Yulia balik awal ke dorm. Tadi macam dah ok dah sikit. Ni macam sakit balik. Dia berbaring di katil sambil mengurut pinggang. Bahagian yang paling sakit. Ye lah haritu dah hampir seliuh dibuat dek doraemon.
Tiba-tiba pintu dorm nya terbuka. Alamak. Jembalang mana pulak ni. Tak kan mak anak bunian tadi kot. Aku bukan sengaja pun. Bukan aku yang sepak. Dia yang lalu.Dalam pada Yulia merepek dengan buniannya, terjengul kepala seseorang di pintu. Kak Rai dan Kak Aulia. Fuh. Yulia dah bernafas lega. Kedua-dua mereka melangkah masuk.
"Eh, ingatkan Yoyo tidur. Sebab tu kitorang masuk je. Yoyo dah ok?" Tanya Kak Aulia.
Yuya hanya mampu tersenyum. Habis semua dah panggilnya Yoyo. Ni semua sebab makhluk halus tu punya pasal. Geram betul.
"Ok. Tapi kadang-kadang tu dia macam sakit sikit."
"Ni kitorang bawak ubat ni. Akak tak tau lah membantu ke tak. Tapi Yoyo boleh cuba sapu dekat tempat sakit tu. Atau Yoyo nak akak tolong?"
"Eh, takpelah kak. Seganlah saya. Nanti saya mintak tolong kawan saya. By the way kak...emm..."
"Kenapa Yoyo? Ade ape?"
"Boleh tak kalau...lepas ni akak panggil saya Yuya?"
"Kenapa? Yuya tak suka ke? Sorilah. Akak tak tau. Yelah selama ni dengar Aryan panggil Yuya, Yoyo."
Yulia hanya tergelak. Dengar je kata Kak Aulia tu, sekarang jugak rasa nak backhand Aryan.
"Dia tu memang macam tu. Dia je yang panggil saya Yoyo."
"Korang memang dah lama kenal ke?" Soal Kak Rai yang dari tadi diam. Nampak muka macam tak puas hati.
"Dia senior saya masa sekolah rendah. Dia jugak anak kawan mama saya." Malas lah nak canang bagitau dia tu tutor aku. Kan dorang pelik pulak. Tutor apa keje nak mendajal protege je. Cewahh. Protege.
"Oh yeke. Patutlah nampak macam rapat. Yuya takpe ke tinggal sorang-sorang ni? Kalau takut akak boleh temankan."
"Eh, takpe. Saya ok je."
"Oklah kalau macam tu. Akak keluar dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Mereka melangkah keluar dari dorm lalu menutup pintu.
"Kau tak rasa ke diorang tu ada apa-apa?" Soal Kak Rai.
"Rai, kan tadi Yuya dah bagitahu. Aryan tu anak kawan mak dia."
"Yeke? Caring semacam je aku tengok. Siap suruh bagi-bagi ubat bagai." Oohh, rupanya ubat tu Aryan yang suruh kasi. Hmm, pelik ni.
"Mestilah dia rasa bertanggungjawab, dah anak kawan mak dia. Diorang pun dah kenal lama kan. Eh, dahlah. Husnudzon. Tak baik fikir bukan-bukan."
Kak Rai hanya mengangkat bahu. Dia tak rasa macam tu. Dari hari pertama jumpa Aryan lagi dia dah rasa terpaut. Cewahh. Tapi niat nak dekat dengan lelaki tu tak berjaya bila dia tengok Aryan langsung tak bercakap masa diorang berbincang. Beku betul mamat tu.
Tapi dia perasan yang Aryan rapat dengan sorang budak perempuan ahli grup dia tu. Entahlah. Susah nak husnudzon ni.
🌸🌸🌸🌸
Malam tu semua excited. Biasalah malam last macam ni semua akan get ready untuk performance. Setiap grup akan ada performance sendiri. Masa ni lah nak tengok bakat terpendam sorang-sorang.
Grup Yulia buat persembahan apa ye? Jeng, jeng, jeng. Rahsia. Ketua kumpulan bagi setiap kumpulan diminta untuk keluar mengundi. Eh dah macam PRU lak. Bukan mengundi, cabut undi.Semua nervous taknak kena first. Nasib kumpulan Yulia baik sebab diorang turn nombor 4. Terhibur jugak Yulia tengok persembahan kawan-kawannya. Berbakat rupanya diorang ni.
Kumpulan Fazira buat dikir barat. Nak berguling Yulia gelak tengok Fazira yang berdikir macam nak menari raver tu. Tak lama lepas tu naik pulak kumpulan ke dua, kumpulan Raden, ketua pss.
"Habis tu macam mana? Kau je lah ganti."
"Eh kau gila? Kau nak suruh tsunami tempat ni?"
Yulia yang terdengar perbualan tu menyampuk.
"Kenapa ni? Ada apa-apa yang aku boleh tolong?" Konon rajin. Takpelah. Sekali sekala. Fiza dan Hafiz berpaling.
"Elok sangat lah tu. Kau boleh nyanyi kan? Kau ganti Syiqin lah. Dia kena cirit birit maghrib tadi."
"What? Eh taknak lah aku."
"Habis tu takkan nak suruh Syiqin jugak. Kang tercirit atas pentas tu."
Yulia dah gelisah. Ingatkan nasib diorang baik sebab sekumpulan dengan Syiqin, penyanyi sekolah lah katakan. So bab-bab persembahan ni serah kat dia je. Tapi bila tiba-tiba jadi macam ni, susah jugak. Dah lah takde pelapis.
"Kau setuju je lah Yuya. Lagipun suara kau best kan. Kau tak kesian ke kat diorang ni. Tengok lah muka kesian diorang ni."
Sampuk Fazira tiba-tiba yang entah datang dari mana. Tangannya elok pulak mendarat di bahu sahabat baiknya tu. Tadi beria gelakkan aku kan. Ambik kau.
"Kau gila ke? Aku..."
"Plis Yuya, plis...kitorang merayu sesangat." Rayu Fiza dah macam orang merafak sembah.
Yulia menggaru kepala yang tak gatal. Biar betul korang ni...
🌸🌸🌸🌸
Turn nombor 4. Aryan dah mula mengantuk. Dia bukan suka sangat benda-benda macam ni. Lifeless. Baik layan phone. Tapi dia tak nafikan diorang ni berbakat.Bunyi tepukan gemuruh tu tak langsung mengalih perhatian Aryan dari phone nya. Memang gamers tegar Aryan ni.
Petikan gitar yang sangat merdu itu dimulakan. Hafiz memainkan peranan yang baik sebagai gitaris.
Sejenak ku termenung
Awan pun mulai murung
Tiada siulan-siulan burung-burung
Menemani hariku
Menemani sepiku
Tersiksa angkara menanggung rinduSepantas kilat Aryan mengangkat kepala. Terbeliak matanya. Gadis yang bersuara sangat lunak tu...Yulia?!
So what du yu think guys? Author plih lgu ni sbb lgu ni ssh. Tinggi and lenggok dye ssh. So klau blh nynyi tu mcm agak power lha. Haha. Bg author lha. Kot ade antara korg yg bersuara tinggi melangit.
K lha pape pon thanks sbb bce. Sila2 lha vote n comment. Klau sudi share lha 🙈

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Tutor (ON HIATUS)
Novela JuvenilKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...