Dah lebih lima minit kedua-keduanya membisu. Baik Aryan mahupun Yulia kedua-duanya tak tahu nak start macam mana. Korang ni nak tunggu subuh besok ke baru nak bercakap.
Aryan hanya memerhati Yulia yang nampak gelisah semacam tu. Haha. Yang kau takut sangat ni kenapa. Macam la aku nak makan kau.
"Yoyo. Ingat abang lagi? Pelajar paling hensem dekat sekolah dulu." Saja dia ingin menguji. Dari tadi lagi, takde satu suara pun yang keluar dari mulut juniornya ni. Yulia hanya menjeling.
"Kau tak payah nak berabang-abang sangat. Berbulu tekak aku. And one more thing, berapa kali aku nak cakap. Nama aku Yulia. Bukan yoyo." Balas Yulia geram. Aryan membuat muka terkejut.
"Kau mana boleh cakap macam tu. Aku ni cikgu kau tau. Tak berkat nanti ilmu yang aku nak ajar ni." Kata Aryan serius. Yulia hanya membuat muka. Macam aku tak kenal kau. Yoyo,yoyo. Dari sekolah rendah lagi duk panggil aku dengan nama tu.
Yulia membuka buku di hadapannya. "Cepat lah. Aku tak sabar nak terima ilmu dari kau ni." Sindir Yulia. Aryan hanya tersenyum sinis.
Aryan hanya mampu menggaru kepala. Susah jugak budak ni. Yuya pulak hanya membuat muka toya. Dia kembali merenung kertas di hadapannya.
"Ok. Apa yang kau tahu pasal logarithms ni." Tanya Aryan untuk menguji tahap pengetahuan gadis dihadapannya. Yuya berfikir sejenak.
"Hmm...ade base?" Jawab Yuya. Tu je yang ade dalam kepalanya. Aryan mengangkat kening. Lagi? Yuya hanya mengangkat bahu.
Puan Maryam yang memerhati dari jauh tersenyum. Walaupun Yuya macam berat je nak terima masa mula-mula, tapi bila Aryan dah mula mengajar dia tekun mendengar. Puan Maryam bersyukur Aryan sanggup menolongnya.
🌸🌸🌸🌸
"Apa?!" Jerit Fazira kuat. Bulat matanya merenung Yulia.
"Weyh, pengotor la. Hish habis bersembur. Yang kau over sangat terkejut ni kenapa." Marah Yulia sambil dia mengelap mukanya dengan tisu. Terasa basah mukanya disembur dengan air carrot susu Fazira.
"Gila tak terkejut. Aryan Naufal? Yang selalu buli kau dulu tu? Ya Allah jodoh ke apa ni." Fazira dah menggedik. Yulia hanya memandang menyampah. Perempuan ni memang over.
"Jodoh kepala hotak kau. Aku kalau boleh dah taknak jumpa dah dia tau." Yulia mendengus. Geram pulak dia. Fazira ni memang. Tu la, asyik baca novel je. Realiti pun dia dah nampak macam novel."Eh, jodoh apa. Kau dulu dengan dia bukan main bergaduh. Tiba-tiba dia jadi tutor kau. So sweet. Dia pun hensem apa. Untungnya...menyesal pulak aku masuk tuisyen tu awal-awal. Kalau tak aku boleh join kau." Fazira dah berangan-angan.
Hai,minah gedik ni. Memang la hensem. Dulu dia ketua pelajar. Dah la hensem, bijak pulak tu. Penuh karisma. Orang lain mungkin nampak dia perfect tapi bukan pada Yulia. Entah apa masalah dia, tapi pantang dia nampak Yulia mesti dia akan buli si Yulia ni.
"Hmm, apa-apa jelah Faz. Menyesal pulak aku cerita kat kau." Kata Yulia. Fazira hanya tergelak. Dia kembali menyedut air carrot susunya. Yuya,yuya. Kalau aku dapat tutor hensem macam tu agak-agak kejap je pandai addmath tu.
"Nanti kau ambik gambar dia eh senyap-senyap. Ye la nak suruh kau selfie pun macam mustahil pulak kan. Pastu upload kat ig. Tutorku hensem. Wahh..." Fazira dah tersengih tiram busuk. Yulia membuat muka geli-geleman.
"Hei...tak kuasa aku. Kau ingat aku buat apa. Aku ni nak belajar. Dah. Jangan merepek." Apa la si Faz ni. Ingat aku dah takde kerja lain ke.
🌸🌸🌸🌸"Yang ni kena differentiate kan?"
"Sebab apa kena differentiate?"
"Sebab dia nak kecerunan tangen?"
"Pandai. Ok, sekarang cuba kau differentiate."
Sesi coaching mereka yang aman damai tu terganggu dengan bunyi suara seseorang memberi salam.
"Assalamualaikum...tuan rumah, oh tuan rumah."
Yulia mengerutkan dahi. Macam ku kenal... dia meminta diri sebelum pergi membuka pintu.Sebaik sahaja pintu dibuka, terserlah wajah seseorang yang sedang menyengih di pintu pagar. Yulia mengeluh. Perempuan ni...
"Apa kau nak?"
"Amboi kau ni. Macam ni ke layan tetamu. Aku datang ni nak ajak kau buat study group. Hari ni aku cuti. Eh kau tak nak ajak aku masuk ke. Panas ni. Dahaga pulak aku."
Eii, kecik besar kecik besar je pompuan ni aku tengok. Yulia membuka pintu pagar. Fazira tersengih masuk.
Aryan sedang ralit dengan phone nya sewaktu Fazira melangkah masuk. Hensemnya.
"Eh, la kau ade coaching ke. Hmm takpelah aku balik dulu lah kalau macam tu."
Minah ni. Padahal macam la dia tak tahu. Gedik je. Tiba-tiba Puan Maryam muncul dari dapur
"Eh Faz. La datang nak study group ke. Si Yuya ni ada coaching dengan tutor dia. Pergi la join sekali."
"Eh, takpe ke makcik. Terima kasih."
Ceh, perempuan tak malu ni. Bukan dia nak menolak ke apa. Yulia hanya mampu menggeleng. Mereka menuju ke meja di mana Yulia duduk tadi.
Aryan mengangkat muka. Seorang perempuan sedang tersengih di sebelah Yulia.
"Yoyo, siapa ni."
"Hai abang Aryan. Saya kawan Yuya...wait, yoyo? Hahahahaha"
Yuya hanya mampu bersabar. Ikutkan hati nak aje dia lastik pen ni ke dalam mulut Faz yang tengah gelak dengan luas tu.
"Oh, kawan yuya. Ok, nak join sekali la ni." Kata Aryan selepas dia habis gelak bersama Faz.
Apalah nasib aku dapat kawan gila....Do leave a comment 😉

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Tutor (ON HIATUS)
Novela JuvenilKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...