Bab 17

7.5K 512 39
                                    

Tak tahu lah kenapa tapi Yulia memang nampak happy sangat harini. Happy sebab Aryan ke yang hantar? Mana ada lah! Happy tengok muka tak puas hati Jimi. Nampak sangat tak puas hatinya.

Masa waktu rehat pun masih nampak lagi muka tak puas hati Jimi. Biasalah Jimi. Puas dihalau suruh duduk di meja lain tapi dia buat lembu kenyang je. Sampai Yulia dengan Faz pun dah penat nak halau. Biar je lah. Jangan nak melebih sudah.

"Yuya, yang kau daripada dalam kelas tadi lagi duk tersengih-sengih ni kenapa." Tanya Faz sambil menyuap mi sup ke mulut. Saja je dia buat-buat over. Padahal dalam kelas tadi Yulia biasa je.

"Senyum pun salah kau ni. Sama je macam Abang Aryan. Dia pun pelik aku nampak happy hari ni. Ape lah korang ni. Senyum tu kan sedekah."
Yulia sengaja je sebut sekali nama Aryan. Dia tersenyum jahat.

"Yelah, yelah. Kau kalau dengan Abang Aryan memang happy semacam kan. Faham. Orang tengah bahagia kan." Faz buat-buat sedih. Minah ni kalau masuk teater pun lepas ni. Yulia buat-buat gelak.

"Abang Aryan tu sape?" Tanya Jimi. Hai Jimi. Baru dengar suara hari ni.

"Senior kitorang masa sekolah rendah. Dia dulu ketua pelajar, berkarisma, hensem. Kapten pasukan bola sepak sekolah." Jawab Faz. Memang banyak lah Faz tahu pasal mamat tu. Dah kata crush kan.

"Eh melebih pulak kau ni. Biasa je Abang Aryan tu. Tapi dia baik lah." Haah Yuya. Dia paling baik dengan kau kan? Pandangan Fazira memberi seribu satu maksud. Takpe bohong sunat.

                          🌸🌸🌸🌸

Yulia tersenyum sambil menunggu Aryan tiba. Puas hatinya dapat sakitkan hati Jimi yang tak faham bahasa tu. Aku dah reject cara baik kau tak nak dengar.

Seperti yang dijanjikan, toyota vios itu berhenti berdekatan Yulia dan Fazira.

"Hai Abang Aryan." Sapa Fazira.

"Hai Faz."

"Emm...sebenarnya si Faz ni cakap nak belanja cendol hari ni. Bukan senang tau nak tengok Faz belanja orang. So..." Yulia buat-buat meleret. Tolong lah Aryan setuju. Habis lah rancangannya.

"Hmm...ok. Kat mana?" Yes! Yulia menjerit teruja dalam hati. Fazira dah menjeling geram. Kurang asam punya minah. Suka-suka hati je kan. Yulia memandang Fazira dengan pandangan sori. Sori lah. Aku takde duit. Takkan aku nak suruh Abang Aryan pulak belanja. Segan lah.

Lagipun ni salah satu plannya. Sebab tadi dia terdengar kawan Jimi, si Helmi tu ajak Jimi makan cendol.

Jimi menyuap cendol ke mulut. Panas hatinya. Makan cendol kasi sejuk sikit. Helmi pulak tiba-tiba sakit perut. Kena balik. Dah alang-alang ada kat sini, dia makan jelah.

Tiba-tiba semangkuk cendol diletakkan didepannya. Jimi mengangkat kepala. Uhuk! Tercekik cendol dibuatnya. Yulia tersenyum memandangnya.

"Jimi. Duduk sini boleh? Meja penuh." Kata Yulia lantas duduk. Fazira mengambil tempat disebelah Jimi membiarkan Aryan duduk disebelah Yulia. Panas hati betul lah. Nak makan cendol pun tak senang.

"Oh ye, Jimi. Ni senior aku masa sekolah dulu. Abang Aryan." Kata Yulia. Aryan mengangkat kening. Sejak bila pulak berabang ni? Setahunya hanya Faz yang memanggilnya abang.

Tapi melihatkan muka cemburu Jimi, Aryan mula mengerti. Patut lah beria Yulia baik dengannya hari ni. Ada udang rupanya. Dah agak dah. Mengambinghitamkan aku rupanya. Mesti ni mamat yang call dia haritu.

Jimi hanya tersenyum sambil mengangguk kecil.

"Jimi." Katanya memperkenalkan diri.

Fazira hanya mampu melihat kedua-dua orang makhluk dihadapannya berpura-pura bahagia. Elok pulak Abang Aryan ni bagi kerjasama.

Yulia tergelak. Aryan turut sama tergelak. Hai dua orang ni. Macam dah takde manusia kat sini.

"Yelah, yelah. Masa tu kan Yuya tak matured lagi. Abang tu yang jahat." Kata Yulia. Lakonan yang mantap nampaknya dua orang ni. Dari tadi lagi duk bersembang, sikit pun tak nampak macam pernah bermusuh sebelum ni. Kagum Fazira dibuatnya.

"Mana ada abang jahat. Yuya tu yang manja." Dan entah apa lagi scene yang dilakonkan mereka berdua ni yang membuatkan Fazira sangat kagum. Sangat...

Tiba-tiba Jimi bangun. Cendol di mangkuknya masih bersisa. Tiga pasang mata memandangnya.

"Eh Jimi. Cepat nya balik. Makan tak habis lagi." Tegur Yulia. Saja menegur. Buat panas hati.

"Emm. Sakit perut lah pulak. Takpelah saya balik dulu. Bang, balik dulu." Seusai bersalaman dengan Aryan, Jimi berlalu dari situ.

Yulia tersenyum puas. Hahahaaha. Gelak jahat. Sori lah Jimi. Tapi aku memang tak boleh terima kau.

Selesai Aryan membuat bayaran, mereka bergerak keluar dari kedai. Perhatian ye. Aryan yang bayar bukan Fazira. Betapa bersyukurnya Fazira kerana Aryan mempelawa untuk bayar.

Mana tak bersyukur. Masa dia bukak purse nak bayar tadi dia tengok ada 2 ringgit je. Bila masa pulak duitnya yang lain pergi bercuti? Tak bagitau pun?

Dan bagai orang mengantuk disorongkan bantal sekali dengan katil-katil segala bila Aryan yang offer nak bayar.

Yulia tersengih melihat telefonnya. Tengah skrol instagram. Sambil-sambil tu kakinya melangkah untuk melintas jalan. Sempat dia memandang kiri kanan sekejap sebelum melintas. Kereta Aryan berada di seberang jalan memandangkan gerai Makcik Jenab betul-betul berhadapan sekolahnya.

'Srettt!' Bunyi tayar bergesel menyentak Yulia. Sebaik kepalanya diangkat, sebuah motor berkuasa tinggi sedang laju menuju ke arahnya. Memang tak sempat kalau brek pun.

Yulia terpaku. Kaki keras di lantai. Tak berdaya bergerak. Allah Tuhan...Yulia memejam mata. Sedia nak ucap kalimah syahadah bila terasa pinggangnya ditarik.

Idea ni tetibe j dtg mse tgh mnulis. So agak2 korg spe yang tarik pinggang yuya tu? Hah komen lah ye. Sudi2 lah vote. Kalau korang jawab betul nnti dapat hadiah 🎁

Mr Tutor (ON HIATUS)Where stories live. Discover now