Yulia memandang sekeliling. Kat mana ni? Bila dia pandang sekeliling sekali lagi baru dia perasan. Kubur? Dia berada di kawasan perkuburan. Nasib baik siang. Takdelah takut sangat. Tapi dia buat apa kat sini?
Tanpa sedar kakinya melangkah ke sebuah kubur yang masih merah. Bukan sebuah. Tapi ada dua. Dia tertanya-tanya sendiri. Kubur siapa ni? Nama yang tertera dibaca.
Ya Allah! Terduduk Yulia disitu. Mutiara jernih mula mencurah-curah turun. Dia menangis teresak-esak di atas kubur kedua orang tuanya.
Mama! Papa! Kenapa jadi macam ni?! Apa semua ni?!
Tiba-tiba terasa bahunya ditepuk dari belakang. Aryan dalam baju melayu sedang tersenyum memandangnya. Aryan memegang kedua-dua belah bahunya sebelum menggoncang bahunya agak kuat.
"Yuya! Yuya! Bangun!"
Yulia membuka mata. Berpeluh-peluh dia. Terasa matanya basah. Ya Allah. Mimpi rupanya. Rasa macam betul. Dia memandang Fazira yang memandangnya dengan muka risau.
"Kau ok tak? Kau meraung-raung panggil mama papa kau. Kau ni homesick ke?"
"Aku...aku...Faz, aku mimpi mama papa aku dah takde. Aku mimpi aku ada kat kubur diorang."
"Istighfar banyak-banyak Yuya. In Shaa Allah takde apa-apa. Mimpi tu mainan syaitan."
Yulia beristighfar berkali-kali. Jam ditangan dikerling. Pukul 3.30 pagi. Dia bangun menuju ke bilik air. Tahajjud pun elok jugak waktu-waktu macam ni. Nak tidur balik pun dia takut. Takut mimpi tadi masuk episod 2 pulak.
🌸🌸🌸🌸
"Macam yang abang cakap tadi. Jaga kebersihan, jangan buang sampah merata-rata. Jangan ambik apa-apa. Ikut track yang dah ditanda. Ok?"
Semua mengangguk faham. Aktiviti hiking pagi tu. Yulia mula menguap. Tak cukup tidur semalam. Tapi alhamdulillah dia tak lewat hari ni. Kalau lewat jugak tak tahulah. Kena selam dalam sungai agaknya dengan Aryan kali ini.
Semua memulakan pendakian. Setiap seorang dibekalkan dengan satu botol air mineral. Yulia dah meneguk separuh air itu. Dia kalau mengantuk memang kena minum air.
"Cepat lah Yuya. Takkan kita nak duduk belakang sekali kot."
"Aku penat lah. Mengantuk pulak tu. Kau jalan lah dulu."
Fazira pulak takkan nak tinggal minah ni sorang-sorang kat belakang. Dia berjalan di depan Yulia. Tapi memang penat. Rasa macam nak tercabut lututnya.
Sedang Yulia khusyuk mendaki, tiba-tiba terasa seperti ada sesuatu lalu di atas kakinya. Walaupun memakai kasut, tapi tetap boleh rasa di kakinya.
"Arghh!!! Faz!!! Ada anak bunian lalu atas kaki aku!!"
Dia dah melompat-lompat kegelian. Dapat dia rasa binatang tu berbulu. Entah macam mana, tersalah lompat agaknya. Boleh terpeleot pulak.
"Arghh!!!" Jeritan yang sayup-sayup kedengaran sebab Yulia dah bergolek jatuh.
"Yuya! Yuya! Weh tolong! Yuya jatuh!" Faz dah tak tahu nak pergi dapatkan Yulia ke pergi dapatkan bantuan. Dia nak berlari pun takut. Takut-takut nanti bergolek seiring seirama pulak dengan Yulia.
Nasib baik dia sempat berpaut pada banir pokok. Kalau tak selamat dah bergolek sampai ke bawah. Yulia cuba bangun. Aduhh. Tulangnya yang ada 206 ni rasanya dah jadi 300 sebab dah patah agaknya.
Faz muncul dengan beberapa orang fasi. Muka cemas Aryan menyapa pandangan Yulia.
Mereka menolong Yulia bangun. Walaupun sakit, tapi takkan taknak bangun. Dah macam anak monyet pulak berpaut kat banir pokok macam tu.
"Yang lain boleh proceed. Yoyo kau turun bawah balik."
Tak payah cakap pun dia memang nak turun. Cari nahas lah namanya kalau nak proceed jugak. Fazira memapahnya turun. Ada jugak fasi-fasi perempuan yang nak tolong tapi dia taknak. Malas nak menyusahkan orang. Cukup lah Fazira yang disusahkan. Muahaha.
Aryan pun ikut turun sekali. Buat apa lah dia turun. Sibuk je. Mana Aryan tak turun. Tengok dua orang ni yang macam terhuyung-hayang tu dia pulak risau. Orang nak tolong berlagak.
"Yuya, kau jangan lah tampung berat kau semua dekat aku. Nak bergolek aku ni. Kan ada kayu tu, kau tampung lah jugak kat kayu tu."
Terhuyung-hayang mereka berdua nak turun. Aryan hanya mampu menggeleng kepala. Yulia dah nak tergolek untuk kali kedua bila tiba-tiba terasa pinggangnya ditarik.
Aryan memapahnya turun. Yulia dah blushing tahap kena campak blusher ke muka. Malu lah weh. Bau maskulin Aryan tu kuat sangat. Lagi lah dia malu. Fazira pulak bersyukur tak terhingga. Kang senang kalau dari tadi lagi abang sado ni tolong papah.
🌸🌸🌸🌸Petang tu, mereka mandi sungai. Yulia pun sibuk nak join sekali. Tadi masa tengahari orang berlatih untuk persembahan malam tu bukan main lagi dia mengelat. Mengadu sakit bagai. Padahal takdelah parah mana. Sengal-sengal lah sikit. Dah nama pun bergolek.
"Kau ni kemain nak ikut. Mandi nye tak."
"Aku nak celup-celup kaki je. Kau pergi lah mandi. Sejuk lah. Makin sengal tulang-tulang aku ni."
"Alasan. Kambing memang macam tu." Jawab Fazira sebelum masuk ke dalam air sungai yang nauzubillah punya sejuk tu. Yulia mencebik.
Tengah dia syok berangan ala-ala puteri bunian duduk di atas batu sambil celup-celup kaki, dia ditegur dari belakang.
"Yuya."
Yulia berpaling. Harraz mengambil tempat disisinya.
"Awak ok tak? Terkejut saya diorang cakap awak bergolek tadi. Saya tak sempat nak jenguk, awak dah turun."
"Ok je, takdelah teruk sangat. Nasib baik tak seliuh mana-mana."
"Macam mana boleh jadi macam tu?"
"Ada benda lalu atas kaki saya. Anak bunian agaknya. Entah lah. Saya tak sempat nak tengok pun."
Harraz tergelak. Anak bunian? Celupar betul mulut. Dengar dek Fazira ada yang kena penampo ni.
Dari jauh Aryan memerhati. Tadi cakap sakit. Ni elok pulak dating tepi sungai. Jeles ke Aryan? Tanya cik hati. Manade. Dah tadi cakap sakit. Pergi lah berehat. Hai Aryan, Aryan...
2, 3 chap ni bnyk btul moment2 #yayan kan? Haha msti korg muak. Tah lha, author pun dh xde idea. Klau korg ade idea yg best2 blh salurkn melalui komen. Klau idea korg blh diterima oleh otak pnuh angan2 author ni, nnti author bg hadiah. Haha xlah gurau j.
K dh bce blh vote and comment below 👇. Klau x puas hti pun blh komen. Bye. Luv you. 😘
-Ag-

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Tutor (ON HIATUS)
Dla nastolatkówKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...