Yulia memandang keluar tingkap bas. Berpaling ke sebelah, nampak Fazira tengah sedap tidur dengan mulut yang ternganga. Dia mengengsot sedikit ke arah tingkap. Baik aku jauh sikit. Takut jugak terkena tempias pili pecah nanti.
Lagu yang bergema di telinga masih tak mampu hilangkan kebosanannya. Kem Bina Diri. Entah lah. Dia pun ingat-ingat lupa nama kem ni. Kata cikgu selain menambah markah koko mereka, boleh membina jati diri apalagi entah. Dia pun malas nak ambik tahu. Asal pergi sudah.
Dah sejam lebih perjalanan. Fazira ni tayar bergolek je dia pejam mata. Bosan betul. Phone dicapai. Aplikasi wattpad dibuka. Baca wattpad lagi bagus.
Tak lama selepas tu, bas mereka mula berhenti di hadapan pintu gerbang sebuah hutan lipur. Baru dia berkira-kira nak kejut Fazira, minah tu dengan sendirinya buka mata dan bertanya.
"Dah sampai? Cepatnya. Mimpi aku baru masuk intro."
Kejadahnya masuk intro. Orang lain dah masuk epilog dah. Takkan tidur nak dekat dua jam baru takat intro?
Faz, Faz...🌸🌸🌸🌸
Bla,bla,bla. Entah apa lah yang Cikgu Khalil tu bagitau satu pun tak masuk dalam kepala Yulia. Dia sedang enak mengunyah mister potato yang lagi banyak udara dari isi tu.
"Yuya. Kau dengar tak tu?"
"Dengar apa?" Tanya Yulia dengan makanan penuh di mulut. Tak senonoh betul.
"Nanti akan ada students uni yang jadi fasi kita."
"So?" Blur sekejap sebelum dia menyambung.
"Dah, dah. Kau tak payah nak buat gedik kau eh. Aku taknak ngaku kawan nanti." Fazira tergelak.
"Mana ada. Kau ingat aku gedik macam Tania tu ke? Aku usyar-usyar sikit je."
Sukati kau lah Faz. Usai briefing, mereka menuju ke tempat penginapan. Mereka akan menginap di tempat yang macam hostel yang disediakan disitu. Dua buah bilik untuk lelaki dan dua buah bilik untuk perempuan.
Setiap bilik mampu menempatkan sehingga 20 orang pelajar. Yulia tak fikir apa dah. Sampai je katil terus dia melekat disitu. Petang nanti baru bermula slot pertama mereka. Rehat lu.
🌸🌸🌸🌸
Fazira menjeling bosan. Bila agaknya students uni tu nak datang. Bosan lah dengar ceramah cikgu kaunseling ni. Benda sama jugak yang orang cakap tiap kali kem motivasi. Rungutan dari seorang yang tidak bermotivasi.
Muka Cikgu Baha yang semangat dalam menyampaikan kalimah-kalimahnya tu dipandang bosan. Tangannya menongkat dagu. Kerusi di dewan tu macam kerusi dekat uni yang ada meja sekali tu. Lagi syok si Faz ni tidur.
Aik? Yulia tak mengantuk ke? Biasanya mereka berdua ni dua kali lima je. Mana nak mengantuk. Dia senyap-senyap baca wattpad dekat bawah meja. Bukan dia dengar pun apa yang Cikgu Baha tu cakap. Tiba-tiba...
'Gedegang!' (Amboi bunyi)
Yulia memandang ke sebelah. Kepala Fazira dah selamat mendarat ke atas meja. Masha Allah perempuan ni. Malunya aku. Yulia pulak yang rasa malu. Dia merendahkan badannya di kerusi. Rasa macam semua orang tengok dia pulak.
Fazira yang sedar dirinya tertangkap cuba nak coverline.
"Mintak maaf cikgu. Tadi ada binatang yang lalu bawah ni. Saya terkejut, tersepak kerusi orang depan." Baik punya cover.
Entah Cikgu Baha percaya ke tak. Tapi takdelah dia marah. Cuma slot tu habis awal sikit sebab nak bagi peluang pada mereka rehat dulu sekejap sebelum solat asar.
🌸🌸🌸🌸
"Ok, so slot malam ni akan di handle oleh fasi-fasi kita yang datang dari pelbagai uni. Diorang ni volunteer untuk jadi fasi korang. So cikgu harap semua boleh bagi kerjasama. Cikgu serahkan kepada Abang Irfan, ketua fasi korang." Mic bertukar tangan kepada seorang jejaka berkulit sawo matang.
"Hai, assalamualaikum. First of all, kitorang nak mintak maaf sebab terlewat sikit sampai. Malam ni baru dapat start first slot dengan korang. So sebelum tu abang nak perkenalkan dulu fasi-fasi korang."
"Yang manis bertudung biru ni Kak Aulia, dari UKM." Gadis manis tu tersenyum.
"Sebelah dia yang berbadan sado tu Abang Fadzil dari USIM."
Dan siapa lagi yang diperkenalkan oleh Abang Irfan. Kak Jue, Kak Rai, Kak Mira, Kak Pia, Abang Afeef, Abang Badrul, Abang Paan, Kak Wa dan yang terakhir ni menarik perhatian Yulia.
Lelaki yang memakai sweater purple hitam tu dengan hood on hanya menunduk sambil duduk di sisi meja. Nampak ralit dengan phone. Kenapa rasa macam kenal eh. Tapi tak nampak pulak muka.
"Dan yang last, yang tengah duduk dengan cool tu, Abang Aryan..."
Omaigod. Sebaik sahaja nama tu disebut, dia sudah tak dengar apalagi yang dibebelkan oleh Abang Irfan tu. Aryan mengangkat kepala. Dia tersenyum nipis sambil mengangkat tangan menyapa. Tapi sebaik sahaja dia angkat je muka, muka terkejut Yulia yang menyapa matanya.
Seriously? Dia lagi? Mukanya terus berubah. Tak tunggu lama dia terus menunduk memandang phone nya semula. Dia tak tahu nak terkejut ke nak seronok. Seronok sebab dia dapat membuli sepuas-puasnya disini.
"Maigadd. Tu bukan Abang Aryan ke? Korang ni memang berjodoh lah." Bisik Fazira sambil menyenggol bahu Yulia. Yulia pulak hanya terdiam. Tak habis lagi terkejut.
"Mak aii hensemnya Abang Aryan tu malam ni. Kau tengok minah-minah gedik tu. Tak berkelip mata."
Yulia mengeluh. Nampaknya kem kali ni agak menyeramkan. Dapat dia rasakan aura kejahatan di mana-mana. Dia menelan liur. This is not good.
Aryan menjeling Yulia dari ekor mata. Hahaha. Tiba-tiba dia rasa tak menyesal jadi volunteer fasi kem ni. Get ready Yoyo...
Supposed to publish smlm but ade org kcau 😤 so hrini bru dpt update.
Pasal nama hutan lipur tu act author ni bkn pncinta alam sgt so x thu nme hutan2 lipur kt mlysia ni. Klau korg thu blh lha suggest.
And klau korg rse life schedule dorg ni plik, x mcm life sebenar jgn kecam author plk sbb ni sume hnye rekaan dn khyln. Xde kne mngena yg hidup mhupun mati. Mls plk author nk buat research cuti sem sgle so hrp korg trime dgn baik imaginasi author ni.
Feel free to check out cite bdk comel ni, yourhearteu , 4.30 a.m.
Dun forget to vote n comment 😉

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Tutor (ON HIATUS)
Fiksi RemajaKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...