Bab 10

9.1K 522 18
                                        

Yulia meletakkan kepala ke atas meja. Mengantuk lah pulak. Sekarang kelas Bahasa Inggeris dan teacher Fadzilah tak ada kerana menghadiri mesyuarat dengan guru-guru SPM yang lain. Fazira di sebelah sibuk bersembang dengan Hani yang duduk dibelakangnya.

"Weh." Fazira mencucuk lengannya. Mata yang baru terpejam segera dibuka. Pehal minah ni. Orang kalau dah mengantuk. Jangan dicari pasal. Kang ada yang ditendang sampai ke pintu pagar sekolah nanti.

"Hmm." Mata dipejam semula.

"Apa cer kau dengan abang Aryan."

"Apa cer apa?" Yulia menjawab malas.

"Hadiah." Yulia membuka mata.

Sebaik sahaja Aryan melabuhkan punggung, Yulia dah menadah tangan sambil sebelah lagi tangannya meletakkan kertas peperiksaan addmathnya diatas meja. Aryan mengangkat kening. Nak pau aku ke?

Yulia pula membuat isyarat mata ke arah meja. Dah tak reti bercakap ke diorang ni. Aryan segera mengalih pandangan ke atas meja. Dia tersenyum.

"Lulus jugak kau."

"Lulus lulus jugak. Mana hadiah aku?" Sambil menadah tangan Yulia bertanya. Tak malu betul perempuan ni. Aryan tersenyum sinis.

"Alamak. Aku lupa lah nak beli. Apa kata macam ni. Aku bawak kau pergi tengok wayang. Amacam? Lepas tu kita pergi jalan-jalan. Makan-makan." Yulia menyengetkan mukanya. Dah buang tebiat ke apa ke mamat ni?

"Tengok wayang? Dengan kau? Taknak lah aku." Yulia menjuihkan bibirnya. Aryan tersenyum. Ye. Dia sangat berbeza. Sangat menjaga. Itu yang dia nampak pada Yulia. Hari tu pun bukan main merah padam lagi muka Yulia semasa dia menolong gadis itu.

Nak aje dia tersengih. Comel je minah ni bila malu-malu macam tu. Tapi karang tak pasal-pasal ada yang kena sepakan penalty seliuh pinggang kang. Jadi dia cuma menseriuskan muka dan berlagak selamba. Dia tahu yang Yulia akan menolak keluar dengannya. Saja mencuba nasib.

"Ceh. Janji melayu. Janji ditepati lah sangat."

"Ni bukan janji melayu semata-mata. Ni perjanjian inggeris-belanda sekali tau." Aryan tergelak. Helleh. Nak bagitau yang kau tu kacuk bermacam-macam lah tu. Lots of mix?

"Apa-apa jelah. Kalau kau datang bukan sebab nak bagi hadiah, then sebab apa? Bukan mama cakap aku cuti ke hari ni?"

"Datang tengok anak murid. Salah ke? Kau macam mana? Dah okey?" Segan pulak Yulia bila Aryan cakap macam tu. Terasa panas mukanya. Aryan pulak duk tersenyum sambil pandang wajah Yulia. Seronok dia mengusik. Kecik-kecik dulu mengusik lain, sekarang dah besar lainlah caranya. Banyak lah kau punya lain. Tak habis-habis nak mengusik.

"Hmm. Ok dah. Bukannya teruk pun."

Dan rancak pulak mereka berbual. Yulia macam agak terpaksa melayan sebenarnya. Yelah dah tiba-tiba dia datang. Takkan nak lari. Elok pulak dia bercakap hari ni. Walaupun agak kekok, yelah sebab selama ni Aryan memang keje membulinya saja. Tapi Yulia melayan jugak mamat ni bertanya itu ini.

Masa nak balik, Aryan menghulurkan sesuatu untuknya. Paper bag yang cantik. Dia mengangkat kening.

"Hadiah lah. Kang  kalau aku tak bagi kau mogok taknak makan seminggu pulak."

"Ceh. Takde masa aku nak mogok benda macam tu. Kalau aku nak mogok pun takkan aku skip waktu makan aku." Aryan tergelak. Mengenali Yulia yang dulunya budak comel yang montel, dia hairan macam mana Yulia boleh kurus seperti sekarang.

Malam itu, Yulia membuka paper bagnya. Wahh. Tudung bawal bercorak apa entah. Tapi cantik sangat. Warna plum pulak tu. Warna kegemarannya. Tiba-tiba dia ternampak sekeping kad kecil di hujung katil. Eh, excited punya pasal sampai tercampak kad tu.

'Tahniah atas kejayaan kau. Tudung ni aku rembat dari almari arwah nenek aku tau. Jaga baik-baik. Nanti roh dia terbang melayang cari kau. Hahaha. Kipidap.

Yang benar,
Jejaka hot idaman Yoyo'

Bila masa pulak aku mengidamkan kau? Yulia tersengih. Kalau nenek kau pakai tudung macam ni memang vogue gila lah nenek kau. Yulia mula menggayakan tudung itu ke kepalanya. Berbaloi tidur malamnya yang terpaksa dikorbankan demi untuk addmath terchenta.

Yulia tersengih sendiri. Fazira yang pula dah naik seriau melihat. Kena sampuk ke apa ni. Soalan aku tak dijawab tapi dia duk tersengih sorang diri.

"Woi! Aku bukan suruh kau tersengih macam beruang kutub kena geletek. Aku tengah bertanya ni." Panas pulak hati Fazira melihatnya. Yulia terpisat-pisat bangun.

"Apa dia?" Eh geram pulak aku. Dah lah berzaman dia berangan ingatkan nak recall balik. Tapi last-last tersengih sorang-sorang. Mana tak lama berangan. Nak dekat satu chapter jugak.

"Oh,hadiah. Kau datang rumah aku lah nanti. Aku tunjuk." Fazira mengangat tanda beres. Dah angau ke apa si Yulia ni.

Mr Tutor (ON HIATUS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang