Damia menyorong bagasinya keluar dari balai ketibaan. Dah sampai Malaysia ni rasa macam panas sikit. Haha. Mengada gila. Ni kalau abangnya dengar mahu sampai ke tua kena bahan.
Telefon dicapai. Nombor seseorang didail.
"Waalaikumussalam. Isha. Haah. Aku dah sampai KLIA. Kau kat mana?"
Damia menuju ke tempat yang diberitahu Isha. Tak sabarnya nak jumpa keluarganya.
🌸🌸🌸🌸
"Thanks beb. Sori lah susahkan kau malam-malam macam ni. Aku saja nak buat surprise kat diorang." Kata Damia.
Isha hanya tersenyum. Mereka baru sahaja keluar dari restoran. Damia belanja. Upah sebab tolong ambik dia katanya.
"No hal lah. Aku pun dah lama tak jumpa kau. Ni kau lama tak kat sini?"
"Lama tak lama jugak. Dalam tiga minggu macam tu."
"Minggu depan aku bertunang. Jemputlah datang."
"Seriously? Wah, dah nak bertunang kawan aku ni. Tak sangka." Isha tergelak. Siapa-siapa pun akan terkejut agaknya bila dengar.
Mana taknya, Isha ni dulu bercakap dengan lelaki pun tak. Pemalu teramat.
🌸🌸🌸🌸
Azman hanya diam. Kesabarannya terkadang tercabar juga. Bibirnya diketap.
"Abang jangan ingat saya ni bodoh lah. Saya dah bosan tahu tak hidup macam ni?! Saya nak bebas!" Jerit Ros.
Azman semakin hilang sabar. Pedal minyak ditekan sekuat hati. Toyota Hilux meluncur laju di jalan raya. Lantak lah apa nak jadi pun, biar mampus perempuan ni.
"Abang! Abang dah gila ke?! Perlahan lah! Abang!"
"Bising lah! Diam boleh tak?! Kau ingat aku ni apa?! Langsung kau tak hormat aku kan?! Aku ni suami kau tau tak?!"
Tanpa mereka sedari sebuah kereta baru sahaja membuat u-turn dihadapan mereka. Toyota Hilux masih bergerak dengan kelajuan sama. Azman dan Ros masih hangat bertekak.
"Abang tahu pulak suruh saya hormat abang? Habis perasaan saya ni...abang?!" Serentak dengan jeritan Ros, Toyota Hilux telah merempuh Honda Accord yang baru membuat u-turn tadi.
Beberapa kali Honda Accord tersebut berpusing sebelum merempuh pembahagi jalan. Bahagian depan kereta tersebut habis remuk.
🌸🌸🌸🌸
Damia membuka mata perlahan-lahan. Darah pekat yang mengalir dari kepalanya tidak dihiraukan. Sakit di kepala cuba ditahan sedaya mungkin.
Dia memandang Isha disebelahnya. Gadis itu tidak sedarkan diri. Ya Allah jangan jadi apa-apa pada gadis ini. Minggu depan hari pentingnya.
Dalam kesakitan, Damia cuba mencapai telefonnya di poket. Nombor kecemasan didail. Terketar-ketar tangannya mendail nombor.
Belum sempat suaranya didengari oleh pihak kecemasan, sebuah kereta menuju dengan laju ke arah mereka. Sedaya upaya kereta tersebut cuba membrek, namun...
Allah Tuhan...
Damia hanya mampu melihat. Bibirnya mengucap dua kalimah syahadah.
🌸🌸🌸🌸
Yulia sedang rancak bersembang dengan Fazira. Malam ni dia tidur sini sebab ada discussion. Lagipun esok cuti so boleh lah lepak puas-puas dengan Faz.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Tutor (ON HIATUS)
Fiksi RemajaKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...