"Aryan. Panggil Yuya masuk." Suara Puan Asnida menyedarkan Aryan yang tengah mengelamun tu.
Aryan bangun menuju ke luar. Gazebo dituju. Yulia duduk memeluk lutut di situ. Aryan hanya berdiri di situ.
"Yuya."
Yulia langsung tak bergerak. Matanya terpaku pada kegelapan malam yang disimbahi cahaya bulan di depan. Entah apalah yang dipandangnya.
"Jom masuk. Dah lewat ni. Tak elok duduk kat luar."
Sekali lagi arahan Aryan hanya dibalas dengan kebisuan Yulia. Sejak peristiwa itu, Yulia langsung tak bercakap. Makan pun hanya bila lapar nak mati. Itu pun makan punya lah ciput. Sampai kurus kering jadinya.
Pengebumian ahli keluarganya semua diuruskan oleh keluarga Aryan. Nenek dengan atuknya memang dah lama pergi menghadap Ilahi. Ayahnya pula anak tunggal.
Puan Maryam pula memang anak yatim piatu sedari kecil dan diambil menjadi anak angkat oleh ibu dan bapa mertuanya sewaktu berumur 8 tahun. Hanya keluarga Puan Asnida yang paling rapat dengan keluarga mereka kerana persahabatan yang terjalin sejak sekolah rendah lagi.
Aryan dah penat memujuk. Dah 3 minggu berlalu. Keadaan Yulia tetap sama. Langsung tak berubah.
Sebelum pergi menghadap Ilahi, Puan Maryam pernah meminta Puan Asnida untuk tolong tengok-tengokkan Yulia. Walaupun Puan Asnida agak pelik pada mulanya, namun baru sekarang dia mengerti.
"Yuya. Jomlah masuk. Nanti mama risau kalau kau duduk lama-lama kat luar ni."
Yulia hanya diam. Tapi dia menurut juga. Dia tak nak menyusahkan sesiapa. Sudah cukup banyak budi Puan Asnida terhadap dia dan keluarganya.
🌸🌸🌸🌸
"Terima kasih auntie. Buat susah je. Padahal hari-hari saya datang sini."
Puan Asnida tergelak kecil.
"Tak susah pun. Bagus lah Faz datang sini hari-hari. Sekurang-kurangnya Yuya ada teman nak berbual."
Fazira hanya tersenyum nipis. Masalahnya Yulia langsung tak bersuara. Dia je yang beria bercakap. Yulia hanya mendengar dengan muka yang membeku.
Di sekolah pun macam tu. Ramai yang bersimpati terhadap nasib Yulia. Ramai yang cuba menceriakannya namun reaksinya hanya dingin.
"Korang borak lah. Auntie masuk dalam dulu." Kata Puan Asnida. Dia tak nak mengacau mereka berdua.
"Yuya. Please lah. Aku rindu kawan aku yang dulu."
Fazira tahu yang rayuannya tak akan dilayan. Setiap hari dia cakap benda yang sama. Yulia tetap sama. Membatu je. Tapi tak salah kan mencuba.
Melihatkan kebisuan Yulia, Fazira mengalah. Dia tak boleh memaksa. Dia tahu tak mudah bagi Yulia. Dia memandang landskap Puan Asnida yang cantik.
"Faz."
Fazira berpaling memandang Yulia. Betul ke apa dia dengar? Yulia ke yang panggilnya tu? Dia mengintai-ngintai ke bawah meja. Yulia menjulingkan mata. Mulalah biul dia tu datang.
"Kau cari apa. Takkan auntie Asnida pulak nak menyorok bawah meja tu."
"Manalah aku tahu. Ya Allah syukurnya aku kau dah bercakap balik. Aku dah macam orang gila tau selama ni cakap sorang-sorang."
Yulia hanya tersenyum nipis. Bukan dia saja-saja membisu.
"Terima kasih sebab hari-hari datang sini cakap dengan tunggul ni walaupun aku tak layan kau. Aku minta maaf sebab buat kau macam tu."

YOU ARE READING
Mr Tutor (ON HIATUS)
Novela JuvenilKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...