Bab 8

9.3K 550 6
                                    

Tik. Tik. Tik. Jam di dinding terus berdetak,ahhh. Haha. Ayda Jebat mencelah jap. Ok,ok. Serius.

Yulia menjeling jam di dinding. Ada 45 minit lagi. Fuhh. Soalan di depan matanya ditatap. Please. Please. Ingat balik. Wajah taeacher masdiana terbayang di minda. Kalau volume dengan temperature?

Charle's Law. Tangannya mula menulis jawapan. Please lah. Dua minggu yang bersisa sebelum exam digunakan sebaiknya. Harap-harap lah berbaloi.

Prittt! Wisel ditiup. Yulia menghela nafas berat. Sekurang-kurangnya adalah jugak yang dia boleh jawab. Yulia melangkah ke luar kelas.

"Fuhh. Berpeluh aku jawab fizik. Tu baru fizik. Belum addmath lagi. Kau amacam? Okay tak?"

"Better kot. Dari sebelum ni. Aku penat lah. Balik dulu lah." Yulia melangkah longlai menuju ke basikalnya. Fazira memandang pelik. Kata better. Yang moody semacam ni kenapa.

                         🌸🌸🌸🌸

Kalendarnya diperhatikan. Bulatan merah itu direnung. Esok. Esok merupakan harinya. Addmath war. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Phone nya dicapai.

'Assalamulaikum. Bz x?'

'Waalaikumussalam. X. Knp?'

'Esok aku exam addmath.'

'K. Good luck.'

'Since kau x bz. Tlg aku mlm ni.'

'Siesly? Mlm? Rmh kau?'

'Klau kau x ksah lha. Aku g rmh kau pown xpe.'

'Eh xpe lh. Aku g rmh kau. Lps maghrib aku smpai.'

                        🌸🌸🌸🌸

Tok! Tok! Tok! Yulia melangkah ke pintu. Sebaik pintu dibuka, terjengul wajah macho Aryan. Sweater hitam yang disingsing lengannya dengan t-shirt putih di dalam berjaya membuatkan Yulia terpaku sesaat.

"Asal. Baru hari ni perasan aku hensem?" Rambutnya disisir menggunakan jari. Ceh.

"Jangan nak perasan. Masuk lah."

"Eh, Aryan. Ada apa ni. Tak pernah-pernah datang malam-malam ni." Tegur Puan Maryam sebaik sahaja Aryan melangkah baru 20 tapak.

"Yo...yuya yang suruh datang auntie. Dia cakap besok dia exam addmath."

"Ohh...yeke. Korang duduk kat ruang tamu atas lah. Tenang sikit nak belajar."

"Ok ma." Mereka mendaki tangga ke tingkat dua.

Yulia mendengar dengan tekun setiap patah kata yang keluar dari mulut tutornya. Walaupun kadang-kadang mamat ni masuk air, tapi memang setiap apa yang diajar dan diberitahu oleh Aryan sangat berguna.

Katanya itu cara dia untuk menjadikan addmath sebagai subjek yang mudah dan senang. Memang brilliant berlian betul mamat ni.

Sesi coaching mereka berlanjutan sehingga hampir ke pukul 11 malam. Namun Yulia masih tak terasa hendak berhenti. Walaupun kadang-kadang rasa mengantuk menyapa memberi salam.

"Yoyo, dah lah tu. Nak exam kena tidur awal. Lebih-lebih lagi addmath. Esok kau nak guna sepenuhnya otak kau tu."

"Ala, tapi banyak lagi yang aku tak master ni."

"Kau nak master dalam satu malam memang tak la. Tu la awal-awal dulu taknak belajar."

"Amboi. Kasar nampak. Ye la,ye la. Pergi lah balik. Dari tadi lagi duk jeling-jeling jam tu."

"Hahaha. Tidur ye sleeping ugly. Aku balik dulu. Nightmare. Assalamualaikum."

"Dah, dah. Balik cepat. Waalaikumussalam." Yulia pura-pura menghalau.

                       🌸🌸🌸🌸

Bismillah. Sebaik sahaja kertas soalan dibuka, dah sebuku doa dibaca. Moga Allah permudahkan dan dipelihara ingatannya. Walaupun Yulia takdelah boleh jawab sangat, tapi dia rasa better lah kot dari sebelum ni. Memang blank habis.

Tiba di pertengahan kertas soalan kertas 1 addmath,Yulia dah mula menguap. Ya Allah jangan lah. Jangan lah mengantuk. Semalam dia degil. Tak dengar nasihat Aryan. Dia berjaga sehingga ke pukul 3 semalam. Menyesal sekarang pun dah tak guna.

Berkali-kali Yulia tersengguk untuk menghabiskan soalannya. Terlelap pun ada seminit dua. Yulia mula menampar-nampar pipinya.

"Come on, Yulia. Takkan kau nak sia-siakan apa yang kau study sebelum ni." Bisiknya pada diri sendiri.

Soalan differentiation kembali difokuskan. Sedaya upaya dia mengerah otaknya. Seminit dua sebelum pandangannya mula kabur...

Yulia terpisat-pisat membuka mata. Ya Allah. Aku tertidur. Ya Allah macam mana ni. Dia lekas memandang jam di dinding. Ada 45 minit lagi sebelum waktu tamat. Sempat. Mesti sempat.

45 minit yang berbaki digunakan sebaik mungkin oleh Yulia. Berusaha dia menjawab semua soalan sekadar yang mampu. Walaupun dalam masa yang singkat, Yulia berusaha mengerah otaknya sedaya upaya.

Yulia melangkah keluar kelas dengan langkah yang longlai. Dia hanya mampu bertawakkal agar semuanya baik-baik sahaja.

                          🌸🌸🌸🌸

Minggu peperiksaan berakhir dengan baik. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang tak diingini berlaku. Habis peperiksaan awal tahun serasa habis SPM sahaja lagaknya. Yulia dah terasa seperti ingin membuang semua buku-bukunya. Tu baru exam macam ni. Belum SPM lagi. Kalau SPM agaknya dah bakar buku dah sekarang.

Yulia sedang menonton televisyen sambil menggigit epal hijau di tangan. Cuti hujung minggu macam ni lepas exam rasa heaven sangat. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk. Mama ni, tak bawak kunci ke. Malas pulak nak bangun.

Yulia melangkah longlai ke pintu. Pintu dibuka sambil dia terus berpaling untuk masuk semula ke rumah.

"Ehem." Bunyi deheman seseorang mematikan langkahnya. Suara itu. Adakah...

Yulia berpaling perlahan-lahan. Aryan tepat memandangnya sambil mengangkat kening. Homaigoddd....

Tanpa sepatah kata mahupun bunyi, Yulia sudah berdesup berlari ke tangga dan terbang ke tingkat atas. Ya Allah malunya. Kenapa dia datang hari ni. Bukan aku cakap tak payah datang ke.

Yulia segera menyarung cardigan dan tudungnya. Malunya nak turun bawah. Sebaik berada di anak tangga terakhir, kedengaran suara mamanya berborak dengan Aryan. Yulia melangkah perlahan ke arah mereka.

"Ok lah Aryan. Auntie ke dapur dulu. Nanti kita minum petang sekali." Seperti biasa Puan Maryam mempelawa. Aryan hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Kenapa kau datang hari ni. Dah lah tak bagitau."

"Eh,salahkan aku pulak. Kau tu. Lain kali nak bukak pintu tu pakai lah elok-elok dulu. Ni main bukak je. Mana nak tahu kan sapa kat luar." Malu pula Yulia ditegur begitu. Salah dia jugak.

"Hmm. Sori." Sori lah sebab free je kau dapat dosa hari ni.

"Sokay. So mana soalan exam kau hari tu." Pandangan pertama belum dosa lagi Aryan. Ye ke pertama. Kau tak alih pun pandangan. Tak sempat nak alih. Dia dah berdesup terbang ke atas.

"Jap. Kau tak jawab lagi soalan aku. Kenapa kau datang hari ni. Chat aku tak sampai eh." Yulia mula check phone nya.

"Sampai. Tapi aku memang nak datang. Kau ni dah kena sindrom habis exam."

"Sindrom habis exam?"

"Yup. Kelakuan dimana kau akan rasa macam dah habis belajar padahal kau baru habis exam biasa. Belum betul-betul lagi." Dengan confident Aryan menerangkan.

"Ohhh...." Panjang jawapan Yulia. Baru faham. Patutlah aku rasa macam tu. Bahaya betul. Nasib baik Aryan bagitau.

Aryan menahan gelak. Very innocent Yulia. Nak terkucil dia menahan gelak. Yulia merenungnya pelik. Dia cuba meneutralkan wajahnya tapi tak boleh. Last-last, berguling-guling dia gelak.

Kuang aja punya lelaki. Tipu aku rupanya. Yang aku pun bodoh sangat pergi percaya buat apa. Yulia menjeling geram.

Mr Tutor (ON HIATUS)Where stories live. Discover now