Bab 11

8.9K 505 17
                                    

Yulia menggagau kertas kajang dibawah meja. Bahasa Melayu. Biasalah. Kertas kajang dan bahasa melayu tak dapat dipisahkan. Tiba-tiba tangannya menyentuh sesuatu. Kotak. Dia menarik keluar. Pelik. Siapa punya. Di atas kotak tersebut tertera nama Yulia. Aik? Siapa bagi?

Fazira yang perasan Yulia yang tak reti duduk diam tu mula mengalih pandangan. Hadiah? Takkan Yulia pegi balik ambik hadiah Aryan tu kot. Dia memandang Yulia. Faham dengan pandangan mata Fazira, Yulia sekadar mengangkat bahu.

Yulia berjalan ke basikal. Semenjak menjadi pelajar tingkatan 5 ni, kelas petang tak pernah tak ada. Kelas malam aje belum mula lagi.

"Yuya. Jom pekena cendol mak jenab. Lamanya tak rasa. Uishh dah terbayang-bayang dah kesedapan dia." Fazira dah memejam-mejam matanya sambil bibirnya dijilat-jilat. Over bebenor reactionnya.

"Ye la. Kot ye pun nak makan cendol, tak payah lah buat muka macam orang gian tu. Eii geli pulak aku tengok." Kuang aja punya kawan. Dia cakap muka aku yang cun ni macam orang gian. Aku ni kalau tak pakai tudung, orang dah ingat aku Nora Danish tau.

Yulia seronok berborak dengan Fazira sambil menunggu cendolnya tiba. Maklumlah ramai orang. Lambat lah sikit. Tiba-tiba...

"Hai,Yuya. Faz. Boleh saya join? Meja penuh." Mereka mengangkat pandangan. Zulhilmi. Pelajar kelas 5 Anggerik. Budak account.

"Hmm. Duduklah Jimi." Jimi melabuhkan punggung di antara Fazira dan Yulia.

"Yulia. Macam mana exam awak. Ok tak?"

"Okay je. Kau?" Saja berbasa-basi.

"Better kot dari sebelum ni."

"Yuya je ke?" Lain macam je Jimi ni. Jimi tersengih.

"Saya baru nak tanya. Faz macam mana? Ok?" Fazira sekadar mengangguk.

Dan entah apa lagi yang dibualkan oleh Jimi ni dengan Yulia membuatkan Fazira terasa ingin menendang Jimi jauh dari situ. Aku ni apa? Kot ye pun nak jual minyak, jangan lah sampai aku ni dimanneqiunkan. Geram pulak dia.

"Jomlah balik Yuya. Nanti lewat pulak."

"Jomlah. Pergi dulu lah Jimi. Assalamualaikum." Tak sempat habis si Yulia memberi salam, Fazira dah tak menyempat menariknya pergi.

"Dah kenapa si Jimi tu. Pelik semacam aku tengok."

"Entah. Pelik betul."

"Dia suka kau tak."

"Merepek je."

"Obvious weh."

"Entah lah."

                           🌸🌸🌸🌸

Yulia membelek-belek kotak di tangan. Takde apa-apa selain namanya yang tertera di atas kotak itu dengan tulisan yang berangkai cantik. Lelaki mana yang malang sangat sukakan aku ni. Heran betul.

Pembalut hadiah glitter itu dikoyak. Macam kotak perfume. Tak macam lagi dah. Memang kotak perfume. Chance by chanel? Biar betul. Sape bagi ni? Dia membelek-belek kotak tersebut sekali lagi. Takde nama.

Yulia membelek pula perfume tersebut. Tudungnya dibuka dan dihidu. Wangi. Untung nya aku. Hai siapa lah yang bermurah hati sangat ni. Terima kasih lah.

Esoknya macam biasa, si becok Fazira sibuk bertanya pasal hadiah yang dia dapat tu. Dan Yulia ni pun semangat jugak sampai dibawaknya perfume tu ke sekolah. Fazira dah melompat-lompat teruja. Dia pulak yang excited terlebih.

"Entah-entah Jimi tak yang kasi."

"Eh kau ni. Takkanlah. Baru hari tu dia nampak macam pelik sikit kau dah syak bukan-bukan."

"Taklah. Aku cuma meneka. Apa kata nanti kau sembur banyak-banyak. Lepas tu, kau lalu depan dia. Biar aku usha dari jauh." Apa-apa jelah. Si Faz ni bukan boleh kira sangat. Ade je idea gila dia tu. Tapi ok lah. Kali ni idea dia boleh diterima.

Semasa waktu rehat, mereka berdua menjayakan idea biul mereka. Fazira menjulurkan kepalanya mengintai dari jauh. Jimi tengah beratur membeli makanan. Fazira segera berpaling ke belakang.

"Cepatlah. Sembur banyak-banyak." Yulia pun apa lagi. Disemburnya sebanyak mungkin. Tapi tak boleh lah banyak sangat. Kang habis perfume mahal aku. Fazira pulak dah rasa seperti perfume tersebut dituang kedalam kerongkongnya. Pahit tekaknya. Tapi demi kawan dia sanggup berkorban.

Yulia dah mula berjalan ke arah Jimi yang baru selesai membeli makanan. Jimi yang perasan akan bau tengik Yulia itu mula mengangkat kepala. Bukan setakat Jimi yang perasan. Setiap manusia yang dilintasinya pasti akan berpaling untuk mengetahui siapakah gerangan manusia yang jakun sangat tak pernah jumpa perfume tu. Kalau ada lembu pun,mungkin lembu tu pun akan berpaling melihatnya. Mungkin juga bau yang kuat itu berjaya mengarwahkan lembu tersebut.

Jimi berkerut memandang Yulia kemudian tersenyum sendiri. Hai lah, suka sangat ke dengan perfume aku tu sampai sebotol disemburnya. Sambil menggeleng-geleng dia tersenyum. Fazira yang dari tadi memerhati dari jauh mula tersengih. Berbangga kerana idea geniusnya membuahkan hasil.

Yulia melangkah ke arah Fazira dengan muka yang cuba berlagak selamba. Seolah-olah memakai perfume dalam jumlah yang mampu mengorbankan sekawan lembu itu tiada dosa baginya. Sesampai sahaja dekat dengan Fazira, Yulia segera menarik Fazira agar terlindung takut-takut nanti Jimi nampak pulak.

"Amacam?"

"Gila weh. Memang sah dia. Bukan main lagi dia senyum masa kau lalu sambil pandang-pandang kau."

"Ceh. Aku harapkan jawapan yang sebaliknya. Tapi hampeh. Jimi tu creepy lah. Dia tengok je pun aku dah seram."

"Alah, kau layan je lah. Anak menteri tu. Hari ni dia bagi perfume coco chanel. Entah-entah nanti dia bagi handbag LV pulak. Kelas kau..." Fazira dah menggedik. Perempuan miang rebung ni memang lah...

Mr Tutor (ON HIATUS)Where stories live. Discover now