Bau nasi lemak semerbak menusuk ke hidungnya. Hari minggu macam ni memang Puan Asnida rajin memasak makanan yang agak berat macam ni. Yulia menjengukkan kepala ke dapur.
Rasa segan pulak. Yelah selama nak dekat sebulan dia tinggal disini baru hari ni dia rajin turun ke dapur. Sebelum ni kemain berkabung mogok bagai. Rasa bersalah sebab dah banyak menyusahkan auntie Asnida.
Boleh dikatakan setiap hari Auntie Asnida memujuknya makan tapi hanya kebisuan yang dibalasnya. Hujung baju tidurnya dipintal-pintal. Tak mandi lagi rupanya. Dah gosok gigi ok. Mandi je belum.
Perlahan-lahan langkah diatur ke arah Puan Asnida yang sedang menyenduk nasi dalam rice cooker.
"Auntie."
Puan Asnida berpaling. Wajah bersalah Yulia menyapa pandangannya.
"Yuya?" Rasa macam tak percaya sebab Yuya dah bermula bercakap.
"Auntie, Yuya nak minta maaf sebab Yuya dah banyak susahkan auntie, uncle dengan Aryan. Yuya..."
"Kenapa pulak Yuya cakap macam tu. Auntie faham macam mana perasaan Yuya. Dah. Taknak sedih-sedih. Jom tolong auntie cedok sambal tu."
"Tapi Yuya tetap rasa bersalah. Sebab Yuya menyusahkan ramai orang. Yuya nak ucapkan terima kasih dekat auntie sekeluarga sebab sudi tumpangkan Yulia kat sini. Kalau tak Yuya dah tak tahu..."
"Shh...dengar sini sayang. Yuya tak menumpang kat sini. Auntie dah anggap Yuya macam anak auntie sendiri. Arwah mama Yuya dengan auntie dah lama kenal. Kitorang memang rapat. Anak dia dah macam anak auntie jugak."
Yulia hanya menunduk. Rasa malu jugak sebab menumpang tapi buat perangai macam tu.
"Takpelah yang penting sekarang Yuya dah okey. Auntie bersyukur sangat. Arwah mama Yuya pun mesti tak suka tengok Yuya sedih-sedih macam ni."
Mata Yulia dah berair. Kenapa Auntie Asnida ni baik sangat.
"Terima kasih Auntie. Terima kasih sangat-sangat. Hanya Allah yang mampu balas budi auntie sekeluarga."
Puan Asnida memeluk Yulia erat. Dia pun memang tak ada anak perempuan. Apa salahnya kalau dia tolong jagakan Yulia.
"Dah. Taknak sedih-sedih. Lepas ni Yuya panggil auntie mama ok?"
Puan Asnida melepaskan pelukan. Wajah Yulia dipandang dengan senyuman.
"Mama?" Airmata dipipi dikesat dengan belakang tapak tangan.
Puan Asnida mengangguk. Dia memang teringin anak perempuan. Tapi nak buat macam mana. Rezekinya cuma dikurniakan seorang anak sahaja. Itupun lelaki.
"Mama dah anggap Yuya macam anak mama. Lepas ni Yuya panggil mama ye?"
Yulia terpinga. Segan lah pulak nak panggil mama.
"Belum jadi menantu lagi dah dapat panggil mama. Advance ni."
Tegur satu suara. Siapa lagi mulut macam tu kalau bukan satu-satunya anak bujang Puan Asnida ni. Entah sejak bila dia duduk di kerusi meja makan tu.
Malu pulak Yulia. Menangis depan Aryan. Yulia memandang Aryan yang selamba meneguk jus oren. Bila kau datang sini? Tak perasan pun?
"Sempat lah tengok drama jejak kasih sebabak dua."
Dengar je Aryan cakap macam tu, tahulah sudah yang dia dah menyuarakan apa yang berada dalam kepalanya.
"Tak perlu jadi menantu pun untuk panggil mama. Lagipun senang practice awal-awal. Nanti dah jadi menantu senang. Tak gitu Yuya?"
YOU ARE READING
Mr Tutor (ON HIATUS)
Fiksi RemajaKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...