Hari ni dia bersendirian di rumah. Mama menghadiri majlis apa entah di rumah kawannya. Biasanya kalau nak ke mana-mana Yulia akan diajak sekali. Yelah takkan nak tinggal berdua pulak dengan Aryan.
Tapi hari ni Yulia malas mengikut. Lagipun Aryan takde. Ada kelas. Lepas kelas pulak katanya ada group discussion. Mesti balik lambat. Papa pulak macam biasa busy di office.
Yulia berbaring kuak lentang di sofa didepan tv. Lama tak buat macam ni. Bukan selalu dia berseorangan di rumah. Rambut nya dilepas bebas.
Rimas jugak kena pakai tudung setiap masa tapi apa boleh buat. Kau kahwin je lah dengan Aryan. Senang cerita. Otak tak senonohnya memberi idea. Hish gila ke.
Tiba-tiba teringat kenangan lama. Rindu nak tinggal di rumahnya dengan mama, papa, Abang Danish dan Kak Damia. Yulia mengeluh perlahan.
Dalam pada dia termenung tu, tiba-tiba matanya terasa berat. Perlahan-lahan dunianya mulai gelap.
🌸🌸🌸🌸
Aryan mengurut belakang tengkuk sambil berjalan keluar dari kereta. Tiba-tiba pulak Jaz dengan Kerol tak dapat datang tadi so group discussion mereka ditangguhkan dulu.
Pintu dibuka. Berkunci. Baru dia perasan kereta mama takde. Kunci pendua yang memang diletak sekali dengan kunci kereta digunakan untuk membuka pintu.
Penat dan mengantuk sangat hari ni. Sambil mengurut pelipis dia menuju ke sofa. Masih tak perasankan Yulia yang terbongkang di sofa tu sebab dia menutup mata.
Aryan melabuhkan punggung di sofa.
"Ya Allah!" Terkejut dia lantas bingkas bangun.
Yulia yang sedang terbongkang tu langsung tak berkutik. Sebelah kakinya atas kepala sofa manakala sebelah lagi di badan sofa. Boleh bayang tak macam mana terkangkang nya dia sekarang?
Rambut curl dan brunette Yulia yang terjuntai ke lantai itu dipandang. Ini ori ke buat ni?
Cantik. Sangat cantik. Yulia nampak sangat cantik tanpa tudung. Astaghfirullah. Aryan menggeleng kepala. Kau buat apa ni Aryan.
Apa aku nak buat ni? Kejut Yulia? Karang ada yang meroyan bila bukak mata. Kenapa Yulia ada dirumah tapi mama takde? Selalunya Yulia akan ikut sekali.
Nak keluar pergi mana-mana dulu sementara tunggu mama balik? Dia terlalu penat dan mmengantuk. Tak larat nak drive.
Perlahan dia mendekati Yulia. Aryan, behave. Kalau tak mengenangkan hukum, dah lama dia cubit pipi putih gebu tu. Astaghfirullah. Dia beristighfar beberapa kali. Kalau dah namanya lelaki.
"Yoyo! Bangun!"
Diam tak berkutik. Haih pakai suara tak jalan nampaknya. Handphone ditangan ditepuk-tepuk ke pipi Yulia.
Yulia membuka mata perlahan. Samar-samar wajah Aryan menyapa pandangannya. Dia membuka mata seluasnya. Sekeliling diperhati. Kat rumah. Dia bingkas bangun dari perbaringan dan duduk.
Tapi kenapa Aryan pandangnya pelik semacam ni. Yulia menggaru kepala yang tiba-tiba terasa gatal. Rambut yang mengurai diikat dengan getah rambut yang memang dah tersedia di pergelangan tangan.
Wait, wait. Rambut? Yulia baru tersedar. Kepalanya diraba berulang kali sambil memandang Aryan yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh tu.
Ya Allah! Kedua-dua belah tangannya menyilang di dada. Tubuh dikengsotkan sedikit menjauhi Aryan.
"Kau...kau buat apa? Macam mana kau masuk?"
Aryan terkejut. Apa yang minah ni merepek? Dia ingat aku buat benda tak elok kat dia ke? Facepalm.
"Kau rasa aku buat apa?"
Aryan menunduk mendekati Yulia. Mamai lagi agaknya itu yang merepek semacam. Yulia dah mula seram. Dia semakin menjauhi Aryan.
Anak mata hazel Yulia direnung tajam. Yulia dah mula gelisah. Nak lari tapi kakinya dah lembik. Tak berdaya bergerak.
Phone ditangan Aryan ditunjal sedikit ke dahi Yulia.
"Adoi! Kau kenapa?!"
Yulia menggosok-gosok dahi. Aryan kembali berdiri.
"Kenapa kau pakai macam ni kat rumah? Pergi tukar sekarang."
Yulia dah melompat turun dari sofa dan berdesup ke biliknya. Sebaik sahaja masuk ke bilik, dia bersandar di pintu bilik. Tangannya di dada.
Degupan jantungnya dah melebihi degupan normal yang sepatutnya 60 hingga 100 beat seminit. Tapi kali ni dia yakin dah hampir 200 beat seminit agaknya. Laju betul jantungnya mengepam darah.
Macam mana Aryan masuk dan kenapa dia berpakaian macam ni? Nyanyuk betul Yulia ni.
Beberapa minit kemudian baru dia teringat yang dia tertidur semasa menikmati saat-saat kebebasannya tadi. Kenapalah aku tidur. Yulia menggeleng perlahan.
🌸🌸🌸🌸
"Aryan. Jom keluar makan. Lapar lah."
Aryan yang sedang berbaring di sofa tu membuka mata. Yulia malu sebenarnya nak tengok muka Aryan lepas kejadian tadi. Tapi demi makanan dia relakan.
Dia memandang Yulia yang dah bersila di lantai tu.
"Kau tak makan ke tadi?"
"Makan...tapi sikit je. Lapar lagi."
"Pergilah masak."
Aryan kembali memejamkan mata. Yulia mencebik bibir.
"Takpelah. Ajak Harraz lah."
Ayat terakhir tu ditutur perlahan. Memang dia ingat nak ajak Harraz dengan Fazira pun kalau Aryan tak setuju. Yulia mula nak beredar dari situ.
Mendengar je nama Harraz, mata Aryan tercelik luas. No, no. Orang lain boleh tapi bukan Harraz. Dia terus bangun dari sofa.
"Cepat siap. Jom."
Yulia terpinga. Tadi cakap tak nak.
🌸🌸🌸🌸
"Kau dengan Harraz tu kapel ke?"
Yulia yang sedang mengunyah tu mengangkat muka.
"Tak lah. Kawan je."
Dengan nasi di mulut dia menjawab. Selama dia hidup dengan Aryan ni tak pernah pulak dia nak cover-cover ayu depan lelaki ni. Dia buat je sesuka hati dia. Kentut je lah belum pernah lagi. Mungkin boleh try nanti.
"Kenapa?"
"Saje tanya. Tak ada boyfriend?"
Yulia menggeleng. Kenapa Aryan pelik sangat hari ni? Yulia mengunyah perlahan dengan kening berkerut.
"Aku bukan tak laku tau. Aku je yang tak nak."
Cepat-cepat Yulia cover. Takut sangat sahamnya jatuh depan Aryan. Aryan tersenyum. Dia kena buat sesuatu. Tapi macam mana? Dia tak pandai bab-bab mengayat ni.
Kena dapatkan bantuan pakar ni. Siapa lagi kalau bukan kasanova bertaraf antarabangsa. Afeef.
Ye,ye chap ni agk hmbar. Maafkan author. Nnti chap lpas ni author cuba sebaik mgkin ye. So korg kne tggu chap lpas ni.
K wlaupun hmbar plis vote n komen ye 🙏

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Tutor (ON HIATUS)
Fiksi RemajaKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...