Bab 38

6.7K 470 28
                                    

Kereta diparking dibawah porch. Panas hatinya masih tak hilang lagi. Ini yang susah buat kerja berkumpulan. Mesti ada je yang perangai tak fikirkan orang lain.

Dan disebabkan ahli kumpulan yang macam tu, teruk mereka sekumpulan kena marah dengan lecturer. Terutama dia sebab dia ketua kumpulan.

Sebaik keluar sahaja dari kereta, hati yang panas tu semakin membara dan terbakar melihatkan apa yang didepan mata.

Langkah diatur ke arah meja batu di taman itu. Saja buat-buat berdehem. Kalau ikutkan hati yang panas dah lama dia tarik je Yulia masuk ke dalam rumah.

Dah lama hatinya panas dengan budak Harraz tu. Ok. Dia dah penat nak menidakkan perasaan sendiri. Hari ni buat pertama kalinya dia mengaku yang dia sukakan Yulia.

Tak tahu bila, tapi memang hatinya panas bila tengok Yulia rapat dengan Harraz. Dia pun tak tahu kenapa dan macam mana dia boleh sukakan Yulia.

Tapi dia tahu yang Yulia jugak sukakan Harraz. Dia boleh nampak tu. Keluhan kecil dilepaskan. Macam ni ke rasa jatuh cinta. Tak pernah jatuh cinta pulak sebelum ni.

Perut yang tiba-tiba berbunyi menarik Aryan dari lamunan yang panjang. Jam di dinding dikerling. Hmm. Patut lah lapar. Dah lebih dari waktu tidurnya. Dah pukul 2 pagi.

Sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik, hampir melompat dibuatnya bila nampak ada figura lain di ruang tamu tingkat dua tu.

Aryan mengurut dada. Yulia rupanya. Penakut jugak rupanya. Takdelah takut. Terkejut je. Yelah dah pukul 2 pagi kan.

Tubuh yang Yulia yang dah melekap dilantai tu dijenguk sedikit. Tidur ke ni. Kot lah tengah berfikir kan. Kaku je tengok.

Sah tidur. Aryan mendekat. Nak kejut ke tak nak. Takkan nak biar dia tidur kat sini. Buku-buku yang bersepah di sekeliling Yulia dikemas. Aryan hanya mampu menggeleng. Kenapalah study kat sini. Bilik kan ada.

"Yoyo! Yoyo! Bangun!"

Yulia hanya berkutik sedikit lepas tu kejung balik. Mak aii susah betul nak kejut. Pen Yulia diambil. Hujung pen tu dikuis-kuis ke hidung Yulia.

Nasib baik Yulia bangun. Kalau tak Aryan ingat nak lastik je muka Yulia dengan pembaris ni.

Yulia menggosok-gosok matanya berkali-kali sambil bangun dari perbaringan dan bersila. Mulut yang menguap luas itu ditutup. Sambil-sambil tu dia bergeliat. Masih tak sedar Aryan di depannya.

"Mak!!" Terkejut Yulia. Terundur dia ke belakang. Buka-buka mata je nampak muka Aryan. Aryan hanya buat muka stone.

"Kenapa tidur kat sini?"

"Tengah study tadi. Tak sedar tertidur pulak. Saja tak nak study dalam bilik nanti tak jadi nak study."

"Pergi masuk bilik."

Aryan dah bangun dan berura-ura nak berlalu dari situ. Tak jadi lah nak makan. Malas pulak nak pergi dapur.

"Aryan."

Malas nak berpaling, dia hanya berhenti melangkah.

"Aku nak minta maaf. Pasal petang tadi."

Kenapa aku minta maaf? Salah aku ke? Entah. Tapi dia rasa tak tenang selagi Aryan tak tahu perkara sebenar.

"Ok aku tahu kau taknak tahu dan taknak dengar, tapi aku tetap nak jelaskan. Sebab aku tak nak kau fikir aku perempuan macam tu. Sebab aku bukan macam tu."

"Macam apa?" Aryan berpaling.

"Macam apa yang kau fikir lah. Kau mesti ingat aku ni jenis perempuan yang murah yang suka-suka hati je bagi pakwe sentuh. Tapi aku bukan macam tu."

Mr Tutor (ON HIATUS)Where stories live. Discover now