Yulia mengecilkan mata mencari Fazira. Mana lah pulak si Faz ni. Beria suruh aku belikan air dia pulak takde. Sebaik ternampak Fazira yang terkinja-kinja di tepi trek larian, Yulia mula melangkah kesana.
"Woi! Amboi kemain kau terkinja-kinja kat sini. Ni ha air kau." Yulia menghulurkan air kotak milo itu kepada Fazira. Teh krisantimum nya disedut sedikit.
"Thanks. Yuya, tengok tu. Kemain hensem lagi Izzue tu. Haih gugur iman kalau macam ni."
Yulia mengalih pandangan ke trek larian. Izzudin Aiman yang sedang mendahului pelari-pelari yang lain tu diperhati. Kedengaran pelajar-pelajar perempuan bersorak riang.
"Izzue! Izzue!"
Lebih kurang macam tu lah diorang bersorak. Dan yang terlebih gediknya siapa lagi kalau bukan Hana Raisya, girlfriend Izzue ni.
"Aik. Bukan hari tu kau cakap dah move on eh. Dah jumpa pengganti Aiman konon." (Yuya pggil Izzue ni Aiman). Faz hanya tersengih.
Minggu sukan. Semua sibuk dengan sukan masing-masing. Masa 2 hari yang diberikan sebagai latihan pada waktu petang diguna sebaik mungkin oleh mereka.
"Walaupun Harraz tu hensem tahap tak ingat, tapi entahlah hati aku ni setia dengan Izzue sorang je."
Fazira pura-pura sedih sambil tangannya diletakkan ke dada. Drama queen betul. Yulia mencebik sambil menolak bahu Faz. Dah lah. Malas layan kau.
Fazira bersorak gembira sebaik sahaja Izzue tiba di garisan penamat mendahului yang lain. Yulia dah mula bosan. Ye lah dia tak masuk apa-apa acara pun. Tak berminat.
Matanya terpandangkan kerumunan ramai di acara lompat tinggi. Apa yang menarik sangat tu. Dia melangkah kesana.
Wajah pertama yang menyapa matanya ialah Harraz yang bersedia untuk gilirannya bagi acara tersebut. Sempat dia tersenyum manis kepada Yulia sebelum berlari mengambil lajak.
Tubuh Harraz yang agak sado tu melayang bak kertas melepasi palang yang agak tinggi juga bagi Yulia. Fuhh! Gila ar. Dan serentak dengan itu kedengaran sorakan yang agak kuat dari penonton-penonton yang majoritinya perempuan.
"Yuya. Sini rupanya. Eh? Datang tengok Harraz eh." Faz tersenyum senget.
"Mana ada. Aku pelik kenapa ramai-ramai kat sini aku datang lah."
"Eleh tipu. Tak kan kau tak tau dia masuk acara apa. Kan korang satu rumah sukan."
Yup. Yulia dan Harraz satu rumah sukan iaitu Laksamana, rumah merah.
"Entah. Tak ambik tahu pulak aku." Eleh. Padahal masa perbincangan rumah sukan tu dia sibuk makan kuaci.
🌸🌸🌸🌸
Yulia duduk bersila di atas rumput sambil menunggu giliran Faz yang menyertai acara lompat jauh. Malas sebenarnya nak berpanasan macam ni. Baik dia duduk bawak khemah sambil makan kuaci.
Tapi tu lah. Si Faz ni kalau tak tengok dia main kan bising pulak mulut dia. Tiba-tiba seseorang mengambil tempat disebelahnya. Malas pulak dia nak berpaling. Biar lah siapa-siapa pun.
Yulia bersorak riang menyokong Fazira yang sedang membuat lompatan. Walaupun Faz ni kadang-kadang nampak tak betul, tapi dia memang berbakat dalam acara ni. Selalu mewakili sekolah dalam acara lompat jauh.
"Faz ni rumah Bendahara kan?" Tanya suara disebelah. Yulia berpaling. Harraz.
Yulia hanya mengangguk. Dah nampak t-shirt kuning tanya lagi buat apa.
"Kalau Yuya sorak macam tu masa saya main tadi mesti saya dah boleh menang." Harraz tersenyum memandangnya. Mamat ni memang suka senyum.
"Eleh. Kau yang tak pandai main. Salahkan aku pulak." Yulia tergelak. Harraz turut tergelak.
"Kan ramai tadi fans kau bersorak tepi padang tu."
"Tapi kalau ahli rumah sukan yang bersorak aura dia makin kuat tau."
Tiba-tiba botol air ditangan Yulia dirampas. Eh. Faz duduk di tepi mereka sambil meneguk air. Yulia menjeling. Tahu sangat perangai selamba badak minah ni.
"Nah. Fuh, dahaga betul."
Botol air yang tinggal 1 per 8 airnya tu dihulurkan kepada Yulia.
"Habiskanlah. Tinggal banyak tu baru nak kasi." Fazira tersengih.
"Tahniah Faz." Harraz tersenyum. Senyum lagi. Asyik senyum je mamat ni.
"Hahaha. Nasib je tu. Kau tau tak aku salah landing tadi. Mak aii...sakit betul. Yuya, cer kau urut-urut sikit dekat dengan buku lali tu."
Yulia membebel. Itulah orang stretching dulu kau sibuk gi usyar orang. Padan muka. Sambil-sambil membebel tangannya tetap mengurut kaki Fazira. Terjerit-jerit Fazira bila Yulia saja menekan kuat kakinya.
Harraz hanya tersenyum melihat mereka berdua. Diorang ni memang dah biasa bergurau kasar-kasar macam ni.
🌸🌸🌸🌸
Yulia membetulkan t-shirt nya. Tiba-tiba perjalanannya dihalang seseorang. Dia mengangkat kepala.
Fasha Erina."Ada apa?" Tanya Yulia. Pehal minah bajet hot ni. Tak pernah-pernah menegurnya.
"Jangan dekat dengan Harraz. Dia aku punya."
"Hmm...takde pulak bar code dekat dahi dia yang tunjukkan kau punya."
"Tak payah nak buat lawak bodoh. Ni first and last warning. Kalau kau gatal lagi kau tahu lah nasib kau."
Yulia hanya mengangkat bahu dan berjalan pergi. Malas nak layan perempuan tak cukup hormon ni. Cinta monyet je kot. Tak payah nak beria bergaduh bagai.
"Sembelit ke kau ni? Lama bebenor pergi tandas." Yulia tergelak.
"Fasha. Dia warning aku tadi jangan dekat dengan Harraz."
"Then?"
"Aku blah je lah. Malas nak layan."
Tanpa mereka sedari Harraz yang nak memanggil Yulia untuk perjumpaan mengejut rumah sukan mereka terdengar perbualan tu.
"Yuya. Cikgu Nazir panggil semua form 5 laksamana."
Tersentak Yulia dan Fazira. Yulia hanya mengangguk dan berlalu mengikut Harraz.
Walaupun baru beberapa minggu Harraz disini, tapi rasanya dah satu sekolah mengenalinya lebih-lebih lagi perempuan.
Harraz mengeluh. Apa boleh buat. Susah jugak jadi hensem ni. Eceh.
Sori lha naa tak update smlm. Author tertido mse tgh menaip. Dhsyt sgt mngntuk tu. And chap ni mcm agk hmbar skit. Korg rndu Aryan x? Nnti next chap kite jmpe Aryan.
Vote and comment. Wajib. Hahaha batak. K lha. Enjoy 😉
Jgn lpe check out cite bdk ni yourhearteu, 4.30 am.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Tutor (ON HIATUS)
Novela JuvenilKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...