Bab 44

6.9K 436 24
                                        

"Macam tu je? Kau tak pernah try ayat dia ke? Ajak keluar date ke?"

"Ajak keluar date pebendenya. Aku tak pernah confess pun."

Straw dibawa ke mulut. Air green tea itu disedut sedikit.

"So bila kau nak confess?"

Aryan hanya mengangkat bahu. Afeef menggeleng. Aryan memang tak pernah bercinta dan tak pernah mengorat mana-mana perempuan pun. Kalau mengorat mesti lah dapat kan. Tengok rupa lah.

Afeef pun kadang-kadang terasa seram jugak kot-kot lah Aryan ni bengkok kat mana-mana kan. Tapi dia percaya Aryan ni straight cuma dia tak berminat kat mana-mana perempuan.

Dan jadi kerja pulak dia kena mengajar si Aryan ni mengorat awek. Kalau awek biasa-biasa tu boleh lah. Tapi mengenali Yulia untuk 3 hari sahaja, rasanya agak susah.

"Boleh tolong tak ni?"

Afeef buat-buat berfikir. Macam mana aku nak tolong. Aryan dengan Yulia ni dua-dua kayu yang macam takde perasaan.

"Ok macam ni. Pertama, nak mengorat awek ni..."

                         🌸🌸🌸🌸

Mulut kena manis. Ya. Itu kata Afeef. Tapi macam mana nak bermulut manis? Sungguh dia tak reti.

Dia berdiri di pintu dapur. Yulia sedang memasak di dapur. Mama menanggalkan apron.

"Yuya, mama nak naik kejap. Nak solat isyak."

Yulia hanya mengangguk. Puan Asnida memandang Aryan pelik. Dah kenapa tiba-tiba masuk dapur ni. Aryan hanya tersengih. Puan Asnida berlalu dari situ.

Aryan mendekati Yulia yang sedang mengacau lauk di dalam periuk tu. Yulia hanya menoleh memandangnya sekejap sebelum kembali fokus pada kerjanya.

Aryan pulak masih membisu. Tak tahu nak cakap apa. Mulut dia ni tahu menyakitkan hati Yulia je. Mana pernah nak manis. Hmm mungkin kena bagi pickupline kot.

"Tepi sikit."

Aryan menepi bagi memberi laluan Yulia nak ambik garam. Lepas siap menabur garam ala-ala salt bae, sekali lagi Yulia dihalang oleh tubuh tinggi lampai Aryan ni.

"Encik Aryan, boleh tepi sikit. Ni kenapa tiba-tiba menempel kat sini ni?"

"Nak dengar pickupline tak? Hujan ni suhu dia sejuk, sama macam awak, bila dekat dengan awak sejuk je hati saya."

Yulia berkerut memandang Aryan. Apa kena ni? Ber chia-chia tengah-tengah dapur ni? 

"Kau dah kenapa? Demam lagi ke?"

Alamak. Tak jadi nampaknya. Aryan menggosok belakang tengkuk.

"Tau tak apa beza kau dengan garam? Garam letak dalam makanan, tapi awak letak dalam hati saya. Cia cia cia."

Astaghfirullah. Kena sampuk dengan roh jep sepah ke ni. Asyik nak bagi pickupline je ni.

"Aryan, kau ok tak ni? Kalau demam lagi aku nak bagitahu mama."

Aryan terdiam. Sebelum aku dipaksa makan ubat baik aku diam.

"Tak sweet ke?"

"Sweet? Pickupline merepek macam ni kau cakap sweet?"

Merepek? Sadis betul. Penat aku fikir nak buat pickupline ni. Melihat muka kecewa Aryan, Yulia cuba cover.

"Sweet tu tak perlu dengan kata-kata. Kalau perbuatan tu sweet, itu lagi sweet." Sebuah senyuman semanis madu dihadiahkan buat Aryan. Aryan dah terbang ke langit.

Mr Tutor (ON HIATUS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang