Bab 14

7.7K 493 16
                                        

Fazira hanya memerhati Yulia yang sekejap ke hulu, sekejap ke hilir, sekejap ke timur, sekejap ke barat. Pening pulak dia.

"Eh, dah. Dah. Kau duk kehulu kehilir ikut semua arah mata angin yang ada pun tak selesai benda ni. Cuba duduk dan fikir elok-elok."

"Fikir elok-elok? Habis rancangan kau yang nak suruh aku jadi macam Babu Khan tu elok sangat lah?"

"Eh kau ni. Cakap baik-baik sikit. Dengar dek Tania, digulungnya kau dengan karpet bapak dia. Babu Khan tu bapak dia. Nama dia Tania lah."

"Huh. Apa-apa jelah. Pokoknya sekarang aku tak nak."

"Kalau macam tu kau tahan je lah mengadap Jimi tu setiap masa. Tak lama. Setahun je." Yulia meraup wajah. Setahun bersama Jimi bersamaan dengan 1000 tahun bersama manusia biasa. Betapa dahsyatnya penangan Jimi kepada Yulia.

"Haish. Aku memang takde pilihan kan?"

"Nampaknya begitulah."

"Ok lah, ok. Aku setuju. So aku kena buat apa?" Fazira tersenyum...

                       🌸🌸🌸🌸

"Faz,kau rasa betul ke apa yang kita buat ni?"

"Kau tak payah nak ubah fikiran di saat-saat akhir ok. Ikut je lah macam yang kita rancang."

Mereka berada di kantin menunggu kehadiran Jimi. Memang Jimi selalu menyibuk nak join sekali yang membuatkan baik Yulia mahupun Fazira rasa menyampah dan nak cucuk matanya dengan garfu dan korek dengan senduk. Ngeri betul.

"Hai korang. Boleh join?" Ha. Kan dah kata. Panjang pulak umur dia ni. Getus hati kecil Yulia. Fazira memandang Yulia dengan pandangan yang hanya difahami oleh mereka berdua. 'Action!'

Maka Yulia memulakan lakonannya. Menggeliang geliut dia melayan Jimi bercakap. Fazira pulak yang geli tekak dibuatnya. Nak muntah pun ada. Ni dah macam lebih pulak dari Tania ni. Jimi pun dah memandang pelik. Rancangan mereka agak berjaya apabila Jimi meminta diri sebelum sempat dia menghabiskan makanan. Nak muntah agaknya melihat Yulia yang seperti takde tulang belakang tu.

Sebaik Jimi hilang dari pandangan, Yulia bersorak gembira. Fazira tersengih bangga. Biasalah, idea aku. Memang selalu meletop kebaboom punya. Yulia menarik nafas sedalam-dalamnya. Baru boleh bernafas lega.

                         🌸🌸🌸🌸

Yulia menyucuk-nyucuk spaghetti carbonara di dalam pinggan. Dia dan Fazira berada di food court di mall kerana menemani Fazira mencari buku rujukan katanya.

"Apa ni Faz. Mula-mula je dia blah. Lepas tu dia macam biasa balik. Sibuk nak menepek dekat aku. Rimas tau tak?"

"Hmm...aku sebenarnya tak sangka yang si Jimi ni istiqamah betul. Tak putus asa."

"Penat tau aku menggedik dua tiga hari ni. Buang masa je."

"Kalau macam tu kau biar je lah. Nanti dah bosan dia berhenti lah."

"Kau rasa dia tahu erti bosan ke?" Fazira terdiam. Betul jugak kata Yulia. Dia teringat pula sewaktu Jimi meminati Arisyah Lee semasa di tingkatan 3. Gadis berketurunan cina yang tiada siapa berani dekat tu.

Arisyah yang mempunyai ilmu pertahanan diri yang tinggi membuatkan mana-mana lelaki pun takut nak dekat. Tapi si Jimi ni selamba badak air je. Tiada siapa yang tahu sama ada Jimi pernah dibelasah oleh gadis itu atau tidak.

Betapa dahsyatnya cinta Jimi, sampaikan Arisyah sendiri takut dengannya. Kisah cinta itu tidak pernah berakhir sehinggalah Arisyah berpindah ke sekolah lain semasa di tingkatan 4. Ngeri pulak Fazira teringatkannya. Nasib kau lah Yuya dicintai dan digilai oleh lelaki psycho macam Jimi tu...

"Faz. Fikir lah idea lain."

"Asyik aku je. Habis apa gune kepala otak kau yang lulus addmath tu?"

"Eh kau ni. Macam ni ke kawan. Kepala otak aku yang lulus addmath ni hanya boleh fikir masalah-masalah macam...macam masalah kewangan negara ke. Bukan masalah macam ni. Kan kau cakap kau doktor cinta."

"Bukan hari tu kau dah ada rancangan ke?"

"Ala...rancangan aku tak best. Tak nak lah."

"Beb, kau ada pilihan lain ke sekarang ni?" Bila difikir-fikirkan, betul jugak kata Fazira. Dia tiada pilihan lain. Fazira tersenyum. Mesti epik kan nanti.

"So?"

"Hmm. Terpaksalah..." Yeah. Tak sabar Fazira nak tengok nanti. Macam manalah agaknya... cayalah kau Yuya.

Agak hambar. But dun forget to vote, share lha klau blh and please 🙏 do leave a comment. Coz das how im improve my writing.

Mr Tutor (ON HIATUS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang