Bab 18

7.5K 482 10
                                        

Yulia terpaku. Kaki keras di lantai. Tak berdaya bergerak. Allah Tuhan...Yulia memejam mata. Sedia nak ucap dua kalimah syahadah bila terasa pinggangnya ditarik...

Tubuhnya berpusing dan pandangannya gelap. Bunyi enjin motor masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia tak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya dan dia taknak tahu.

Dia pun tak tahu siapa yang selamatkan dia dan yang sedang memeluknya ni. Tapi dia rasa selamat dan taknak angkat muka dari dada si penyelamat ni. Bau maskulin yang kuat menyinggah hidungnya. Tapi dia tetap tak boleh cam siapa.

Terkejut punya pasal sampai otaknya pun tak berapa nak berfungsi. Aryan mula risau. Pengsan ke budak ni. Tapi elok aje berdiri. Tubuh Yulia yang menggigil dalam pelukannya mula buatnya risau.

Lelaki yang menunggang motorsikal tadi menghampiri Aryan. Mukanya pun nampak agak bersalah. Aryan tiba-tiba naik darah.

"Yang kau bawak laju-laju tu kenapa? Tak nampak ni kawasan sekolah?" Marah Aryan.

"Saya mintak maaf bang. Adik ni okey tak? Kalau ada cedera apa-apa saya akan bayar kos rawatan."

Yulia mengangkat muka. Eh baru perasan Aryan yang memeluknya. Alamak malunya. Kenapa setiap kali dia accident kena ada Aryan. Malu dibuatnya. Dia melepaskan pelukan.

"Eh, takpe bang. Saya okey. Tak cedera apa-apa pun. Lagipun salah saya jugak sebab main phone masa lintas jalan." Jelasnya.

Kesian pulak abang moto ni kena marah dengan Aryan. Dua-dua salah sebenarnya.

"Takpelah kalau macam tu. Abang mintak maaf sekali lagi. Kalau takde apa-apa abang mintak diri dulu."

Lelaki tersebut sempat bersalaman dengan Aryan sebelum bergegas pergi. Nak cepat agaknya. Tu yang bawak laju-laju tu.

Aryan memandangnya dengan muka yang macam nak marah pun ye, macam kesian pun ye.

"Yang kau pun satu. Pergi main phone masa melintas tu kenapa? Dah tak sayang nyawa?" Marah Aryan.

Fazira mendekati mereka. Dia sendiri pun terkejut tadi. Ingatkan dia akan kehilangan Yulia. Baru berkira-kira nak cari bestfriend baru bila tiba-tiba Aryan selamatkan Yulia.  Sempat lagi kau ek Fazira. Bukan nak risau ke apa.

Fazira memandang mereka berdua. Haish. Baru tadi main pondok-pondok. Takkan nak perang dunia ketiga balik.

Yulia pulak hanya diam. Sakit hatinya bila dimarah macam tu. Tapi tak tahu kenapa dia rasa macam nak menangis. Dah kenapa pulak ni. Nak menangis. Matanya mula berair. Yulia menundukkan kepala. Taknak bagi Aryan nampak yang matanya berair. Jangan lah nangis depan lelaki ni. Malu lah.

Fazira yang memandang dah mula pelik. Aik? Biar betul minah ni? Menangis? Selama ni kena marah dengan papa dia pun dia tak menangis. Maklumlah, dalam adik beradiknya dia yang paling degil dan keras kepala.

Aryan mula cuak. Menangis? Minah hati batu ni nangis? Alamak. Teruk sangat ke dia marah? Dia mula menggaru kepala yang tak gatal. Yulia masih menunduk.

"Err...yuya. Emm...nangis ke? Aku...aku..."

Alahai Abang Aryan ni. Macam ni ke nak memujuk. Memang fail lah. Fazira menggeleng perlahan. Ada ke patut pergi tanya orang yang sedang menangis tu dia menangis ke tak. Takkan nak suruh aku si doktor cinta ni jugak ajar.

Yulia mengangkat kepala. Haa...tau cuak aku nangis. Dia menjeling Aryan. Salah aku jugak. Padan muka kena marah.

"Taklah. Kau ingat aku hati tisu sangat ke setakat kena marah dengan kau nak nangis bagai. Dah lah. Drama pulak. Jom balik."

Fazira ditinggalkan oleh mereka berdua. Yulia langsung tak teringat Fazira kat situ. Menonong je dia pergi.  Fazira menggeleng. Apa-apa jelah korang ni. Kelakar betul. Apalah yang Abang Aryan buat sampai Yulia hati batu ni boleh menangis. Hmm...

                         🌸🌸🌸🌸

Yulia curi-curi jeling Aryan disebelah. Marah lagi ke? Sori lah.

"Kalau nak tenung sangat muka aku cakap. Tak payah nak jeling-jeling macam nak terkeluar biji mata."

Eh, perasan pulak dia. Usyar aku jugak ke apa? Yulia mencebik.

"Aku bukan apa. Just nak ucap terima kasih sebab selamatkan aku tadi. Kalau bukan sebab kau mungkin Faz dah kena cari bestfriend baru lepas ni. Kau pun mungkin akan hilang kerja nanti."

Aryan tersenyum. Sempat lagi minah ni buat lawak sedangkan nyawa dah dihujung tanduk tadi.

"Kau ingat free ke? Aku dah hantar kau pergi sekolah, selamatkan kau dari kena gelek dengan motor, hantar kau balik rumah...hmm, 3 tu. So kau hutang aku 3 kali."

Ceh! Berkira punya makhluk. Tadi kemain beria marah orang, ingatkan ikhlas sangat.

"Tu aku belum kira lagi yang aku selamatkan kau masa kau tergolek macam kambing gurun hari tu. Ahahaha."

Yulia mencebik. Panas hati betul. Bukan nak kesian ke apa dengan aku yang hampir menuju ke alam barzakh tadi. Dia boleh gelak pulak.

"Dah tu kau nak ape? Kau jangan nak pau-pau aku eh. Aku bukan ada duit pun."

"Siapa nak pau kau? Hutang tak semestinya duit." Saja je sebenarnya cakap macam tu. Dia pun tak tahu nak mintak apa.

"Dah tu? Jangan lah nak buat kuiz yang tak mencabar minda macam ni. Otak aku ni tak habis lagi terkejut tadi."

Aryan menoleh pandang ke arah Yulia sekejap. Jelas muka Yulia yang pucat. Walaupun mulut dia dah start bising nak menjawab tapi dia sebenarnya masih takut-takut.

Mana Yulia tak takut dan terkejut, ni first time rasanya dia terlibat dalam kemalangan yang memang boleh meragut nyawa macam tu.

Kucing hari tu? Huh. Tak payah dikenang lah kucing tu. Buat sakit jiwa je.

"Nanti aku bagitau. Setakat ni rasanya aku tak nak apa-apa."

Yulia menjeling. Malas betul lah nak terhutang budi macam ni. Tapi dia bersyukur sangat Aryan ada tadi. Kalau nak harapkan si Faz yang selamatkannya memang tak lah.

Mana taknya. Yulia belum apa-apa dia dah beria menjerit. Bergeraknya tak. Biasalah Faz dan over actingnya tak boleh dipisahkan.

So sorry _jayyyjel and qwertyien sbb idea lain. But sokay. Thank you so much. Truskn mmberi idea. In Shaa Allah klau ade peluang n ruang blh tulis ye. And sori jgk mimiey_nsd sbb x reti nk buat sweet2 ni. And 4 those yg teka btul tu...nah bunga untk korg 🌹🌹🌹. Dun forget to vote and comment. In Shaa Allah akn diperbaiki mne2 yg cacat tu. 😘😘😘

Mr Tutor (ON HIATUS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang