Bab 48

7.4K 466 38
                                    

Yulia melipat telekung sebelum menyangkutnya. Semasa dia tunduk untuk mengambil sejadah, matanya terpandangkan kotak kayu di bawah katil.

Kotak itu dicapai. Kotak kayu yang berukiran cantik itu dibuka. Barang kemas arwah mamanya. Yulia sebak. Mama...

Semenjak kejadian tu, dia langsung tidak menyentuh kotak ini. Melihatkan barang kemas itu, memorinya berputar teringatkan keluarganya.

"Terima kasih mama,papa. Sebab paksa Yulia study selama ni. Carikan Yulia tutor, hantar Yulia pergi tuisyen. Alhamdulillah Yulia dah berjaya sekarang. Tapi mama, papa, kakak dengan abang tak sempat nak tengok Yulia naik pentas hari tu."

Tok! Tok!

Yulia berpaling. Pintu biliknya dibuka sedikit. Puan Asnida menjengukkan kepala.

"Yuya? Jom turun makan."

Yuya tersenyum. Puan Asnida melangkah masuk. Kotak kayu ditangan Yulia menarik perhatiannya. Dia tahu kotak tu. Punggung dilabuhkan disebelah Yulia.

"Mama Yuya mesti sangat bangga dengan Yuya. Dah lah cantik, bijak pulak tu."

Puan Asnida membelai-belai rambut curl Yulia. Cantik. Yulia tersenyum. Cantik apanya? Hidung jambu air macam ni. Tapi dah ramai cakap cantik tu, yelah kot. Hehe. Kembang jugak hidung Yulia mendengarnya.

Tiba-tiba Yulia teringatkan perbualan Puan Asnida dan Nek Asiah masa di kampung haritu. Nak tanya macam mana ya?

"Mama...arwah mama dulu ada cakap apa-apa pada mama?"

"Cakap apa?"

Hah Yuya. Cakap apa? Err...

"Macam wasiat ke. Atau apa-apa jelah. Pasal Yuya."

Puan Asnida tersenyum. Tangan Yulia digenggam.

"Arwah mama Yuya cakap dia tak ada harta yang banyak nak ditinggalkan pada Yuya. Cukuplah ilmu yang dia bagi pada Yuya. Sebab dia percaya ilmu tu harta yang tak ternilai. Sebab tu arwah mama Yuya nak sangat Yuya berjaya."

Yulia sebak mendengarnya. Puan Asnida menyarungkan sebentuk cincin permata ke jari manis Yulia yang tidak bercincin. Yelah sebelah lagi kan ada cincin tunang Harraz.

"Arwah mama jugak mintak tolong mama tengokkan Yuya. Dan carikan jodoh yang terbaik untuk Yuya."

Yang ni yang Yulia nak dengar sebenarnya. Ada kena mengena dengan Aryan ke? Yulia menunggu Puan Asnida menyambung kata.

Tapi hanya kebisuan yang dibalas. Puan Asnida menepuk lembut paha Yulia.

"Jom. Turun makan. Papa dengan Aryan dah tunggu."

"Ada arwah mama sebut pasal Aryan?"

Takut-takut Yulia bertanya. Puan Asnida memandang Yulia pelik.

"Kenapa Yulia tanya macam tu?"

Yulia tersengih. Nak bagitahu ke tak?  Nak ke taknak?

"Nenek? Nenek ada cakap apa-apa pada Yuya?" Puan Asnida mengeluh perlahan.

"Mama mintak maaf kalau nenek ada cakap apa-apa pada Yuya. Sebenarnya...macam mana nak cakap ye." Puan Asnida menarik nafas sejenak.

"Mama ingat nak jodohkan Aryan dengan Yuya. Tapi bukan niat mama nak paksa Yuya kahwin dengan Aryan. Cuma mama dah janji akan carikan lelaki yang terbaik untuk Yuya. Dan kalau suatu hari nanti masanya dah tiba dan Yuya masih belum berpunya, mama ingat nak jodohkan Aryan dengan Yuya."

Mr Tutor (ON HIATUS)Where stories live. Discover now