"Ok, so untuk malam ni korang akan dibahagikan kepada 6 kumpulan. Since korang pun ada 78 orang so setiap kumpulan akan ada 13 members." Kata Abang Irfan.
Yulia dah mula gelisah. Kalau bahagi-bahagi kumpulan ni mesti ada fasi untuk setiap kumpulan kan. Tangannya dah sejuk berpeluh. Ya Allah kau jauhkanlah aku dari segala apa yang memudaratkan aku. Doanya sesungguh hati. Macam teruk sangat je Aryan tu kan.
Bukan dia je. Orang lain pun bila dah dengar kena buat kumpulan, mula lah kecoh nak pilih siapa yang jadi ahli kumpulan. Lagi-lagi perempuan. Biasanya budak-budak bajet hot ni taknak campur dengan pelajar-pelajar lain ni.
"Ok,ok. Bertenang. Memandangkan abang dah boleh agak kekecohan ni berlaku dan untuk mengelakkan perang dunia ketiga, so disini ada senarai nama untuk setiap kumpulan. Amacam? Bijak tak kitorang?" Tanya Abang Afeef sambil menjongket kening.
Dengar je kata-kata Abang Afeef tu, semua senyap. Apa yang bijaknya? Lagi tak best kalau dah decide awal-awal group mana. Bagi Yulia pulak, dia tak kisah pun walaupun dia bukan kenal sangat semua ahli batch dia, tapi masa ni lah nak kenal pun. Ye idok?
"So, grup pertama sila buat bulatan kat depan ni okay. Nama yang pertama, Izuddin Aiman bin Ahmad Mazlan, Fariz Zuhair bin Saleh Yaakob, Muhd Qalish Aiman bin Kasman, Syed Saifullah bin Syed Amir, nama-nama yang abang dah sebut boleh terus buat bulatan."
Mereka bergerak membuat bulatan di ruang hadapan dewan. Lupa nak cakap, kerusi dah dialihkan untuk slot malam tu so diorang akan duduk atas lantai je. Tak kotor pun. Diorang semua bare foot dalam dewan ni.
"Ok, sambung. Ain Fazira binti Anas Mikail..."
Sebaik namanya disebut, Fazira dah tersenyum girang. Perlahan-lahan dia membuat aksi yes! (Alaa, yg gnggam tgn sambil trik ke bwh tu). Suka lah dia. Dapat satu kumpulan dengan Izzue dia tu. Laju je Fazira menuju ke arah kumpulannya.
Punya lah lama nak tunggu namanya disebut, beberapa kali dia menguap. Hai lama lagi ke. Sampai lah kepada kumpulan yang kelima, barulah namanya disebut.
"Dahlia Yuliana binti Abdul Malik..."
Dia yang tengah menguap entah kali yang keberapa masa tu tertelan kuap sendiri. Elok punya timing. Masa aku menguap ni lah nak sebut nama aku. Dia menuju ke kumpulannya, kumpulan 5.
Aryan tersenyum. Dia menuju ke arah Abang Irfan lalu membisikkan sesuatu. Masa tu Yulia tak perasan sebab tengah sibuk tilik jari sendiri.
"Ok, untuk fasi pulak, setiap kumpulan akan ada 2 orang fasi..."
Yulia dah menelan liur. Alahai. Ni yang takut nak dengar ni. Dia bukan nak perasan ke apa, tapi rasanya dari tadi lagi Aryan pandangnya sambil tersenyum jahat. Mana dia tak fikir bukan-bukan.
Bila Abang Irfan sebut sorang-sorang nama fasi untuk setiap kumpulan, betapa dia berdoa agar nama Aryan disebut sebelum sampai turn kumpulannya.
"Ok kumpulan 5, abang hot kita Abang Aryan dan Abang Afeef."
Damn! Dah agak dah. Muka Aryan yang tersenyum jahat menuju ke arah kumpulannya tu dijeling. Hish. Menyampah betul. Kat rumah tengok muka dia. Kat sini tengok muka dia.
Tania yang kebetulan berada sekumpulan dengan Yulia dah tersengih-sengih gedik. Yulia menjeling menyampah. Kenapa lah nasib aku malang sangat. Dengan Tania lagi, Aryan lagi. Dia mengeluh lemah...
🌸🌸🌸🌸
Ice breaking. Sorang-sorang memperkenalkan diri masing-masing. Setakat ni Aryan masih belum bercakap lagi. Afeef je yang banyak cakap. Mamat tu memang suka bercakap.
"Nama saya Dahlia Yuliana, boleh panggil..."
"Yoyo."
Semua senyap memandang tuan empunya suara. Afeef berkerut kening memandang Aryan. Adakah ini...
"Nope, Yuy..."
"Yoyo. Why not? Sounds cute." Afeef mencelah. Erghh kenapa diorang ni.
Afeef menahan gelak. Budak comel ni rupanya Yoyo Aryan. Muka cemberut Yulia dipandang. Comel. Patut lah Aryan suka mengusik budak comel ni.
Yulia pulak dah menjeling geram. Haii sabar jelah.
"Suka hati korang lah nak panggil apa pun."
Aryan menahan gelak. Ni baru permulaan ye Yoyoku sayang...
🌸🌸🌸🌸
Yulia memandang jam ditangan. Kelip mata beberapa kali sebelum otaknya mula berfikir. Ya Allah! Dia bingkas bangun. Dorm dah kosong! Pakaiannya ditukar tanpa mandi terlebih dahulu. Nak mandi apa bendanya, dia dah diambang maut ni.
Sementara tu...
"Since semua dah beratur ikut kumpulan, so kira ahli kumpulan masing-masing. Takut ada yang tak cukup."
Semua buat tak tahu je. Macam confirm je cukup. Yulia yang masa tu dah mengintai disebalik pokok menarik nafas lega. Dia ingat nak mencelah masuk senyap-senyap je nanti sehinggalah seseorang berbunyi.
Popi yang perasan akan ketidakhadiran Yulia memaklumkan pada Naim, ketua kumpulan mereka.
"Mana dia? Haishh budak ni suka sangat cari masalah."
"Entah. Pagi ni rasanya aku belum nampak lagi dia. Eh tapi jangan bagitau fasi-fasi tu. Kang satu kumpulan ni kena."
Speak of the devil, baru je cakap, Abang Afeef yang terlebih prihatin tu dah tercongok di tepi mereka.
"Haa, kenapa ni kecoh-kecoh ni?"
"Eh, takde apa bang."
"Yoyo mana?" Satu suara menyampuk. Terdiam mereka semua.
Afeef baru perasan sorang ahli kumpulan mereka tak ada. Ramai-ramai macam tu memang lah tak perasan. Si Aryan ni cepat pulak perasannya. Afeef dah fikir lain.
Yulia pulak dah rasa macam tak boleh bernafas walaupun duduk dibelakang pokok pembekal utama oksigen. Mati aku...mati aku...
Dah hbis bace? Sila tekan vote and comment below 👇
YOU ARE READING
Mr Tutor (ON HIATUS)
Teen FictionKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...