Bab 26

6.7K 506 21
                                        

Dia menarik nafas panjang. Breath in, breath out. Aku nak buat apa ni, aku nak buat apa ni. Dalam pada dia baru berniat nak berguling ke sana biar takde orang nampak, matanya bertembung dengan mata Aryan.

Liur ditelan. Perlahan-lahan dia berjalan keluar dari tempat persembunyiannya. Malunya. Semua orang tengok. Bismillah...langkahnya dimulakan dengan kaki kanan. Ambik berkat.

"Ni kenapa lambat ni?" Tanya Abang Irfan. Yulia hanya menunduk. Nak backup diri sendiri pun dia dah tak mampu. Malu bila semua orang tengok.

"Dah lambat ni, denda jelah. Apa lagi."

Yulia kenal sangat suara tu. Apa lah masalahnya. Suka sangat cari pasal. Tania dah tersenyum sinis memandangnya. Sejak mengetahui yang Jimi meminati Yulia, dia memang ada masalah sikit dengan minah ni.

"So, awak pilih nak kena denda satu kumpulan dengan denda yang ringan atau denda sorang-sorang dengan denda yang berat."

Yulia berfikir. Macam-macam mana pun kena denda jugak. Wajah Tania yang nak mintak penampar tadi terbayang di matanya. Dia tersenyum.

"Satu kumpulan."

Hilang terus senyuman sinis di bibir Tania. Tak guna punya perempuan.

                          🌸🌸🌸🌸

Maka tercongok lah mereka bertigabelas di dataran. Entah apalah denda yang fasi-fasi bagi kat diorang ni. Kumpulan lain pulak tengah berjimba senamrobik di pagi hari.

Aryan dan Afeef muncul dengan 7 shuttlecock di tangan. Aik? Main badminton? Heh silap orang. Kau belum kenal aku siapa. Jaguh badminton kot.

"Nampak shuttlecock ni? So korang tau kan kena buat apa?"

Semua dah berkerut kening. Main badminton dikira sebagai denda ke. Aryan pulak dah tersenyum melihat muka konfiden sensorang. Amboi muka sensorang kemain berlagak lagi. Sabar ye...

Afeef pulak yang sedang memegang plastik hitam di tangan mengeluarkan isinya. 13 pasang mata membulat. Kejadahnya? Entah sape punya lah dorang rembat ni.

"Sila ambik sorang satu. Boleh pilih ye. Ada macam-macam kaler."

Maigadd. Dia memang jaguh main badminton. Tapi dengan...? What the?

                          🌸🌸🌸🌸

Servis dimulakan. Aryan menyambut baik. Tak guna betul. Memandangkan ada 13 orang so bila buat pair dia terlebih. Dah lah Aryan yang tolong pairkan. Saja buat-buat tertinggal dia dan dia kena pair dengan mamat biul ni.

Beberapa kali percubaan, Yulia dah berpeluh. Geramnya. Dah lah syaratnya kena main tanpa jatuh 10 kali berturut-turut. Yulia dah mendengus geram.

"Kot ye pun kau nak suruh aku main badminton dengan selipar sekali pun, bagi lah selipar jepun yang ringan tu. Ni kau bagi selipar bata yang seberat kapal selam ni. Nak hayun je dah makan masa kau tau."

"Sape suruh kau pilih yang tu. Kan ada banyak tadi."

"Dah yang ni warna pink. Aku suka warna pink. Sepatutnya kau bagi banyak pilihan tadi. Baru adil."

"Dah kau tak payah nak banyak bunyi. Cepat sambung."

Yang lain pulak macam biasa. Walau sedang sibuk bersenamrobik, tapi tetap busybody nak tengok ke sini. Tengok lah lagi. Aku baling selipar bata ni kang.

                          🌸🌸🌸🌸

Macam-macam jugaklah aktiviti yang diorang buat hari tu. Walaupun penat, tapi memang seronok. Fasi-fasi yang sporting. Walaupun Aryan macam saja cari peluang membulinya dalam setiap aktiviti yang diorang buat.

"Ni arnab ke? Macam jenglot je."

What? Jenglot? Menatang apa lak tu?
Yang tu masa aktiviti yang macam running man tu. Alaa yang lukis bersambung-sambung tu.

"Cepat lah weh. Kau berlari ke merangkak. Team lain dah lama kat depan tau."

Yang tu pulak masa diorang main treasure hunt. Nak aje aku hempuk mamat ni dengan selipar tadi.

Yulia menjeling Fazira disebelah katilnya. Baru dia teringat.

"Eh Faz. Sampai hati kau kan tak kejut aku pagi tadi."

"Tak kejut kau cakap? Nak runtuh dorm ni aku kejut kau. Aku ingat nak panggil van jenazah dah bila tiba-tiba kau bangun. Mamai. Then aku cakap nak pergi breakfast. Aku tanya kau, kau cakap kau taknak. Aku pun blah lah. Mana lah aku tau kau tidur balik."

"Yeke? Alamak sori. Aku sebenarnya geram tak habis lagi." Fazira tergelak.

"Geram dengan abang Aryan? Kemain sweet lagi aku tengok korang main badminton tadi. Jeles I tau."

"Sweet pebende. Kau tau tak kemain berat lagi selipar tu nak buat main badminton. Kalau lempang orang dengan selipar tu mau koma sebulan."

Fazira dah berguling gelak. Aduh lah dua orang ni. Pelik-pelik betul.

                          🌸🌸🌸🌸

Slot malam tu, Yulia rasa macam banyak pulak mata-mata memandang.  Kenapa pulak ni. Takkan sebab aku kena denda pagi tadi sampai ke malam publisiti tak habis lagi.

"Amboi. Kemain lawa lagi kau jah...baru balik kenduri ke?"

"Kau merepek apa ni Faz." Fazira tergelak.

"Takdelah. Kau nampak cantik pakai tudung ni. Kau kan putih, pakai warna macam ni memang lah cantik."

Teguran Fazira tu buat dia terfikir sejenak. Alamak. Kenapa dengan aku ni. Macam mana aku boleh lupa. Ni kan...

"Faz, kau nak tau tak. Ni tudung yang Aryan kasi sebab aku lulus addmath haritu."

"Yeke? Alahai sweetnya. Kau sebenarnya suka kan Abang Aryan tu? Baik kau ngaku."

"Mana adalah. Aku tak ingat tau tak. Aku main sarung je. Lupa pulak ni tudung dia. Kau rasa patut ke aku tukar?"

"Tak payah lah. Dia tak perasan punya."

Eleh. Padahal dia tak sabar nak tengok reaction Aryan nanti. Tengok gaya Yulia ni macam dia tak pernah lagi pakai tudung tu depan Aryan.

Slot malam tu habis pukul 11. Agak mengantuk jugak. Yelah petang tu bukan main penat lagi semua. Habis je slot, semua beransur keluar dari dewan. Yulia orang last sebab tertinggal barang tadi.

Masa sampai kat pintu, dia bertembung dengan Aryan. Alamak malu. Nak mengelak pun dekat pintu kot. Nak lari macam mana. Takkan nak patah balik masuk dalam.

Aryan tersenyum memandangnya. Sambil-sambil tu dia acah-acah menilik Yulia. Haha. Dah start dah.

"Hmm...high taste jugak nenek aku eh?"

Tak habis-habis dengan nenek dia. Merepek je.

"Arwah nenek kau tak marah ke bagi aku? Kot dia nak wariskan ke anak cucu dia yang lain."

"Tak, dia tak marah. Dia cakap bagi dekat cucu menantu sulung dia."

Yulia tergamam. Muka tersenyum macho Aryan dipandang sekilas sebelum dia blah dari situ. Kang aku blushing kat situ buat malu je. Kenapa lah Aryan suka sangat bergurau macam ni. Dia tahu lelaki tu bergurau. Tapi dia tetap nak blushing. Haih susahlah.

Haih ssh btul nk siapkn satu chap ni. Bdk ni lha ajk borak yourhearteu. Papepun bce lha cite dye 4.30 a.m. best tau.

K. Korg dh bce kn so sila lh vote n comment below 👇

Mr Tutor (ON HIATUS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang