Oh angin
kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari
kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma memujuk hati
Akan ku terus berdiri
hadapi semua ini
Biarlah ku bersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku menahan rindu
(Sila baca dgn nada yang nyanyian yg btul)Semua dah melopong. Gila tak melopong? Selama ni tak pernah dengar pulak suara Yulia. Rupanya ada bakat yang terpendam selama ni. Ni kalau Syiqin dengar mahu dia resign ni.
Yulia pulak yang tengah menyanyi sambil tutup mata masa tu membuka matanya sikit-sikit. Tutup mata bukan sebab nak ambik feel ya, tapi sebab dia stage fright. Tak boleh tengok audience ramai-ramai.
Tapi sebaik dia membuka mata, dia ternampak Aryan. Aishh dia lagi. Dia nak cari Fazira sebenarnya. Hilang sikit nervous kalau pandang sahabatnya tu. Ni terpandang makhluk ni pulak.
Kenapa lah dia tak rabun. Kalau rabun boleh lah dia tanggalkan cermin mata masa perform ni. So takdelah nampak muka audience-audience kat depan ni. (Based on pngalamn author yg specky ni. Author slalu buat cmtu)
Aryan sebenarnya agak terpegun. Yelah tak sangka yang Yulia ni ada bakat dalam nyanyian. Nampak dia ni selamba je.
Fazira pulak biasa je. Dia dah pernah dengar suara Yulia nyanyi dalam bilik air masa dia ke rumah gadis tu dulu. Tapi sekali tu jelah dia dengar, sebab Yulia ni bukan suka nak tunjuk bakat dia depan semua orang.
Sebaik sahaja tamat persembahan Yulia, semua bersorak bertepuk tangan. Yulia pulak masa tu dah terketar mic. Nervous tak habis lagi.
"Bapak ah, Yuya. Best siot suara kau."
Puji Popi yang langsung tak sangka Yulia boleh menyanyi sebaik tu. Masa tu Yulia dah turun dari pentas. Mukanya masih merah menahan malu. Gila tak malu? Dia tak pernah menyanyi depan siapa-siapa sebelum ni.
"Mana ade. Kalau Syiqin nyanyi lagi best ni." Eceh. Merendah diri pulak dia.
🌸🌸🌸🌸
Pagi tu semua dah bersiap nak balik. Tapi sebelum tu, ada majlis penyampaian hadiah dulu. Khas untuk pemenang-pemenang bagi setiap aktiviti yang diorang buat.
Dan macam biasa, mana-mana kumpulan yang ada Yulia mesti takkan menang punya. Haha. Bad luck betul Yulia ni.
"Mengantuklah. Baik balik je. Penyampaian hadiah segala bagai."
"Orang kalah memang cakap macam tu." Sampuk Faz.
"Berlagak eh kau, mentang-mentang menang. Alah aku tak heran lah tak menang pun." Cebik Yulia.
"Baiklah, untuk pemenang bagi persembahan terbaik malam kebudayaan, dipersilakan kumpulan 5!" Umum Abang Irfan selaku pengacara majlis.
Tepukan yang gemuruh diberikan. Yelah, memang selayaknya menang. Takkan dikir barat kumpulan Faz yang macam tarian raver tu pulak yang patut menang.
"See? Yang terbaik biasanya datang lambat."
Kata Yulia sebelum menonyoh hidungnya gaya berlagak (tonyoh ke? Tah lha. Author x tau org pggil ape). Dia kemudiannya berjalan ke pentas. Dapat jugak aku hamper ni.
Tadi kemain berlagak cakap tak nak. Dah orang kasi, ambik jelah. Hati dan otak yang tak pernah sekufu.
Tania tak puas hati. Apehal lah Syiqin ni nak cirit-birit time time macam semalam. Kan tak pasal-pasal minah ni yang ganti. Menyampah betul dia.
Apelah masalah si Tania ni. Macam saja nak buat musuh dengan Yulia ni. Itu baru Tania, belum kira lagi sorang lagi yang dari semalam tak puas hati dengan Yulia.
Fasha memerhati dari jauh. Apa yang specialnya minah ni sampai Harraz sikit pun tak memandangnya. Dia ingat lagi semalam...
Fasha melangkah berhati-hati di atas batu yang agak licin. Kang terpeleot mahu terkangkang aku kat sini. Hilang lah ayu nanti.
Harraz langsung tak menyedari ulat bulu yang sedang merangkak naik ke sebelahnya tu. Kalau tahu dari awal lagi dia elak.
"Hai Harraz." Alamak. Harraz serba salah nak berpaling.
"Hai. Fasha, awak buat apa atas batu ni. Nanti jatuh." Fasha tergelak manja. Macam nak mintak penampo pun ye.
"Kalau saya jatuh awak sambut lah."
"Err...tapi kan tak elok awak duduk kat sini. Ramai lelaki. Sebelah sana ramai perempuan. Baik pergi sebelah sana."
"Harraz, awak..."
"Eh, Fasha. Wan panggil saya lah. Pergi dulu eh."
Cepat je dia mintak diri. Geli geleman betul duduk situ lama-lama. Dia ni memang jenis yang bercakap lembut dengan perempuan. Tapi dengan minah macam Fasha ni kadang-kadang hilang sabo jugak.
Nampak Yulia yang berseorangan duduk di atas batu, Harraz menuju ke situ. Kalau dia duduk sorang-sorang nanti minah tu datang balik. Lagipun lama jugak dia tak bercakap dengan Yulia.
Fasha yang memerhati dari jauh menahan geram. Yulia lagi. Dia lagi cantik ape.
🌸🌸🌸🌸"Kenapa tiba-tiba Yam cakap macam ni? Risau pulak saya dengar."
Puan Maryam hanya tersenyum sambil menggenggam lembut tangan Puan Asnida.
"Nak risau apa. Tak ada apelah. Saya cuma mintak tolong Nida."
"Tolong tu boleh. Saya tak kisah. Tapi dengar Yam cakap macam ni, macam ada yang tak kena. Ada apa-apa yang Yam rahsiakan dari saya ke? Kita dah kenal lama Yam. Dari sekolah rendah lagi."
"Nida, ajal maut tu tak kira sihat atau sakit. Saya cuma bersedia. Bukan apa, Yulia tu manja sikit budaknya. Yelah kan, anak bongsu. Tapi alhamdulillah dia pandai berdikari. Tak pernah menyusahkan saya."
Puan Asnida yang tidak sedap hati mendengar. Baru dia nak bertanya lebih lanjut Puan Maryam dah menyampuk. Tukar topik lah tu.
"Aryan mana Nida?"
"Aryan takde. Jadi fasi untuk kem budak sekolah. Kat mana entah, lupa pulak saya."
"Ye ke? Kebetulan Yuya pun ada kem. Dekat hutan lipur. Memang musim sekolah buat kem kan sekarang agaknya."
Kebetulan ke? Kebetulan ke jodoh ni? Hmm...
Sorry 4 the lembap pnye update. Author not feeling well last 2 days.
And chap ni agak hmbar. Sori. Author dh kekontangan idea.
So what say you? Vote and comment below. Sorry jgk untk typo2 yg ntah pape sbb x smpt edit. Mls.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr Tutor (ON HIATUS)
JugendliteraturKalau tak gagal pun, E. Kalau tak E, gagal. Sudah puas Puan Maryam menasihati anaknya yang satu itu namun tetap tiada perubahan. Bagi Dahlia Yuliana pula, dah tak suka takkan nak dipaksa-paksa. Bukan dia tidak cuba, tapi otaknya susah sungguh nak m...