Fazira menongkat dagu sambil merenung bosan. Dia menjeling Yulia di sebelah. Yulia sedang khusyuk mendengar. Sesekali berkerut keningnya. Fazira pelik. Sejak pagi tadi takde satu patah perkataan yang keluar dari mulut Yulia. Takkan dah taubat kot.
Biasanya Yulia lah yang paling kepoh mengajaknya bercakap masa kelas addmath. Sepanjang kelas Fazira memerhatikannya. Masa buat latihan pulak, Yulia langsung tak mengangkat kepala.
Kerap juga Yulia bertanya kepada teacher Norita soalan yang dia tidak faham. Fazira semakin hairan. Dia betul-betul nak berubah ke. Sebab nak SPM. Fazira mengeluh lemah.
Semua orang dah nak berubah. Semua dah sedar. Bila lah pulak aku nak berubah. Getus hati Fazira yang tiba-tiba merasakan cahaya keinsafan mula memasuki hatinya perlahan-lahan. Tangannya dilekapkan ke dada.
Yulia menyuap mi goreng ke mulut. Fazira pulak masih tak melepaskan renungannya. Yulia menjeling pelik. Pehal minah ni.
"Kalau kau nak mi ni cakap lah. Tak payah buat muka perogol bersiri macam tu." Yulia menolak sedikit pinggannya.
"Bukan lah. Aku ni mempunyai perasaan inkuiri yang sangat tinggi. Aku pelik lah. Kau dari tadi lagi tak bercakap. Tekun je dalam kelas. Kau demam ke."
"Haish kau ni. Aku fokus pun kau pelik. Taklah,sebenarnya macam ni..." Yulia menceritakan semuanya. Fazira dah ternganga.
"Uish. Dah main bagi-bagi hadiah pulak. Lain macam nampak." Sambil mengangkat kening Fazira mencucuk-cucuk lengan Yulia.
"Weh kau dah kenapa. Merepek je kerja. Dia just nak boost semangat aku je. Ape lah."
"Eleh. Selama ni mama kau cakap macam tu jugak. Kau tak terboost pun." Yulia terdiam. Dia nak jawab apa. Dia pun tak tahu.
"Dia kan ex-musuh aku. Mesti lah aku nak nampak hebat depan dia. Eh dahlah jomlah balik kelas."
"Ex-musuh? Dah jadi ex dah sekarang? Apa-apa je lah Yulia." Bebel Fazira sendiri sebelum dia membuntuti langkah Yulia ke kelas.
🌸🌸🌸🌸
Yulia melangkah lemah ke bilik. Penat betul dia hari ni.
"Yuya. Lewat nya balik hari ni."
"Yuya pergi jumpa cikgu kejap tadi ma. Yuya naik dulu. Penat sangat." Selepas kelas petang tadi dia balik agak lewat kerana berbincang dengan guru fiziknya soalan-soalan yang dirasakan susah.
Puan Maryam tersenyum. Dia bangga dengan perubahan Yulia. Dia sangat berterima kasih kepada Aryan.
Puan Maryam pelik. Dah sejam setengah. Yulia masih tak turun makan. Katanya tengahari tadi dia tidak makan. Dia melangkah ke bilik Yulia. Tombol pintu dipulas. Yulia tertidur dengan buku yang bersepah di atas katil.
"Yuya. Dah solat asar?" Yulia hanya mengangguk. Tak larat nak jawab. Mengantuk sangat. Puan Maryam berlalu keluar.
Dulang diletakkan di atas meja. Air teh dituang.
"Minum lah Nida."
"Terima kasih lah. Buat susah-susah je. Yuya mana?"
"Ada kat atas. Saya nak ucap terima kasih sangat dekat Nida dengan Aryan. Yulia dah banyak berubah. Asyik study aje sekarang."
"Takde apa lah Maryam. Saya sendiri pun tak tahu Aryan tu buat macam mana. Yelah dia pun tak pernah bercakap pasal ni."
"Sama lah dengan si Yulia ni. Masa mula-mula tu kelat jugak muka dia. Ye lah mungkin segan sebab Aryan tu lelaki."
Puan Asnida hanya tersenyum. Hatinya terdetik sesuatu. Lekas dia membuang jauh-jauh idea tak masuk akalnya tu. Air teh dihirup perlahan.
🌸🌸🌸🌸
Aryan berbaring di katil sambil memutar-mutar phone di tangan. Apa lah aku nak bagi kat budak kecik ni. Dengar cerita dari mamanya Yulia dah banyak berubah sekarang. Dia bersyukur mendengarnya.
Sebenarnya masa dia cabar Yulia hari tu dia tak terfikir pun. Tiba-tiba je idea tu keluar. Dia mengerutkan kening. Nak bagi apa eh. Phone nya dicapai.
'Feef. Tolong aku.'
'Ha. Kenapa. Bini kau nak beranak?'
'Apa kau ni.'
'Haha. Gurau sikit pun marah. Apa dia.'
'Kalau aku nak bagi hadiah kat perempuan. Aku nak bagi apa eh.'
'Hmm...handbag?'
'Err dia ni budak lagi.'
'Budak? Haaa.... 😏'
'Ni malas ni.'
'Kau jangan Aryan. Budak bawah umur tu. Kesian dia. Tak habis belajar lagi.'
'Ya Allah Afeef. Kau ni dah kenapa.'
'Dah nak bagi hadiah bagai ni.' Aryan mula geram. Dia menceritakan keadaan sebenar.
'Ohh...cakap lah awal2. Hmm...entah lah. Apa kata kau tanya dia sendiri.'
'Tak membantu lah kau ni. K lah. Bye.'
Phone nya diletak ke tepi. Yang kau beria sangat ni kenapa. Beli je lah apa-apa pun. Hmm. Rasanya dia tahu nak mintak tolong siapa. Yang si Aryan ni semangat sangat macam nak beli hadiah untuk girlfriend ni kenapa.
"Mama. Esok mama nak pergi butik yang mama selalu pergi tu kan?" Dia menegur mamanya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
"Hmm. Kenapa?"
"Err...esok kelas Aryan habis awal. Aryan teman mama besok eh." Puan Asnida berpaling memandangnya.
"Biar betul Aryan ni. Demam ke apa. Selama ni kalau mama suruh tolong hantar pun bukan main lagi Aryan malas."
"Ala bukan selalu Aryan rajin. Ok esok mama pergi dengan Aryan tau." Puan Asnida hanya mengangguk. Dia masih pelik dengan anaknya.
YOU ARE READING
Mr Tutor (ON HIATUS)
Fiksi RemajaKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...