Bab 52

6K 304 20
                                    

"Spasibo" Harraz tersenyum kepada gadis cashier tersebut sebelum mencapai plastik berisi ubat tersebut. Langkah kakinya dibawa ke taman yang jaraknya 200 meter dari situ. Bangku dituju.

Dah berapa bulan dia disini dan dia sangat rindukan Malaysia. Lebih kepada rindukan mereka yang di Malaysia sebenarnya. Mama, papa dan yang paling dirindui, Yulia.

Masa yang terbatas tak membolehkannya berhubung selalu dengan tunangnya tu. Sekala sekali je mereka video call untuk melepas rindu. Itu pun kejap je. Yulia pun faham dengan kesibukannya.

Phone nya dikeluarkan. Gambar selfie mereka semasa di Klia beberapa bulan lepas ditatap lama. Beberapa keping lagi gambar candid Yulia ditatap.

"Krasivaya". Harraz berpaling. Hana. Classmate nya. Antara orang yang paling rapat dengannya. Mungkin sebab sama-sama Malaysia dan sekelas.

"Your fiancee?" Harraz mengangguk sambil tersenyum. Hana mengambil tempat disebelahnya.

"Kau buat apa kat sini?" Hana memulakan perbualan. Harraz mengangkat plastik di tangan.

"Kau pulak?"

"Aku jumpa kawan tadi."

Dua-dua diam sambil memerhati pemandangan didepan mata.

"Aku rindu rumah."

Harraz tergelak kecil. Hana yang tak habis-habis homesick nya. Masa awal-awal sampai haritu lagi teruk. Asyik merengek je bila nak balik Malaysia. Dan siapa lagi yang menjadi pendengar setianya kalau bukan Harraz. Disebabkan hanya mereka berdua pelajar Malaysia di kuliah mereka, hubungan yang terjalin agak rapat sejak awal pertemuan.

"Aku dah muak dengar ayat yang sama. Dah berapa bulan ayat tu je yang aku dengar."

Harraz bersuara dalam tawa yang bersisa. Hana mengeluh kecil. Dia bersyukur dipertemukan dengan Harraz. Sekurang-sekurangnya ada orang yang dia percaya dan boleh diharapkan.

"Mungkin kau akan dengar ayat ni untuk 4 tahun lagi."

Mereka tergelak kecil. Harraz mengangkat punggung. Dia tunduk memandang Hana.

"Sebelum aku dengar ayat tu sekali lagi, jomlah kita isi perut dulu. Aku belanja."

Hana tersenyum lantas terus bangun. Bukan susah nak memujuk hati Hana, makanan pun dah cukup buat dia gembira.

Harraz hanya mampu menggeleng. Kadang-kadang dia rasa perangai Hana ni tak ubah macam Yulia. Gila-gila, kuat makan, kuat merungut, tapi entah kenapa dia tetap melayan perangai Hana ni. Mungkin sebab dah terbiasa dengan perangai Yulia.

                        🍥🍥🍥🍥

Yulia mengemas buku-buku di atas meja. Walaupun bilik lelaki, tapi kemasnya mengalahkan bilik Yulia. Malu pun ada. Sesi mengvakum habuk-habuk dan debu diteruskan.

Elok je muncung vakum masuk ke bawah katil, Yulia tersentuh satu objek keras di bawah katil. Yulia menunduk mengintai. Jangan ada jembalang bawah ni sudahlah. Walau pun siang, tapi mana lah tau kot-kot jembalang ni nak buat kelainan sikit muncul disiang hari.

Mata Yulia membulat menyaksikan objek di bawah katil. Perlahan dia menarik objek tersebut keluar.

"Haa! Intruder!"

"Mak kau sajat!"

Vakum di tangan dah tercampak entah ke mana. Yulia mengurut jantung. Aryan dah berdekah berguling di lantai.

"Kau buat apa dalam bilik aku?"

Malas betul Yulia nak jawab soalan macam tu. Manusia ni memang macam ni ke? Dah nampak nak tanya lagi. Dah nampak vakum di tangan takkan nak masak asam pedas pulak.

Mr Tutor (ON HIATUS)Where stories live. Discover now