pada mulanya kemudian dia tersenyum sendiri. Perempuan macam aku ye...
YOU ARE READING
Mr Tutor (ON HIATUS)
Ficção AdolescenteKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...