Yulia menelan liur. Kesat terasa melalui kerongkongnya. Wajah berkedut itu dipandang. Ingatkan Fathia datang seorang diri, rupanya dengan nenek sekali. Nak salam ke tak ni?
Haishh, aku ni bukan tak suka dan nak berkurang ajar dengan orang tua. Tapi kalau orang tu yang tak suka aku, aku nak react macam mana. Monolog dalaman yang hanya didengari oleh Yulia. Namun salam tetap dihulur.
Nenek Asiah menyambut baik salam Yulia. Senyuman nipis diukir kepada Yulia. Ookkk, this is weird. Yulia memandang nek Asiah dengan kening yang hampir bercantum. Kenapa nenek tiba-tiba baik ni? Agenda yahudikah?
Aryan yang baru selesai bergayut di dahan mana entah, teruja sebaik sahaja nampak muka nek Asiah di ruang tamu.
"Eh, nenek datang sekali. Ingatkan Fathia datang sorang."
Dan entah apa lagi yang dibualkan oleh Aryan dengan Nek Asiah. Tak sempat pulak Yulia dengar. Dia meminta diri ke bilik. Nak mandi katanya.
🍥🍥🍥🍥
Malamnya, Fathia, Yulia dan mama memasak makan malam di dapur. Kali ni nenek Asiah tak dibenarkan oleh mama untuk join sekali. Katanya kesian nenek penat nak berehat.
Walaupun sebenarnya Yulia berharap sangat Nek Asiah join sekali. Maklumlah, Yulia sekarang kan dah terer dah masak memasak ni. Teringin jugak dia nak tunjuk skill depan Nek Asiah yang kutuk dia tak pandai potong bawang haritu.
Yuya, tak baik berdendam. Mana ada berdendam. Tunjuk skill je.
"Masak apa?" Panjang umurnya, elok Yulia mengumpat Nek Asiah dalam hati, muncul beliau di dapur.
"Masak lemak cili api. Fathia pulak masak paprik ayam. Mak suruh katanya."
"Haah. Mak yang suruh. Nak tolong apa-apa ke?"
"Tak payah lah, mak. Mak duduk je kat luar dulu. Nanti dah siap Nida panggil. Ni ada dua anak dara ni dah cukup dah."
Yulia tersengih memandang Nek Asiah. Nenek, taknak tanya ke Yuya masak apa? Malangnya Nek Asiah hanya memandangnya sekilas sebelum berlalu keluar dari dapur.
Yulia mencebik dalam hati. Walaupun tugas dia goreng sayur je, tapi nak lah jugak eksyen depan Nek Asiah. Yang kau beria sangat nak buat Nek Asiah impress tu kenapa? Haah lah? Kenapa beria sangat ni? Yulia menggeleng perlahan.
Makan malam yang senyap. Papa takde. Keluar makan dengan sahabat lama katanya. Biasanya riuh dengan mulut Aryan yang tak habis-habis mengusik dan Yulia yang asyik nak melenting. Tapi kali ni sebab ada Nek Asiah, Yulia hanya berdiam. Hanya Aryan yang masih sama mulutnya.
"Nida dah bagitau Aryan?"
Semua mata tertumpu kepada Nek Asiah dan Puan Asnida. Bagitahu apa? Nampak muka Puan Asnida yang macam serba salah dan terpaksa.
"Belum. Nanti-nantilah mak."
"Bagitahu apa ni?" Aryan menyampuk. Yelah, dah namanya dipetik sekali. Curious jugak dia. Yulia menyuap nasi ke mulut sambil memasang telinga.
"Pasal rancangan nenek nak satukan Aryan dengan Fathia lepas Fathia habis SPM." jawab Nek Asiah selamba.
"Apa?!" Jerit Aryan dan Fathia serentak.
Bukan mereka je yang terkejut, nasi didalam mulut Yulia pun terkejut sekali. Sampai melompat keluar dari mulut. Yulia segera mencapai gelas berisi jus oren didepannya.
Ishh nasi ni. Buat malu aku betul lah.Nasib baik sebutir dua je. Dorang yang kahwin aku pulak yang panas. Nasib baik takde siapa perasankannya. Yulia berlagak selamba. Muka terkejut Fathia dan Aryan dipandang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Tutor (ON HIATUS)
Novela JuvenilKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...