Pisau ditangan dipegang erat. Bukan tak pernah masuk dapur, tapi bila banyak mata memandang ni berpeluh jugak dibuatnya. Lily menjeling Nek Asiah dari ekor matanya. Elok sahaja dia duduk di kerusi sambil menyisip jus oren. Yulia dengan Fathia pulak yang cuak melihatkan situasi sekarang. Macam-macam betul la nenek ni.
"Emm, bukan ke nenek suruh Thia dengan Kak Yuya masak untuk lunch." Dalam takut-takut, Fathia mencuba nasib. Yulia mengangguk mengiakan. Seingatnya tadi mereka berdua ditugaskan untuk sediakan makan tengahari.
"Korang berdua masak la benda lain. Goreng sayur ke, potong buah ke, buat air ke." Nek Asiah bersuara sambil menyisip lagi jus oren di tangan.
Lily hanya memasang telinga sambil tangannya lincah membuat kerja. Bukan biasa-biasa Nek Asiah ni punya ujian, ikan keli yang disuruh siang. Tak kena cara, hanyir la ikan keli ni. Sia-sia je masuk tong sampah nanti.
Yulia yang tengok pon cuak. Kalau dia ni awal-awal dah angkat bendera putih. Kagum dia tengok Lily yang nampak tak kekok langsung. Macam dah biasa buat kerja-kerja macam ni.
Aryan yang turut berada di sisi Nek Asiah turut takut dan cuak pada mulanya, tapi melihatkan skill menyiang ikan Lily, dia mula menaruh kepercayaan pada Lily. Go Lily, go. Chaiyok.
Nek Asiah hanya memandang sambil mengangkat kening. Dalam diam, dia memuji dan mengagumi Lily. Hmm. Boleh tahan.
"Pandai kamu siang ikan. Dah biasa siang ikan keli?"
Lily berpaling sekilas sebelum menjawab.
"Haah Nek. Dulu ibu ada buat katering, saya selalu jugak tolong-tolong ibu dulu. Reti la sikit benda-benda macam ni."
"Ouhh..." bukan Nek Asiah, sebaliknya mereka bertiga yang bersuara. Sibuk betul.
🌸🌸🌸🌸
"Burp. Alhamdulillah." Aryan tersandar kekenyangan. Power betul air tangan Lily. Dua kali Aryan tambah nasi.
"Tak senonoh betul la Aryan ni, depan tetamu pun sendawa bersepah." tegur Puan Asnida sambil menggeleng. Pinggan kotor dikutip.
Aryan hanya tersengih.
"Hehe sorry. Sedap sangat Lily masak." Pinggan ditangan Puan Asnida diambil dan dibawa ke sinki.
"Thank you Lily." Bisik Aryan perlahan kepada Lily yang sedang membasuh tangan di sinki. Terperanjat Lily dibuatnya. Dia hanya tersenyum nipis.
"Oh mak kau" Yulia yang tengah curi-curi pandang Aryan dan Lily ditepi sinki tu tiba-tiba termelatah.
"Kenapa Yuya?" Tanya Puan Asnida. Semua mata sedang memandangnya.
"Eh. Haha. Takde apa. Ada lalat. Yuya terkejut." Jawab Yuya sambil tersengih.
Dia menjeling Fathia di sebelah. Boleh budak tu buat-buat tak bersalah sambil sambung menyapu, padahal dia yang beria menyiku Yulia tadi sampai dia termelatah. Semata-mata sebab nak tunjuk Aryan dan Lily yang sedang berbisik tu. Yulia sambung mengelap meja.
"Kak Lily, tinggal je kat situ. Nanti Yuya cuci." Tegur Yulia sebaik sahaja dia nampak Lily yang berura-ura nak menyuci pinggan di sinki.
"Eh takpe, dah alang-alang ni..."
"Tinggal je, nanti Yuya basuh. Jom gi depan. Nenek panggil rasanya tu." Sampuk Aryan sebelum berlalu ke depan.
"Mama nak gi depan. Korang settle la ye." Puan Asnida turut berlalu.
Fathia yang dari tadi busybody, terjenguk-jenguk cuba melihat ke ruang tamu. Penyapu masih setia di tangan. Yulia memandang sekilas sebelum menggeleng perlahan. Pinggan kotor di sinki dituju.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Tutor (ON HIATUS)
Roman pour AdolescentsKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...