Bab 33

6.6K 490 10
                                        

Fazira hanya mampu melihat. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Menangis lah sahabat. Kalau itu mampu luahkan segala apa yang kau rasa.

"Thanks Faz. Sebab selalu ada untuk aku. In Shaa Allah lepas ni kau akan jumpa balik Yuya yang dulu. Mungkin yang lebih kuat dari dulu."

"Alhamdulillah. Aku bersyukur dengar. Bagus lah kalau kau dah mula nak berubah."

"Aku kena kuat. Sebab aku sendiri sekarang. Semua aku kena buat sendiri. So aku kena kuat."

"Kau tak sendiri. Kau ada aku. Ada auntie Asnida sekeluarga yang sayangkan kau."

"Aku tahu. Aku bersyukur sangat. Tapi sampai bila aku nak mengharapkan orang lain. Sampai masa aku kena berdikari jugak."

Fazira mengangguk. Ya Allah permudahkan segala urusan sahabatku ini. Doanya didalam hati.

                       🌸🌸🌸🌸

Tombol pintu dipulas. Tombol pintu yang dipulas, tapi perutnya pulak terlebih memulas. Itulah tadi taknak makan. Padan muka.

Sebelum ni pun dia tak makan jugak. Tapi sejak petang tadi dia decide nak berubah dan teruskan hidup macam  biasa, tiba-tiba malam ni terasa lapar pulak. Selama ni hormonnya tak berfungsi ke?

Nasib baik teringat. Tudung dicapai. Yelah walaupun dah pukul 2 pagi tapi kalau tiba-tiba Aryan atau uncle bangun nak minum air ke tak ke haru nanti nampak dia buat free show tunjuk rambut ala iklan pantene.

Gelapnya. Takut lah pulak. Tapi kalau tak turun boleh mati kebuluran aku dalam bilik tu. Dia melangkah ke tangga. Lampu tangga dibuka. Dapur dituju.

Tudung saji dibuka. Kosong. Yelah apa je yang ada malam-malam macam ni. Peti sejuk dibuka. Buah adalah. Susu. Jus. Haishh kenapalah time dia lapar tahap cipan ni makanan semua menyorok ni. Selama ni dia tengok Aryan ada je benda yang dikunyahnya. 

Kabinet pulak dibuka. Alhamdulillah. Nampak lah seketul maggi tomyam di sudut kabinet. Nasib baik ada benda alah ni. Kalau tak dia dah ingat nak makan epal cicah air teh o je tadi.

Selepas siap sediakan apa yang patut, ala letak perencah dengan air je. Mangkuk berisi maggi tersebut dimasukkan ke dalam microwave. Tak nak ke masak maggi tu? Kirim salam lah...

Maggi dicipta untuk memudahkan kerja. Kenapa nak susah-susah masak atas dapur bagai? Itu pemikiran seorang pemalas sepertinya.

Sambil-sambil tunggu maggi tu masak dia menggigit sebiji epal hijau yang sempat diambil dari peti sejuk tadi. Bila lapar ni makan epal pun rasa macam asam pedas. Amboi overnya.

Tanpa disedari...

"Ehem."

Terbeliak bijik mata Yulia dibuatnya. Mak aii. Terasa seperti epal dengan tangkai-tangkainya sekali dah selamat menggelungsur ke dalam kerongkongnya. Uhuk! Uhuk! Yulia mengurut dada sambil berpaling untuk melihat jembalang mana yang main sergah malam-malam buta ni.

"Kau ni dah tak reti bagi salam ke? Main sergah-sergah bagai. Nak suruh aku arwah ke? Pupus lah keturunan aku nanti."

Sakit betul hati. Kesian esofagus dia terpaksa bekerja keras telan gigitan besar buah epal ni.

Aryan berkerut kening. Kalau dah bercakap banyak macam ni maknanya Yulia yang lama dah kembali. Alhamdulillah dia bersyukur. Tak perlu nak cakap dengan tunggul lagi lepas ni.

"Kau buat apa kat sini malam-malam ni?"

"Joget lambak."

Bila Yulia yang lama dah kembali, maka perang mulut antara mereka akan tercetus semula. Aryan rasa nak tergelak pun ye. Macam manalah Yulia boleh tahan mulut bertih jagung dia tu selama hampir sebulan ni. Lama tu.

Mr Tutor (ON HIATUS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang