Ada lebih kurang sebulan lebih je lagi sebelum SPM. Yulia pun dah semakin busy. Dengan kelas petang lagi, malam lagi. Malam tu dia balik rumah dengan menumpang Harraz.
Keluar daripada kelas tadi dia menerima whatsapp daripada Aryan yang menyuruhnya menumpang Harraz.
Pelik dia dibuatnya. Kenapa? Ada apa-apa jadi ke?
Dan sekarang dia berdiri di depan pintu rumah. Dalam rumah pulak nampak macam gelap. Nak kata takde orang, kereta semua ada. Nak masuk ke tak nak ni.
"Yuya."
Terkejut Yulia dibuatnya. Dah lah malam-malam, dengan rumah yang gelapnya lagi. Dia berpaling.
Harraz sedang memandangnya dengan seraut senyuman di bibir. Senyuman sweet pencair hati setiap wanita tulah.
"Kenapa tak balik lagi?"
"Actually saya nak bagi besok je. Tapi saya nak jadi yang pertama, so nah. Walaupun ada lebih kurang setengah jam lagi pukul 12. Happy birthday Yuya. Semoga Allah kurniakan awak apa yang terbaik untuk hidup awak."
Harraz menghulur kotak di tangan. Yulia tak perasan pulak Harraz pegang tadi. Dia tersenyum sambil mencapai hadiah tersebut.
"Seriously Harraz saya tak ingat langsung esok birthday saya. Thank you so much."
"Most welcome. Macam mana nak ingat. Awak dah macam zombi nak dekat SPM ni."
Yulia hanya tergelak.
"Ok lah saya balik dulu. Goodnight. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Hilang perasaan takut Yulia tadi lepas dapat hadiah dari Harraz. Tersengih je dia sambil membuka pintu rumah.
Menggagau dia mencapai suis lampu.Sebaik sahaja lampu terbuka...
"Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Dahlia Yuliana
Allah selamatkan kamu."Mama, Papa dan Aryan keluar dari dapur dengan membawa kek di tangan Aryan. Suara mama je yang dia dengar masa menyanyi tadi. Semangat betul mama sampai tenggelam suara yang lain.
Puan Asnida memeluk Yulia erat.
"Happy birthday sayang. Semoga Allah berikan kejayaan di dunia dan di akhirat untuk Yuya. Semoga berjaya dalam SPM nanti."
Yulia tak tahu nak bereaksi macam mana. Sungguh dia terharu. Terharu dengan kebaikan hati keluarga Puan Asnida yang tidak lokek mencurahkan kasih sayang buatnya.
Dia memeluk Puan Asnida erat. Tak nak nangis tapi air matanya tetap juga menitis setitis dua.
"Terima kasih sangat-sangat mama. Yuya sayang mama."
"Kami pun sayang Yuya jugak."
"Mama je ke?" Aryan bersuara. Penat tau tatang kek ni. Yulia tergelak.
"Nak cakap lah ni. Terima kasih pa, double terima kasih untuk 'abang' Aryan sebab tolong bawak kek sekali."
Kek diletak di atas meja. Yulia masih lagi dengan beg dibelakang dan hadiah Harraz di tangan.
"Letak lah dulu beg tu. Tu hadiah siapa yang bagi? Ingatkan nak jadi first wisher rupanya ada yang lagi awal. Fazira ke bagi?"
Tegur Puan Asnida. Dia saja buat surprise awal sikit dari pukul 12 sebab nanti kalau lewat Yulia tertidur pulak. Lagipun hari ni kelasnya habis agak lewat jadi mestilah dia penat.
YOU ARE READING
Mr Tutor (ON HIATUS)
Подростковая литератураKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...